ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, September 13, 2012

Puding Coklat Berlaici Yummeh!


Assalammualaikum... :)

Dah lama tak share menu minum petang. 
Petang ni i ada sedikit kelapangan. So i share jugaklah..
pencuci mulut yang simple dan yummeh i tell you! ;)


Dah lama Pak Habibi mintak i buatkan dia puding coklat.
i tak terbuat sebab terlampau sibuk.
Petang ni i buatkan sebab tanda Terima Kasih kepada Pak Habibi TembamBOM i yang sudi menemani i outstations semalam.. :D


i bubuh laici sebanyak tidak dalam puding coklat tu.
kali ni i tak guna acuan agar-agar tetapi i gunakan cawan biasa tu je.. :)
Hasilnya wahhh... masa hidang tu siap berpiring lagi..
sukanya Pak Habibi :D
ya giteew kononnyalah...

Puding Coklat Berlaici


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN A :

100 ml susu cair *i guna jenama ideal
100 ml jus laici dari tin
150 gm gula pasir
1 biji kuning telur
1 sudu kecil vanilla
2 sudu besar serbuk koko *van hauten
secubit garam

*BAHAN DI ATAS KOCOK SEHINGGA GULA HANCUR*

BAHAN B :

1/2 peket agar-agar bertali *gunting kecil
500 ml air

BAHAN LAIN :

1 tin buah laici

CARA :


Campurkan *BAHAN A* dan masukkan ke dalam periuk.
Jerang di atas api sederhana dan sentiasa di kacau.
Masak sehingga agar-agar larut.
Masukkan *BAHAN B* dan kacau sebati selama 5-7 minit.
Angkat dan tapiskan terlebih dahulu.
Sediakan acuan dan masukkan buah laici dan tuangkan adunan agar-agar tadi.
Masukkan ke dalam chiller sehingga set!

TARRAA!!!!

Puding Coklat Berlaici


SlurPPpppppppppppppppppppppppp!!!!
Puding Coklat Berlaici


Mudah, ringkas dan sedap!
tak caya cecuba.. cecuba... :))


Nyaman Bah!


Perempuan sejati memang suka bab-bab gini! :D




Sekian..

Jumpa lagi!

Assalammualaikum..

TATA!!


Asam Pedas Ikan Merah Sawi Asin


Assalammualaikum... :)

Apa khabar semua? Syukur Alhamdulillah sihat yaa.. minta maaf i ni asyik tenggelam timbul aje masukkan N3 di dapur maya i ni kan... :D

i sibuk sangat sejak beberapa minggu ini. Ada beberapa undangan yang terpaksa hadiri. Penat memang penat tetapi cukup menyeronokkan! ya gitewww ;))


Asam pedas ni menu i beberapa hari yang lalu. Sibuk macam mana pun kepada kengkawan yang biasa follow blogs2 i yang ada 5 buah tu semua pasti dah faham benar. 
Sibuk macam mana pun tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tetap i tunaikan.
Lagi busy ehhh lagi special i hidangkan di meja makan sana tu hah!
itu yang badan Pak Habibi  maintain aje tu... ;))


Jarang sekarang ke pasar beli sayur.
Pulak Pak Habibi memang tengah asyik mengemas kinikan pokok-pokok tepi rumah tu hah!
so ada banyak jantung pisang.
i celurkan dan buatkan sambal asam...
perghhh.. terangkat memang i tell you ollss :D


Gorengkan pulak tempeh!
cicahkan dengan kuah cili padi kicap!
jangan panggil i bila dah tunduk aje menghadap rezeki tu ekk :D

Asam Pedas Ikan Merah Sawi Asin


Bahan-bahannya :

1 ekor ikan merah anggaran 1 kg *cuci bersih
1 peket sawi asin *rendam sebentar dan toskan
1 cekak daun kesum *ambil daun sahaja
1 genggam asam jawa + 700 ml air = jadikan air asam jawa
gula dan garam

Bahan tumisan :

minyak
1/2 biji bawang besar *hiris
2 ulas bawang putih *hiris
1 sudu kecil rempah campur

Bahan Kisar :

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit
2 cm belacan
35 tangkai cili kering
1/2 sudu kecil lada hitam

CARA :

Panaskan sedikit minyak.
Masukkan *BAHAN TUMISAN* sehingga bawang layu.
Masukkan *BAHAN KISAR* dan renehkan sehingga garing atau terbit minyak *api sederhana*
Masukkan air asam jawa dan renehkan sehingga mendidih.
Masukkan sawi asin, daun kesum dan sesuaikan rasa, renehkan sebentar.
Masukkan ikan dan masak sepenuhnya.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!!

Asam Pedas Ikan Merah Sawi Asin


Kuah tu biar pekat.
Serius hilang mata hitam Youu! :D


Sekian sahaja perkongsian kali ini.
Jumpa lagi...
Jaga diri..
Jangan noty-noty..
Insya~ALLAH ada kelapangan i akan share menu minum petang.. 



Terbaik! Bersama pelajar-pelajar UITM Segamat..
All the best to you all! KLIK SINI!


Assalammualaikum..

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ