ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, May 28, 2012

NellySha Melo Cup Cakes Idea Dari Nellysha YoUuu!


Assalammualaikum.. selamat sejahtera buat semua rakan-rakan di alam maya ini.. terima kasih kerana masih sudi bertandang di dapur ku ini... Insyallah bila ada kelapangan sahaja semestinya tiap komen anda semua akan ku balas... yang kontot pun ku balas.. Insyallah.. :)


Al-maklumlah sekarang ni kan musim cuti sekolah... so kerja pun bertambah-tambah... *tambah malas adalah!* :)) :)) apa taknya.. bila nak masak lebih... yang sorang nun jauh di kem PLKN.. soon dah nak balik cuti dah :) sorang lagi asyik tusyen... dan yang ada tercunggol kat rumah ni siapa??? hah! siapa lagi dak kerempeng Nellysha lah... tusyen cuma hari sabtu dan ahad.. nak pergi window shopping berdua, cuaca panaslah pulak.. 

"Kita dok rumah ajelah Nelly ekk.. kita makanNnnnnn... pastu tengok tv! amacam? set?" << omak nelly yang memberi idea :))

"Okay! tapi Momma kenalah temankan Nelly tengok citer katon! no channel masak-masak okay? set?"

Perghhh terpaksalah jugak mencalit tu ekk.. :))


Mata tu pulak tak boleh lama tengok tv.. manjang nak terkatop! :))
sambil-sambil tu bacalah buku... dah tak dapat tengok rancangan memasaklah katakan... ;)

Tetiba Nelly lesap! sah! sah! Omak dia terlelap tadi... :))

tetiba terdengar bunyi tutop tin jatuh! kat dapur *tingkat bawah*

"Nelly buat apa??"

tak menyahut!

Nak tahu Nellysha buat apa?? yaa dia ambil roti.. tabur sebanyak tidak serbuk milo atas roti tu!

perghhhhhhhhh!!! dah lah baru nak baik demam... kata bonda Milo ni panas kalau makan camtu jerk...

"Nelly nak makan milo lah Momma.. sedapppPPp.."


"Cuba Momma buat cup cakes buh melo banyak-banyak atas cup cakes tu... nanti Nelly janji tak makan melo dengan roti macam ni!" <<< sambil tunjuk roti penuh dengan melo!!!! pastu sememeh tepi bibir.. pastu... hadoiiiiiiii nak kena mengemop! lantai dapur tu bersepah dengan serbuk melo! peh! peh! peh!

so membikin ler tadi.... dengan di temani Nellysha..

seronok tak sha??

bolehlah! :)) 

@________*

Milo Vanilla Cup Cakes Nellysha


 BAHAN-BAHANNYA :

120 gm mentega *suhu bilik
140 gm gula kastor
2 biji telur

200 gm tepung kek *blue key + 1 sudu teh baking powder = Ayak bersama

1 sudu teh vanilla
100 ml susu segar

150 gm serbuk milo *untuk inti di tengah cup cakes*

CARA :

Putarkan mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur dan esen vanilla.
Putarkan bersama susu segar dan selang selikan dengan tepung sehingga selesai dan putarkan lagi selama 5 minit.


tuangkan 1 sudu besar adunan ke dalam acuan cup cakes.
Taburkan 1 sudu kecil serbuk milo dan tuangkan lagi satu sudu adunan. 
lakukan sehingga selesai.

Panaskan oven dengan suhu 170'C selama 15 minit.
kemudian masukkan cup cakes dan bakar selama 15-20 minit!
angkat dan sejukkan!


Ni.. Nellysha begitu super excited nak merasa kek Melo cup cakes idea bernas dari dia kononnya :)


sanggup berdiang depan oven!
dari mula masukkan CC sehingalah selesai...
 super excited sungguh! :))


haruuummmmmmmmmMMmmm naaAAAAaaaa....


acuan cc yang blue dot dot tu.. hah! yang tu Nelly yang buat :)
lebih isi melonya ekkk.. 1 sudu besor melo hokey!!!
gasak ler nak aii.. :)


setelah sejuk... toppingkan dengan Creame Cheese Frosting...



Pastu suruhlah Nellysha tabur sebanyak tidak melo yang dia suka!
decolah bagai nak haper!
sepenuh tidak di bubuhnya! selagi tak kata..

"Enough Nelly!!!! hadoii.." <<< yer giteww sekali mak nellysha berbunyi ekkk..

then baru STOP! tabur... :))

dan lepas tu kena mop satu rumah sebelum bersemut! peh! :))


sememeh??

Uishh yang sememeh laa kata Nelly... arts gitewwww :))


"Papa.. nanti belikan Melo lagi."

"Laa.. kan baru semalam Papa beli... takkan dah habis? Tanya Momma mana dia letak."

*perbualan antara Nelly dan bapak!nya kat dalam telefon

"Dah nak habiss.. tinggal half! Momma tadi buat cup cakes melo."

Huwaahhhh... giteeww Omak dia lah yerk?? bukan dia???

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr :)) :))


Apa pun.. memang terbaik!
gebu dan baunya harumm...
lemak dan....



enak... :)) rasa melo ler apa lagi... hadoiiii :))


Selamat mencuba tau Auntie dan kakak-kakak!
sedapPppp.. tak caya cuba...:))


Jumpa lagi... jaga diri.. :)

TATA!!

Sambal Tumis Sardin Hiris.. Menu Sempoi Musim Cuti Sekolah YoUu


Assalammualaikum.. dan selamat sejahtera buat semua rakan blogger baru dan lama juga yang bukan blogger :) Terima kasih kerana masih sudi singgah di dapur ku ini...  Nampaknya menu kian hari kian ringkas! tinggal tunggu sikit aje masa lagi.. alamatnya semua menu main pakai bungkus dari kedai! :)) :))


Mau taknya.. anak-anak cuti sekolah.. melepak aje kat dalam rumah.. ehh omak dia pun sama naik belengkau! :)) :)) pulak tu cerita kat tv tu bukan main best lagi! anak belengkau depan tv, omak tumpang sekaki! :)) 


Masak hari ni memang sempoi habis!
ala kadar aje.. macam malas aje nak masak.. ehh... tapi nak memandu bawak anak-anak makan di luar tu lagilah malas ya hamfunn!! :))

So memasaklah tadi dengan niat cepat memasak.. cepatlah dapat menonton TV! :)) hobi baru menjangkit dak kerempeng Nellysha :)) memacam yang di tonton.. Upin Ipin, Cinderella, Animated Mr Beans.. huahhh.... dahsyat! penangan cuti sekolah kali ni :))
udah ler yer.. jom ler memasak kita :)

SAMBAL TUMIS SARDIN HIRIS

BAHAN-BAHANNYA HIRIS :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia

BAHAN LAIN :

2 batang cili hijau *belah dua
1 biji buah tomato *belah dua
1 batang serai *titik
4 sudu besar cili kering *kisar
1 tin sardin *tin besar
2 sudu besar air asam jawa
sedikit minyak
gula dan garam

CARA :

Panaskan sedikit minyak, Tumiskan *Bahan hiris* sehingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar dan renehkan sehingga garing.
Masukkan serai dan air asam jawa.
Masukkan cili hijau, buah tomato dan sardin.
Sesuaikan rasa, kacau rata.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAAA!!!

SAMBAL TUMIS SARDIN HIRIS


simple aje tu kan? yang simple tu lah anak-anak makan bertambah.. omak budak pun boleh tahan menambah nasi tu! hadoii :))


sayur pak choi goreng sos tiram.. resipi ni nanti i share lain N3 yaa..:)


gorengkan telur dadar.. sempoi jugak tu.. :)


Menu hidangan tengahari sempoi...

Sambal Tumis Sardin Hiris, Sayur Pak Choy goreng sos tiram dan telur dadar..
dahhh sempoi aje tu.. terus tersandooorrr lepas tu! :))


Psstt.. menu baru!!! cup cakes apa teeeww???
tungguUuuuu.... idea dari dak kerempeng Nellysha.. buat dengan dia berdua selepas makan tengahari tadi..
dah siap cuma tunggu sejuk dan tinggal buh toping!


Sabar ehh kakak dan Auntie.. Nelly demam ni... tapi tetap tolong Momma.. sebab Nelly teringin sangat nak makan... ehem! ehem! sabar ehh... Nanti Nellysha share kat semua.. muahhh ;)


Selamat bercuti bersama keluarga tersayang... jaga diri..
jumpa nanti! muahhhzzzz :)


Props yang i gunakan sekejap tadi... sempoi aje hehee..
buh teko tembikar cina... terus snap gambar dahhh siap! sempoi segala :))

TATA!!

Jemput Udang Ala Pak Habibi << Yang Membikin Dan Empunya Resipi YoUu


Assalammualaikum... Selamat pagi semua rakan-rakan blogger baru dan yang lama... juga yang bukan blogger.. :) Terima kasih kerana masih sudi bertandang di dapurku ini dan sudi meninggalkan komen.. semestinya suka yaa hamfunn i you bila membaca tiap komen dari kawan semua... macehh yaa... semestinya bila free i akan singgah di dapur you all.. :)


Bila tiba bab jemput-jemput, cucur ke cekodok ke..
Hah! dah tentu-tentu ini adalah Fav Pak Habibi i yang tembamBOM tu ekk :))
i memang kurengzzz bab segala jenis jemput ke tak jemput.. makan tu makanlah jugak..
tapi taklah segalak Pak Habibi i tu :))


Pak Habibi i ni memanglah fanatik benor terhadap apa jua jenis jejemput.. janji jangan ada sayur!
memang laju aje dia mengunyah ekk.. :)
Hah! ni menu pagi semalam punya sarapan.. 
bukan pagi ini.. pagi ni lain N3 hheheeh...
wahh dalam sibuk melayan cuti sekolah ni.. sarapan pagi tetap terhidang di meja makan i tu ekk..


Jemput-jemput udang ni sama aje... 
sama yang macam kita buat selalu tu..
tapi kali ni resipi jemput-jemput udang ni Pak Habibi i kononnya.. kononnyalahkan :))
telah mengubah suaikan resipi cekodok udang tu agar menjadi lebih luar biasa gitewwww...
Ehh.. bila ku try.. memang lainlah! Wahhh... :)) lain cikit ajelah... sebab apa taw.. meh.. you all cek dulu resipi Pak Habibi i tu ekk.. ;)

Jemput Udang Ala Pak Habibi


BAHAN-BAHANNYA :

400 gm tepung gandum *ayak << perghhh :))
3 biji bawang besar *hiris halus
2 biji cili merah *hiris halus
3 ulas bawang putih *dadu
2 biji putih telur
8 ekor udang saiz besar *kupas kulit dan potong 3
sedikit garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

CARA :

Campurkan kesemua *BAHAN-BAHAN* sehingga sebati.
Adunan separa pekat dan sesuaikan rasa.
Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kekuningan *jangan terlalu garing *pesan Pak Habibi i hokey! :))
Angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sos cili Thai!

TARRAA!!!

Jemput Udang Ala Pak Habibi


Perghh... bahan bukan main banyakkan? 
itu nama habis bawang i taw :))
tapi memang enak dan garingnya luar biasa! i tell you all :))
pastukan... udang besor tu wahh tergigit-gigit bila di kunyah dalam mulut ni hah!


Pak Habibi i pesan.. Kopi O jangan lupa taw! ;)


semestinya simple dan enak! 
tak caya cuba :))


Waaahhh.. Cewahhh.. cewahhh.. dengan cermin mata hitam! kemain lagi! :))
bersama biras kesayangan.. di mana tu?? wahh tunggu ada tempat menarik taw.. later-later i share kat you all semua ekk.. ;)

Jumpa lagi.. jaga diri... senyum selalu..:)


TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ