ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, December 10, 2010

NASI LEMAK DAN SAMBAL TUMIS TELUR CUTI SEKOLAH



NASI LEMAK DAN...
SAMBAL TUMIS TELUR CUTI SEKOLAH


ADUHAI... APA PUNYA TAJUK RESIPE LER SHA OII... UISHH SABOR.. TAJUK RESIPE KALI NI MEMANG LUAR BIASA SIKIT EKK.. SEMENJAK CUTI SEKOLAH NI RUMAH SHASHA PENUH YOU DENGAN KANAK-KANAK... SO BILA NAK MEMASAK TU NAK KENA LER CARI RESIPE YANG LENGKAP, SIMPLE DAN KANAK-KANAK SUKA DAN MAK PAK PUN SUKA EKK.. SO TU YANG BUH NASI LEMAK DAN SAMBAL TUMIS TELUR CUTI SEKOLAH AHHAA.. WALAUPUN ADA PETAI SEKALI DALAM SAMBAL TUMIS TELUR TU EKK.. KIRANYA ANAK-ANAK MAKAN TELUR, MAK PAK MAKAN PETAI DAN BAWANG YANG BERSERIMPAI TU EKK HEHEHEE... ADA AJE EKK...


APA BEZANYA SHA??? BUKAN KE SAMA AJE TU EKK??? MACAM NASI LEMAK BIASA DAN SAMBAL TUMIS BIASA AJE TU...
NAMPAK AJE RUPA SAMA EKK.. RASA TAK SAMA EKK.... NASI TU KURANGKAN PERKAKASNYA (BAWANG & HALIA) KANAK-KANAK TAK SUKA. SAMBAL TU PULAK KURANG PEDAS DAN MANIS. KIRANYA BALANCE LER TU... UNTUK ANAK-ANAK CUTI SEKOLAH DAN MAK PAKNYA SEKALI EKK... PULAK BUAT MUSIM CUTI SEKOLAH KAN... KAN...
OKAY JOM SALIN RESIPE!!!
NASI LEMAK DAN...
SAMBAL TUMIS TELUR CUTI SEKOLAH

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI LEMAK CUTI SEKOLAH :
HIRIS KESEMUANYA:
  1. 1 BIJI BAWANG MERAH
  2. 3 ULAS BAWANG PUTIH
  3. 1 INCI HALIA
  4. 2 BATANG SERAI - TITIK
  5. 1 SUDU TEH HALBA
  6. 1 HELAI DAUN PANDAN
  7. 1 BIJI KELAPA - AMBIL SANTAN PEKAT SAHAJA
  8. SEDIKIT GARAM
  9. 4 POT BERAS BASMATHI/BERAS SIAM WANGI (BARU UMPPHH!) RENDAM SEKEJAP DAN KEMUDIAN CUCI BERSIH DAN TOSKAN
  10. DAUN PISANG UNTUK MEMBUNGKUS NASI
CARA MEMASAK NASI LEMAK CUTI SEKOLAH:
  1. MASUKKAN BERAS KE DALAM PERIUK NASI ELEKTRIK
  2. MASUKKAN BAHAN-BAHAN YANG TELAH DI HIRIS DAN SERAI TITIK
  3. DAUN PANDAN YANG TELAH DI IKAT
  4. HALBA DAN SANTAN. BUBUH SEDIKIT GARAM
  5. KACAU RATA DAN HIDUPKAN PERIUK NASI ELEKTRIK. APABILA HAMPIR TANAK, KACAU DAN TUTUP PERIUK
  6. BUNGKUS NASI LEMAK CUTI SEKOLAH DENGAN DAUN PISANG!

TARRRAAA!!!! TU DIA!!! DAH SIAP DAN SEDIA UNTUK DI MAKAN! NANTI DULU... JANGAN MAKAN DULU.. BUAT DULU SAMBAL TUMIS CUTI SEKOLAH.. BARU LER BOLEH MAKAN EKK... JOM SALIN RESIPE SAMBAL TUMIS TELUR CUTI SEKOLAH... YER LER SHA...:):)


SAMBAL TUMIS TELUR CUTI SEKOLAH

BAHAN-BAHAN SAMBAL TUMIS CUTI SEKOLAH

  1. 2 BIJI BAWANG BESAR
  2. 6 ULAS BAWANG PUTIH
  3. 30 BATANG CILI KERING/2 GENGGAM CILI KERING
  4. 1 INCI BELACAN
BAHAN DI ATAS CAMPUR DAN KISAR SEKALI
  1. 5 SUDU BESAR AIR ASAM JAWA
  2. 1 BIJI BAWANG KUNING POTONG BULAT
  3. 150GM IKAN BILIS GORENG DAHULU
  4. PETAI JIKA SUKA, JUGA GORENG BERSAMA IKAN BILIS
  5. 15 BIJI TELUR REBUS DAN TEPIKAN (IKUT BERAPA RAMAI YANG ADA)
CARA MEMASAK SAMBAL TUMIS TELUR CUTI SEKOLAH:
  1. PANASKAN KUALI DENGAN MINYAK
  2. TUMISKAN BAHAN-BAHAN YANG TELAH DI KISAR TADI SEHINGGA NAIK BAU DAN GARING DENGAN API PERLAHAN
  3. SETELAH GARING MASUKKAN AIR ASAM JAWA, KACAU RATA
  4. MASUKKAN TELUR REBUS DAN BAWANG YANG DI HIRIS
  5. MASUKKAN PETAI DAN IKAN BILIS YANG TELAH DI GORENG
  6. SESUAIKAN RASA DAN ANGKAT!
TARRAAAA!!!! DAH PUN SIAP!!! SAMBAL TUMIS TELUR CUTI SEKOLAH!!! PERGHH RASANYA MACAM MANA SHA??? UISHHH NAK TAHU KENA LER CUBA EKK.....JANGAN LUPA CUBA TAUU...MASA CUTI SEKOLAH NI LER NAK CUBA EKK.. ESOK BILA DAH NAIK SEKOLAH DAH TAK BOLEH GUNA NAMA TU LAGI EKK... KENA UBAH PULAK NASI LEMAK DAN SAMBAL TUMIS NAIK SEKOLAH HAHAAA.. ADER AJE EKK.. SELAMAT MENCUBA EKK... TATA~~~..:):):)


SAMBAL TUMIS SARDIN DAN LADA BENGGALA



SAMBAL TUMIS SARDIN DAN LADA BENGGALA

CELOTER LER DULU EKK...MESTI ADA YANG TERTANYA-TANYA.. KENAPALAH SI SHA NI ASYIK MASAK BUH LADA BENGGALA EKK.. MAU TAKNYA... LADA BENGGALA YANG DI BELI DARI CAMERON HIGHLANDS TU PUNYALAH BANYAK DALAM PETI SEJUK TU... SO APALAGI.. MASAK APA PUN BUH LER.. LADA BENGGALA TU EKK... BUKAN BANGLA EKK HEHEE... OKAY SELALUNYA BILA DAH JEMU NAK MAKAN IKAN DAN AYAM.. SARDIN ADALAH ANTARA JALAN KELUAR UNTUK MENU MASAKAN SHASHA SEHARIAN DI RUMAH EKK... MACAM-MACAM RESIPE SARDIN YANG SHASHA PERNAH MASAK EKK.. SELALUNYA SHARE DI FB SAHAJA.. NOW BILA DAH ADA BLOGS NI... AKAN SHASHA MASUKKAN RESIPE-RESIPE DI FB TU NANTI DALAM BLOG RESIPE SHASHA EKK.. OKAY JOM KITA BELAJAR MACAM MANA NAK MASAK SAMBAL TUMIS SARDIN DAN LADA BENGGALA YANG TERAMAT LER MUDAHNYA EKK... JOM SALIN RESIPE!!!
SAMBAL TUMIS SARDIN DAN LADA BENGGALA

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

KISAR KESEMUANYA :
  1. 1 BIJI BAWANG MERAH
  2. 4 ULAS BAWANG PUTIH
  3. 1 INCI HALIA
  4. 1 BATANG SERAI
  5. 25 BATANG CILI KERING (KESEMUA BAHAN DI KISAR DENGAN SEDIKIT AIR)
  6. 1 TIN SARDIN CAP AYAM (LEBIH ENAK DAN BESAR-BESAR IKAN SARDIN TU EKK)
  7. 2 BIJI LADA BENGGALA MERAH DAN HIJAU - POTONG DUA INCI LEBAR
  8. 3 SUDU BESAR AIR ASAM JAWA ATAU SOS TOMATO
CARA MEMASAK :
  1. PANASKAN KUALI DENGAN SEDIKIT MINYAK
  2. TUMISKAN KESEMUA BAHAN YANG DI KISAR TADI SEHINGGA GARING DAN NAIK BAU
  3. MASUKKAN AIR ASAM JAWA/SOS TOMATO
  4. MASUKKAN IKAN SARDIN RENEHKAN SEBENTAR
  5. MASUKKAN LADA BENGGALA, KACAU RATA DAN SESUAIKAN RASA
  6. ANGKAT DAN HIDANGKAN!
TARRAA!!!! DAH SIAP!!! TAK SAMPAI 10 MINIT DAH SIAP EKK... RASANYA, BAUNYA PERGHHH MEMANG MARVELOOUS YOUUUU!!! HIDANGAN YANG SANGAT MUDAH DAN MENYELERAKAN. SELAIN DI MAKAN BERSAMA NASI, BOLEH JUGA DI MAKAN BERSAMA LEMPENG KELAPA, LEMPENG KOSONG ATAU PUN ROTI MEMANG SYOK! NAK TAHU APA BEREGU PALING SESUAI NAK HILANGKAN RASA MUAK LAUK SARDIN TU???? TU DIA.. GAMBAR DI BAWAH TU JANGAN SEKALI-KALI YOU ALL LUPA EKK... APA DIA SHA????? TUUU..............
IKAN MASIN LER... APALAGI MEMANG SYOK LAWANKAN DENGAN LAUK SAMBAL TUMIS SARDIN, PERAHKAN PULAK DENGAN ASAM LIMAU... PERGGHHHHH... MALAS NAK CERITA EKK....SELAMAT MENCUBA EKK.... MASAK NASI LEMAK MAKAN DENGANS SAMBAL TUMIS SARDIN PUN SEDAP YOU...... TATA!!!

SAYUR GORENG SAWI CINA & LADA BENGGALA



SAYUR GORENG KOBIS & LADA BENGGALA
SEBELUM NAK MEMASAK TU CELOTEH LER SIKIT EKK.. MEMASAK SAYUR MEMANGLAH SIMPLE DAN MUDAH EKK... BAHAN YANG DIGUNAKAN PUN ASAS SAHAJA.. BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DAN BAHAN TAMBAHAN AYAM, UDANG , IKAN BILIS. ATAU KIUB IKAN BILIS. CARA SHASHA MEMASAK SAYUR GORENG TERLEBIH LER MUDAHNYA EKK.. KANAK-KANAK UMUR 7 TAHUN PUN BOLEH CUBA EKK...TIPS PALING UTAMA NAK DAPATKAN RASA ENAK SAYUR GORENG KITA TU... JANGAN GORENG TERLALU LAMA DAN JANGAN BUBUH GARAM TERLALU BANYAK... CONFIRM SEDAP LER SAYUR YANG KITA GORENG TU EKK... JOM SALIN RESIPE!

SAYUR GORENG SAWI CINA & LADA BENGGALA

BAHAN-BAHAN YANG DI PERLUKAN:
  1. 1 BIJI BAWANG MERAH DI HIRIS HALUS
  2. 5 BIJI BAWANG PUTIH DI PECAHKAN SAHAJA
  3. 1 BIJI KIUB IKAN BILIS KNOOR
  4. 1 BIJI LADA BENGGALA HIJAU (CHILI PEPPER) POTONG MEMANJANG DAN KERAT 2
  5. 1 BIJI LADA BENGGALA MERAH (CHILI PEPPER) POTONG MEMANJANG DAN KERAT 2
  6. 1/2 KG SAWI CINA KERAT DUA
CARA-CARA MEMASAK :
  1. PANASKAN KUALI DENGAN SEDIKIT MINYAK SAYUR
  2. TUMISKAN BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH SEHINGGA NAIK BAU
  3. MASUKKAN LADA BENGGALA, KACAU RATA
  4. MASUKKAN KIUB IKAN BILIS KNOOR
  5. MASUKKAN SAYUR SAWI CINA DAN SESUAIKAN RASA
  6. RENJISKAN DENGAN SEDIKIT MINYAK BIJAN JIKA SUKA
  7. ANGKAT DAN HIDANGKAN
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN EKK...:):):)

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ