ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, February 21, 2011

PUDING COKLAT COCKTAIL

 
PUDING COKLAT COCKTAIL

MUahahaha... okay menu petang tadi.. manjang ku buatkan puding dan agar2 aje ekk.. khas untuk gengs mesyuarat tingkap Bonda tersayang... amboii.. amboiii.. cewah... cewah.. bukan sebaragan ahli mesyuarat tingkap ni ekk... ekk.. ku buatkan agar-agar dan puding bersebab oke.. sebab ramai ahli tingkap merangkap kengkawan Bonda tu tak cukup gigi hehee.. so bila gengs Bonda tu makan, main pakai di sudu pastu terus SluRpppPPP... wah! hari pulak panas mencetang! aje memang ekk... ekk....

JOM!! SALIN RESIPE!!!
PUDING COKLAT COCKTAIL

Bahan-bahannya :
  • 1300 air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 peket agar-agar
  • 2 sudu besar serbuk koko (sha pakai van hauten lebih aroma) bancuh dengan sedikit air dan jangan bergentel
  • 4 sudu besar tepung castard (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 200gm gula
  • 1 tin buah-buahan cocktail
  • 2 sudu besar mentega
Cara membikin :
  • campurkan air dengan agar-agar dan masak sehingga larut
  • masukkan gula dan masakkan sehingga larut
  • masukkan susu cair dan vanilla kacau rata
  • masukkan koko dan bancuhan tepung kastard dan kacau rata dalam 3 minit
  • tutup api dan masukkan mentega dan kacau
  • masukkan adunan agar-agar ke dalam acuan dan sejukkan di dalam chiller sehingga set
  • keluarkan dan hiaskan dengan buah-buahan cocktail
TENGG!!! TARRAA!!!
PUDING COKLAT COCKTAIL
Mudah sangat nak buat ekk.. memang sesuai di hidangkan di kala cuaca panas, pastu gengs yang dijamu semuanya tak cukup gigi aje memang keless!! i tell you ekk...

Hah! Ko tengok! suka hengko aii... i lagi ler suke ekk.. ekk.. tu lah dia gengs2 meja batu Bonda ekk.. Mak Ana, Mak Long Laut dan Shelly my beloved sista.. Azie belum sampai... i pulak tak ada masa tu ekk... tolong tagkap gambor..:):) selamat mencuba!!
TATA!!!

P/S nanti i update kisah gengs meja batu di blogs sini >>> BONDA DAN GENGS MEJA BATU




AGAR-AGAR NENAS

 
AGAR-AGAR NENAS

Cuaca panas.... semalam dah melepak dengan Bonda dan jiran tetangga (gengs bonda ler tu hehe..) ehh.. ehh.. Bonda cakap petang nanti kita lepak lagi ekk... ekk.. ekk... wah! actually i suka jugak ni.. terlepas ler dari dok memerap kat mini office i tu ekk.. padahal ada 'kerja' yang tak beres lagi.. tak per.. release stress sekali-sekala... pulak i tell you cuaca memang elok betul terasa macam kat tepi pantai ekk.. panas tetapi tak berbahang, mendung tapi tak hujan... redup aje... mata pun kuyu jerk ni.. so nak sesuaikan agenda melepak kat kerusi batu tu bersama Bonda dan gengs2 bonda.. i buat ler AGAR-AGAR NENAS... agar jiran tetangga i tu tak melengas! haha.. boleh gitewww! psstt... bonda buat 'APAM KUKUS' tau.. mudah sangat you... later lepas i melepak kat bangku batu tu i share dengan you all oke...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
AGAR-AGAR NENAS

Bahan-bahan :
  • agar-agar 1 peket
  • 1500 air paip
  • 200gm gula pasir
  • 2 sudu perisa nenas
  • 1 tin nenas dalam tin ~ potong dadu dan ketepikan 5 keping untuk di bubuh dalam acuan agar2
  • ceri untuk hiasan
Cara memasak :
  • campurkan agar-agar bersama air renehkan sehingga agar-agar larut
  • masukkan gula dan kacau sehingga gula larut
  • masukkan perisa nenas
  • di dalam acuan agar-agar susun nenas ikut suka
  • tuangkan adunan agar-agar sehingga penuh 
  • sejukkan di dalam chiller selama sejam
  • keluarkan agar-agar dari acuan
  • hiaskan bersama baki nenas dan ceri tuangkan dengan jus nenas tin
  • angkat dan hidangkan
 TENGGG!!! TARRAAA!!!
AGAR-AGAR NENAS
 
Amacam??? mudah aje tu kan.. tak sampai setengah jam dah siap!!! lepas tu apa tunggu lagi... potong dan curahkan baki jus nenas dalam tin tu.. WALLA!!!

 Jangan lupa cuba!!! i nak melepak dengan gengs1 Bonda tu ekk.... nak tahu aktiviti i di waktu petang di bangku batu... singgah sini blogs i yang lagi satu ekk...>>>

 TATA!!!






KARI AYAM DAN KENTANG

 
KARI AYAM DAN KENTANG

Kari kentang... minggu lepas dah masak kari ikan... permintaan bonda tersayang ni ekk.. sebab petang nanti katanya nak cecah dengan lempeng kelapa... wah! best betul ekkk.. bestnya mengoder eheee.. tak per.. terima kasih pada Bonda sebab request kalau tak memang senoneng jugak kepala ni dok memikirkan apa yang nak di masak ayam tu ekk.. okay kari ayam ni adalah hidangan yang paling simple tetapi rasanya memang enak.. gandingan lauk lelain tu nak kena tahu ekk.. kalau dah ada kari jangan ko masak lauk berkuah yang lain! aje memang hampehhh! tak menonjol ler lauk kari kita tu ek...kari juga ada pelbagai jenis so ini salah satu resipe nanti i share lagi ekk.. ekk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KARI AYAM DAN KENTANG

Bahan-bahan kisar :
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 10 batang cili kering
  • 1 peket serbuk kari
Bahan-bahan lain :
  • 1 ekor ayam cuci bersih 
  • 3 biji kentang ~ potong 
  • 1 batang serai ~ titik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 2 pelepah daun kari
  • 1 biji kelapa ~ perah dan ambil santan 3 kali
Cara memasak :
  • Panaskan minyakTumiskan dulu kayu manis, pelaga, bunga lawang, jintan kasar sehingga naik bau
  • masukan serai dan bahan-bahan kisar sehingga garing atau rempah masak
  • masukkan ayam dan gaul rata
  • masukkan santan dan renehkan dengan api sederhana
  • setelah mendidih masukkan kentang dan sesuaikan rasa
  • masak sehingga ayam dan kentang masak dan empuk
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRAA!!!
KARI AYAM DAN KENTANG
 Mudah aje kan.. tetapi jangan selalu masak berlemak dan bersantan.. kolestrol yOuuu..
Menu 21 FEBRUARI 2011

  • SAYUR GORENG RAMPAI
  • KARI AYAM DAN KENTANG
  • TAHU DAN TEMPEH GORENG CICAH SAMBAL KICAP
  • IKAN MASIN
  • SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
TATA!!!


TAHU DAN TEMPEH GORENG SAMBAL KICAP

 
TAHU DAN TEMPEH GORENG 
SAMBAL KICAP

Wah.... jangan di sangka laut yang tenang tiada buaya! cewahh.. ewahh.. ewahhh.. jangan pandang sebelah mata ni kisahnya tentang tempeh dan tahu ekk.. ingat lagi dedolu zaman kekanak dulu ekk.. bila nak ejek mengejek aje.. mesti kuar statement... "EEee.. muka tempeh!" "Eeee... muka tahu benyek!" hah! bila dah jadi tukang masak.. aje memang ler muka ni dah macam tahu dan tempeh... dah di kategorikan hidangan wajib di rumah ni ekk.. kenapa??? termakan sumpahan ke shasha?? Uishh idak ler... sebab khasiatnya amat baik sekali ekk... nanti i share apa khasiat tempeh dan tahu.. okay agar kita semua bangga jika di gelar muka tahu dan tempeh! akok tak kisah oke hehe..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
TAHU DAN TEMPEH GORENG 
SAMBAL KICAP

 Bahan-bahan di tumbuk:
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 inci kunyit hidup
Bahan-bahan lain :
  • 4 keping tempeh ~ potong dan kelar
  • 4 keping tahu ~ potong serong (belah dua)
Cara memasak :
  • lumurkan tempeh dan tahu dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi
  • sesuaikan rasa
  • panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan 
  • angkat dan toskan!
Sambal Kicap :
  • 8 batang cili padi
  • 1 batang lada merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 sudu besar kicap masin/manis
  • gula dan sedikit garam
  • cuka atau jus limau sambal
  • tumbuk lumat cili padi dan lada merah juga bawang putih sehingga lumat
  • campurkan kicap dan sesuaikan rasa
  • sedia untuk di cicah bersama tahu dan tempeh!
TENGGG!!! TARRAA!!!

TAHU DAN TEMPEH GORENG 
SAMBAL KICAP
 Muka tahu.. muka tahu ler.. muka tempeh pun tempeh ler.. apa ada pada gelaran??? yer tak?? janji ROCK bebeh!! hehe.. selamat mencuba!!!
Menu 21 FEBRUARI 2011

  • SAYUR GORENG RAMPAI
  • KARI AYAM DAN KENTANG
  • TAHU DAN TEMPEH GORENG CICAH SAMBAL KICAP
  • IKAN MASIN
  • SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
TATA!!!



SAYUR GORENG RAMPAI (VERSI 1)

 
SAYUR GORENG RAMPAI (VERSI 1)
Hah! kalau dah tajuk rampai segala ni aje memang ler penghabisan stok! sayur-mayur dalam peti sejuk tu dah tinggal selai dua jerk ekk.. so habiskan ler apa yang ada tu.. campur adukkan pastu goreng! dah.. siap... apa nak pening, petang nanti gi ler ke pasor... orang pergi pasor pagi.. i pergi petang... mana lagi fresh??? hehee.. kalau dah dok dalam peti sejuk lepas tu sama aje ekk.. renung-renungkan..

JOM!! SALIN RESIPE!!!
SAYUR GORENG RAMPAI (VERSI 1)
 Bahan-bahannya :
  • 1 bijibawang merah ~ hiris
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris
  • 1 batang lada hijau atau merah ~ hiris
  • 1 biji kiub ikan bilis
  • sayur kobis ~ hiris
  • karot ~ hiris
  • kacang buncis ~ potong serong
  • dan apa jua saki baki sayur yang ada sebelum ke pasor berbelanje ekk.. ekk..
Cara memasak :
  • Panaskan kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada sehingga naik bau
  • masukkan kiub ikan bilis, karot dan bubuh air sedikit renehkan sebentar
  • masukkan sayur yang baki, kacau rata dan sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!!!
TENGG!!! TARRRAA!!!!
SAYUR GORENG RAMPAI (VERSI 1)
 Amacam? mudah dan simple aje kan? so sayur mayur yang terkonteng-konteng tak cukup korum tu ko campurkan dan gorengkan aje ler cenggitu guper... dah tak membazir... dahi tidak lagi berkerut! selamat mencuba!!

Menu 21 FEBRUARI 2011
  • SAYUR GORENG RAMPAI
  • KARI AYAM DAN KENTANG
  • TAHU DAN TEMPEH GORENG CICAH SAMBAL KICAP
  • IKAN MASIN
  • SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
TATA!!!






CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ