ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, February 16, 2011

SAMBAL JERING POWER

 
SAMBAL JERING POWER
Ewahh.. cewahh.. cewah... tajuk mesti ganas sikit dek kerana bebahan dalam sambal kali ini aje memang ler power ekk.. mau taknya.. cili padi dan jering pergHHhhh.. i tell you memang ler lawanan yang paling MANTOP!!! bau jangan cerita ekk.. udah ler tu usah di bincangkan lagi...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SAMBAL JERING POWER

 Bahan-bahan yang di perlukan :
  •  6 biji jering muda ~ potong dadu tak perlu buang kulit lembut itulah yang paling banyak khasiat walaupun pahit ekk.. ekk...
  • 5 batang cili padi
  • 2 batang lada merah
  • segenggam ikan bilis
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
Cara Menyediakan :
  • Panaskan sedikit minyak
  • gorengkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali jering
  • angkat dan toskan
  • tumbuk bahan-bahan di goreng sehingga lumat sesuaikan rasa
  • masukkan jering dan tumbuk renyah
  • hidangkan!!!
TENGG!!! TARRAA!!
SAMBAL JERING POWER
  Amacam??? mudah aje kan?? lawankan dengan nasi goreng. Waduhh.. waduhhh.. malas nak cerita panjang lagik! gi cari jering dulu ekk.. sebab esok lusa more resipe for Jering!!! yehaaa... selamat mencuba!!!
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

NASI GORENG DAGING & KOBIS

 
NASI GORENG DAGING & KOBIS

Malam ni masak simple aje... 7 in 1 hehee... bawang merah, bawang putih, serai, cili kisar, daging, kobis, tomato untuk hiasan hehee... tak ke 7 in 1 tu namanya... saje jer mengader ekk... nasi goreng daging aje memang ler fav gengs di rumah ni ekk... agaknya kalau di masakkan nasi goreng daging tiap hari pun tak per agaknya.... dah tu selang sehari... mesti ada mulot yang berbunyi... "Bestnya kalau memalam cenggini dapat makan nasi goreng daging!" huh! yer ler tuu.. anggornya tak jemu agaknya ekk.. hah! malam ni kugorengkan Nasi Goreng Daging dan Kobis... sambil mengunyah nasi tu.. ulamkan kobis yang tercekah idah tu hehe...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
NASI GORENG DAGING & KOBIS
Bahan-bahan :
  • 1 biji bawang merah ~ hiris
  • 5 ulas bawang putih ~ hiris
  • 1 batang serai muda ~ hiris
  • 5 sudu besar cili kisar + 1 sudu kecil serbuk belacan
  • 1/2 biji kobis (kecil) ~ hiris
  • 300gm daging ~ telah di rebus terlebih dahulu hiris
  • nasi putih 5 mangkuk ~ sejukkan
  • daun bawang dan daun sadri hiris
  • sedikit minyak bijan
  • sedikit serbuk lada hitam
  • bawang goreng untuk hiasan & daun sadri

Cara Memasak :
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, serai, bawang putih, cili kisar dan daging sehingga naik bau
  • masukkan nasi, sayur kobis, daun bawang dan daun sadri gaul rata
  • sesuaikan rasa renjiskan minyak bijan dan serbuk lada hitam
  • angkat dan hidangkan!!!
TENGGG!! TARRRAAA!!!!
NASI GORENG DAGING & KOBIS
 YUMMYYY!!!
 MESTI CUBA TAUU....
 SELAMAT MENCUBA!!!
TATA!!!



Shahriah Abdullah Novelis

PUMPKIN PIE WITH VANILLA LIME ICE CREAM

 
PUMPKIN PIE 
WITH 
VANILLA LIME ICE CREAM

Ewahh.... ewahh.. aMBoiii... amboiii... bukak-bukak aje gambor ko ekk shasha... dah tu nak citer ler sikit ekk.. sekarang ni  musim buah labu kat Jaya Jusco! ahakz bukan kebun oke.. so harga murah.. hari tu gi shopping borong labu dua biji.. petua nak pilih labu yang elok kata Cina yang jual kat situ laa... kan.. pilih yang berat! so i pilih dua bijik ekk.. maka berat ler jadinya hehehe.. so petang tadi buat ler Pumkin pie... antara dessert atau pencuci mulot yang i paling suka! suka! kalau nak jengah tips bershopping barang dapur dengan shasha singgah di blogs i ni oke...  
CLICK AJE SINI>>>
NANTI SAMPAI LER KAT BLOGS YANG MEMACAM I SUKA, BANYAK TIPS YANG I SHARE KAT SITU EKK..>>>> 

okay!
JOM!! SALIN RESIPE!!!
PUMPKIN PIE WITH VANILLA LIME ICE CREAM
 
Bahan-bahan untuk kulit pie :
  • 120gm mentega sejuk ~ potong dadu
  • 220gm tepung gandum + secubit baking powder
  • 2-3 sudu besar susu segar
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit garam
Cara membuat kulit pie :
  • gaulkan tepung dan mentega sehingga menjadi serbuk
  • campurkan gula, kuning telur dan susu segar 
  • gaul sehingga menjadi sebuku doh (JANGAN DI ULI SEPERTI DONUT, MEMADAI SEBATI SAHAJA)
  • simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit
 
  • torakkan sehingga nipis dan masukkan ke dalam acuan pie (lihat gambar di atas)
  • torakkan lagi sekeping untuk kulit bahagian atas pie (untuk tutup)
  • ketepikan sebentar
PUMPKIN FILLING/ INTI LABU 
 Bahan-bahannya :
  • 400gm labu masak ~ potong dadu dan rebus sebentar anggaran lembut angkat dan toskan
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan cream/ susu segar + kocokkan bersama i biji kuning telur + 1 sudu besar tepung castard
  • sedikit garam
  • 1 sudu teh serbuk buah pala
Cara memasak Labu :
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau di atas api sederhana sehingga labu pekat angkat dan masukkan ke dalam acuan pie
  • tutupkan permukaan inti labu dengan sekeping lagi doh yang telah di torak nipis
  • sapukan permukaan pastry dengan telur kuning
  • bakar di dalam oven dengan suhu 180'c selama 20-25 minit atau warna pie keperangan
  • angkat dan hidangkan bersama VANILLA LIME ICE CREAM!
TENGGG!!! TARRAA!!!
PUMPKIN PIE 
WITH 
VANILLA LIME ICE CREAM
 BAUNYA..... HARUMMMMM..................
 TEKSTURNYA LEMBUT DAN TIDAK BERDERAI................
 RASANYA.... MAK AII.. PAK AIII... AJE MEMANG LER..
TERBAIK!!!!! DARI LADANGG I TELL YOU!!!
 You all mesti cuba.. dah cuba tu ajak i cuba jugak oke! hehe...
KALAU DI MAKAN TANPA ICE CREAM... RASANYA MEMANG KURENGZZ...
BOLEH GANTIKAN DENGAN ICE CREAM VANILLA.. TAPI YANG SEBAIKNYA CARILAH VANILLA LIME ICE CREAM!!! MEMANG KELESSS I TELL YOU!!!
SELAMAT MENCUBA!!!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

TURKEY PASTRAMI OREGANO PIZZA

 
TURKEY PASTRAMI OREGANO PIZZA

Feels like in Rome right now babeh... cewahhh.. Cewahhh.. Ewahh.... Ewahh... Mukadimah nak kena power sket! amboihhh.. masa i membakar pizza yang rasanya langsung tak sama macam PIZZA HUT tu oke! really.. really taste like Italian Pitza! I tell you Hah! wah.... you all nak kena cuba oke, jangan asyik membedal pizza yang kat Pizza hut tu aje... rasanya cenggitu aje ekk.. rasa macam Pizza Hut ler.. hah! try yang ini dah ler simple seidaknya... rasanya i tell you... later oke!
 
JOM!! SALIN RESIPE!!! 
TURKEY PASTRAMI OREGANO PIZZA

kiTA mulakan dengan roti dulu atau pizza crust :
 
  • 500gm tepung gandum/ tepung roti
  • 50gm mentega
  • 2 sudu besar gula
  • 200ml susu segar
  • 1/2 peket yis kering
  • 1 biji telur
Cara Menyediakan :
  • Campurkan tepung, mentega dan yis kering sehingga sebati
  • gaul rata yis kering dan bulatkan di tengah pecahkan telur dan campurkan dengan susu segar. campurkan susu segar sedikit demi sedikit sehingga sebati
  • jadikan sebuku doh dan uli seperti membuat roti
  • rehatkan sebentar sehingga doh naik sekali ganda
gunakan loyang leper khas untuk membuat pizza..  shasha guna loyang leper yang besar sebab memang suka buat pizza besar gedabak dan saiz ini tidak terdapat di pizza hut oke! dulang/loyang yang 4 segi tu i buat pizza untuk crust yang nipis dan garing!

selepas di leperkan adunan doh ke dalam dulang pembakar... cucuk-cucukkan dengan garfu bagi mengelakkan ianya naik menggelembung macam belon! hehe.. tak mo ekk.. pastu bakar sekejap di dalam oven suhu 180'c selama 7-8 minit angkat dan ketepikan

SOS STEWED TOMATO WITH OREGANO :
 Bahan-bahannya :
  • 1 tin HUNTS STEWED TOMATO (ADA DI PASARAN)
  • 2 batang fresh Oregano Herbs ~ leraikan dari batangnya
  • 2 biji bawang holand/kuning ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih ~ potong dadu
  • 1/2 cawan olive oil/minyak jagung
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • 1 peket mozarella cheese
 
  •  2 paket TURKEY PASTRAMI  ~ HIRIS DUA
Cara membuatnya :
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali Turkey Pastrami
Cara menyediakannya/LAngkah Terakhir :
  •  Letakkan sos Stewed Tomato di atas roti pizza sehingga rata
  • susunkan Turkey Pastrami di atas sos
  • taburan dengan mozarella cheese dan bawang kuning yang di potong jika suka
 bakar di dalam oven dengan suhu 200'c selama 10-15 minit atau sehingga cheese cair

TENGGG!!! TARRAAA!!!
TURKEY PASTRAMI OREGANO PIZZA
 Amacam????? nampak aje susahkan????
i dah kira total kos.... jika di bandingkan dengan PIZZA HUT i tell you.......
 jimat belanja! jimat tenaga tak perlu nak menunggu pesanan! tak perlu make-UP untuk keluar makan pizza hehe.. segalanya mudah kalau kita sangka mudah! yer tak???
 selamat mencuba!!! i selalu jugak masak pizza... sebab anak-anak i suka pizza... nanti i share lagi ekk...
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

SIMPAN BAWANG, BAWANG PUTIH, HALIA, LENGKUAS, KUNYIT, SERAI DALAM PETI SEJUK

 
SIMPAN BAWANG, BAWANG PUTIH, HALIA,
LENGKUAS, KUNYIT, SERAI
DALAM PETI SEJUK

Hah! ni lagi satu tips berguna ni ekk... selain dari jimat masa, awet muda pun ya jugak hehee... okay selalunya... selalunyalah.. kita kalau nak memasak tiap hari tu... ehh.. ehh... cewahh.. cewahh.... jam tu nak memasak.. jam tu gak ler sibuk mengupas kulit bawang! tetiba bila nak kopek tinggal kulit bawang! apa kess?? terus ler bengang tak sudah.. so kali ni Shasha nak share dengan you all macam mana shasha amalkan ekk.... selalunya shasha akan kupas kulit bawang tu dulu.... anggaran untuk masak seminggulah ekk.. jadual kupas kulit bawang pun dah di setkan ekk.. so tak menganggu kerja2 lain... almaklum ler i ni sentiasa sibuk.. so bila dah kupas tu.. jangan di cuci tau..... meh ler... i tunjuk dengan you cemana nak mengijekan cik puan bawang dan kengkawannya tu ekk...

JOM!! SALIN TIPS!!!
SIMPAN BAWANG, BAWANG PUTIH, HALIA,
LENGKUAS, KUNYIT, SERAI
DALAM PETI SEJUK

TU DIA CIK LENGKUAS, CIK KUNYIT, ENCIK HALIA DAN PUAN SERAI... SELEPAS DI KUPAS JANGAN DI CUCI OKE... PASTUKAN...
 NI MAK NGAH BAWANG, CIK BAWANG KUNING, CIK BAWANG PUTIH TU PUN SAMA KITA KUPAS KULITNYA TERLEBIH DAHULU DAN JANGAN DI CUCI OKE... PASTUKAN...
AMBILLAH SEBUAH TEMPAT/BEKAS/TUPPERWARE BERTUTUP.... ALAS DENGAN SURAT KHABAR SEMALAM, KELMARIN PUNYA PUN BOLEH ASALKAN JANGAN SURATKHABAR HARI NI EKK.. PASTUKAN... SUSUN LER MEMOLEK DALAM BEKAS TU EKK... CIK BAWANG DAN KENGKAWANNYA YANG LAIN TU.. PASTU TUTUP DENGAN PENUTUP...

TENGGG!!! TARAAA!!!!
SIMPAN BAWANG, BAWANG PUTIH, HALIA,
LENGKUAS, KUNYIT, SERAI
DALAM PETI SEJUK
Amacam???? mudah dan kemas ajekan... so bila nak memasak tu just ambil, potong dan kisar... sha tak akan kisar bebawang dan kengkawannya tu dan simpan dalam peti sejuk ekk.. sebab rasanya tak fresh, selain berair, sukatan pun tak berapa tepat walaupun di ceduk dengan senduk.. lagi satu langsung tak jimat... kalau di ambil sebiji-sebiji ikut berapa biji kita nak guna pastu baru di kisar.... kan ke FRESH dan jimat kos pun ya.. sebab bila di ceduk bawang yang siap di kisar tu... kekadang anggarannya atau sukatannya terlebih sudah! so kengkawan... I hanya memberi pendapat... selamat mencuba!!! 
sekian dulu tips kali ini... nanti I share lagi ekk.. ekk...
TATA!!!



Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ