ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label KARIPAP PELBAGAI JENIS. Show all posts
Showing posts with label KARIPAP PELBAGAI JENIS. Show all posts

Saturday, May 26, 2012

Karipap Udang Kering Dari Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Assalammualaikum.. selamat sejahtera buat semua teman-teman blogger baru dan lama juga bukan yang bukan blogger :) Terima kasih kerana masih sudi singgah di dapur ku ini. :)

Mood memang dah mula malas nak menghadap PC hadoii.. bila dah  tiba musim cuti sekolah ni harap maklum ajelah kan.. ;) Banyak betul undangan makan-makan.. kalau tak pergi rugi :)) maka pergilah... :))

Makan nasi Briyani, nasi impit ada rendang dan serunding! Fullamak! susah nak dapat macam tu sekarangkan.. :) Nak memasak tu nak kena tunggu cukup korem, kalau setakat nak memasak serunding yang makan cuma 2 orang alahaii lomah den! :))


Kali ni i buat hidangan supper.. supper tau bukan minum petang :)) dengan mengambil resipi dari buku SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH.. siapa lagi i ler.. :))

Dari minggu lepas Pak Habibi i yang tembamBOM tu suruh i buat Karipap Udang Kering Fav dia tu.. tak ku buat, malas pun yaa.. tang nak membuat inti tu yang malas benor :))


itu dia resipi asal yang ku snap dari buku resipi..

 SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH tu yaa... 
tak berapa jelas sebab maklumlah dah malam hari.. lampu kat rumah i semuanya ala-ala romantis giteeww.. dengan hajat malas nak ku taip.. nampaknya terpaksa jugak ku taip! :))
sebab tak jelas... :))

Inti Keledek Udang Kering :


1 biji keledek *potong dadu
1 tangkai daun sadri *hiris *i tak guna :)
minyak untuk menggoreng
gula dan garam

BAHAN KISAR :

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
50 gm udang kering
3 tangkai cili kering

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau.
Masukkan keledek dan renehkan sehingga empuk, sesuaikan rasa, angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

DOH KULIT KARIPAP :


200 gm tepung gandum
50 gm mentega
sedikit garam + 30 ml air

CARA :

Masukkan tepung, mentega dan sedikit garam.
Gaul dan masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
Canaikan doh sehingga leper dan terapkan seperti gambar di atas.


Masukkan sedikit inti di dalam doh yang telah di terap dan kelim tepinya. *seperti gambar di atas*


lakukan sehingga selesai.


Panaskan minyak dan gorengkan karipap sehingga keperangan.
Angkat dan toskan di atas kertas dapur.

TARRAA!!!

KARIPAP UDANG KERING


i buat dalam tempoh 45 minit.. tergesa-gesa You!
sebab apa tau.. sebab nak menonton CELEBRITI MASTERCHEF MALAYSIA :))

lain macam rasanya bila menonton dengan makan KARIPAP UDANG KERING, minum pulak Teh tarik!
Perghh.... apa yang lainnya tu sha???

Yer laa.. dulu i yang sibuk bertarung di dapur MasterChef Malaysia...
Kenangan manis masih segar di ingatan ini...

tiba masa.. sekarang ni.. i pulak yang berpeluang menyaksikan bagaimana kesemua
celebrity terkemuka Malaysia beraksi di dapur yang cukup canggih dan meleTOP!!

:)) melihat komen setiap celebritu tu tadi.. hahhh tu dia.. baru mereka tahu macam mana perasaan bila dah ada di dapur MasterChef Malaysia tu kan.. :))

Well what can i say... ;) semua tu i dah merasa... :) dan sekarang ni.. tiba masa i untuk melihat mereka pulak beraksi.. huiihhh jangan ingat i cool ekk.. hati ni turut sama gementar dan berdebar-debar sangat.. tu tadi.. sekarang ni dah okay.. :))

TARRAA!!!

KARIPAP UDANG KERING
dari buku resipi...

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH



*GAMBAR DI ATAS ADALAH GAMBAR ASLI SEWAKTU SHOOTING UNTUK BUKU RESIPI I TU.. rupa sama.. cuma kualiti gambar tu aje yang tak sama :)) << apa punya ayatlah ni ekk.. :))

KARIPAP UDANG KERING


Fresh from my kitchen :)



Selamat Bercuti kawan-kawan semua... jaga diri, senyum selalu...
Insyallah akan cuba masukkan N3 sekerap yang boleh.. walaupun mood nak bercuti dah memanglah membara YoUUuu... :))

Assalammualaikum.. :)

TATA!!

Monday, January 31, 2011

MARI MAIN PONDOK-PONDOK BERSAMA MOMMA, IBU, MUMMY DAN KAKAK KARIPAP TELUR GERGASI

MARI MAIN PONDOK-PONDOK BERSAMA
MOMMA, IBU, MUMMY & KAKAK PART II 
MEMBUAT KARIPAP TELUR GERGASI 
 
APA-APA HAL KITA SALIN DULU RESIPE..
RESIPE INI BARU AJE i buat aritu ekk..
kiranya recall order ler ekk...
sebab tukang main pepondok tu sebelum ni kempunan cuma dapat tengok di Blogs sahaja.. so kali ini Ibu, mummy dan kakak Amalina (anak sulong ibu) turun ke padang!
dah macam padang Fun Fair!
perghh... TEMBAM DAN KEMBANG KARIPAP GERGASI DI KIJEKAN IBU, MUMMY DAN KAKAK EKK...
JOM!! SALIN RESIPE SEKALI LAGI!!
BAHAN-BAHANNYA:
untuk kulit:
  • 500gm tepung gandum + sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit air
 CARA MEMBUAT KULIT PASTRI :
  • cairkan minyak sapi dan mentega di dalam kuali
  • tuangkan ke dalam tepung dan gaul rata
  • campurkan dengan sedikit air
  • sekadar di jadikan sebuku doh dan jangan di uli!
  • torakkan nipis-nipis


BAHAN UNTUK MEMBUAT INTI :
  • 6 biji telur
  • 5 biji telur ~ di kocok
  • 1 biji bawang merah ~ hiris
  • 2 ulas bawang putih ~ hiris
  • 2 sudu besar lada hitam ~ tumbuk kasar
  • garam 
  • CAMPURKAN BAHAN-BAHAN DI HIRIS, BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DAN LADA HITAM KE DALAM TELUR YANG DI KOCOK
CARA MEMBUAT KARIPAP :
  • TORAKKAN DOH SEHINGGA NIPIS, MENYAMAI BESAR PINGGAN LAUK
  • TUANGKAN SESENDUK TELUR YANG DI KOCOK BERSAMA BAHAN-BAHAN TADI
  • PECAHKAN SEBIJI TELUR
  • KEMUDIAN LIPAT DUA DAN TEKAN DENGAN GARFU 
  • RUJUK GAMBAR DI BAWAH

 CARA MENGGORENG :
 panaskan minyak banyak. masukkan sekeping karipap, api sederhana sahaja jangan terlalu kecil nanti serap minyak. goreng sehingga keperangan, balik-balikkan dan angkat, toskan.
 PERGHH... macam nak rak!
riuh rendah di dapur i yang sempit tu oke!
tengok aje ler gambar-gambar yang i snap tu perghh..
macam-macam gaya aje!
DAN...............
HASILNYA.........
THUMBS UP!!!
MENJADI KO!
WALAUPUN.....
HUISH! PATUTLAH GAJI PENGARAH BESOR EKK..
HMM.... dah tak larat nak mengadu ni..
itu lah hasilnya KARIPAP GERGASI TELUR
 'Main Pepondok Reramai' memang menyeronokkan!
selain ilmu yang baik di manfaatkan bersama...
hubungan kekeluargaan pun erat dan terjalin indah..
kenangan yang tak mungkin dapat ku lupakan...
SHARING IS CARING..:):)
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

Saturday, January 29, 2011

KARIPAP TELUR

TENGG!!! TARRRAA!!!

KARIPAP TELUR
KARIPAP TELUR
KARIPAP TELUR



ADEHH... dehh.. dehhh..
hah! ni nak ngadu ler sikit ekk.. kalau you all nak tahu ini ler karipap favorte i paling suke!
suke!
suke!
suke!
engko kenapa macam orang suku ni sha?
hehee.. tulah.. teruja bebenau sebab dapat memasak dan makan karipap telur size gergasi tu ekk..
dari hari... ke sehari..
minggu... berganti bulan..
tahun 2010 sampai jejak ke 2011..
teringin nak makan...
tetapi malas nak membikin!
hehee.. so pagi ni celik mata terus ler membuat Karipap Telur kesukaan i dan gengs di rumah ni ekk..
bukannya susah pun Bedah aii.. (bedah jiran i oke)
rasanya memang best! best! best!
you all kena cuba!!
jangan jadi macam i makan tahun baru membikin hehe..
hah! ni tengah kekenyangan ler ni..
hehee...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KARIPAP TELUR
KARIPAP TELUR
KARIPAP TELUR
 BAHAN-BAHANNYA:
untuk kulit:
  • 500gm tepung gandum + sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit air
 CARA MEMBUAT KULIT PASTRI :
  • cairkan minyak sapi dan mentega di dalam kuali
  • tuangkan ke dalam tepung dan gaul rata
  • campurkan dengan sedikit air
  • sekadar di jadikan sebuku doh dan jangan di uli!
  • torakkan nipis-nipis
BAHAN UNTUK MEMBUAT INTI :

  • 6 biji telur
  • 5 biji telur ~ di kocok
  • 1 biji bawang merah ~ hiris
  • 2 ulas bawang putih ~ hiris
  • 2 sudu besar lada hitam ~ tumbuk kasar
  • CAMPURKAN BAHAN-BAHAN DI HIRIS, BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DAN LADA HITAM KE DALAM TELUR YANG DI KOCOK
CARA MEMBUAT KARIPAP :
  • TORAKKAN DOH SEHINGGA NIPIS, MENYAMAI BESAR PINGGAN LAUK
  • TUANGKAN SESENDUK TELUR YANG DI KOCOK BERSAMA BAHAN-BAHAN TADI
  • PECAHKAN SEBIJI TELUR
  • KEMUDIAN LIPAT DUA DAN TEKAN DENGAN GARFU 
  • RUJUK GAMBAR DI BAWAH ~
 
 CARA MENGGORENG :
 panaskan minyak banyak. masukkan sekeping karipap, api sederhana sahaja jangan terlalu kecil nanti serap minyak. goreng sehingga keperangan, balik-balikkan dan angkat, toskan.

TENGG!!! TARRRAA!!!

KARIPAP TELUR
KARIPAP TELUR
KARIPAP TELUR
 
pstt... amacam???
lecehkan!!!
hahaha.. sebab tu ler nak membikinnya makan tahun... nak tahu kenape??
sebab banyak sangat penyakit m.a.l.a.s!!!
jangan malas oke!
selamat mencuba!!
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

Sunday, January 23, 2011

SARDINE BAKAR

TENGG!!! TARRAAA!!!

SARDINE BAKAR
SARDINE BAKAR
SARDINE BAKAR

 "Pet.. pot.. pet.. pot.. ajelah Momma ni!"
ewahh.. ewahhh.. cewah... cewahh.. dak kerempeng kenit ni ekk...
aje memang tau... sibuk orang nak buat minum petang dia sibuk@menyibuk! kat dapur...
bila teringatkan... sok nanti dah besau tak gethi-gehti nak memasak....
benarkanlah jugak...
almaklumlah.. bila memasak dengan chef kenit Nellysha ni mesti i kena serang penyakit misteri!
jam tu jugak ko i migrain!
hehee... lepas siap membakor sardin bakor tu terus tertidur dengan nyenyaknya...
nape sha???
entah ler... agaknya penat nahan sabor kot haha...
okaylah... bukan merungut ni ekk.. memang cakap terus-terang bila si kenit tu menyibuk! membantu di dapur.. macam-macam terjadi.. kerja setengah jam jadi 3 jam!
penat tauuuu!!! mujurlah kerja mengemas kini ada neng naya.. kalau tak aje memang pengsan!
kecahnya mak aii.. pak aii.. kalau ada tetamu yang datang terus terang i cakap ekk..
korang tekan ler loceng kat luar tu ekk..
gerenti i akan menyahut dari dapur...
"Tuan rumah tak de... dia gi shopping!"
hah ko hahaa.. saje je ekk... udah ler tu.. jom kita buat SARDINE BAKAR DENGAN CHEF NELLYSHA!
di bawah arahan dan pemantauan Mommanya... siapa shasha???
i ler... hehehe..

JOM!! SALIN RESIPE!!!

SARDINE BAKAR
SARDINE BAKAR
SARDINE BAKAR

 
 BAHAN-BAHAN UNTUK INTI :
  • 1 biji bawang kuning ~ dadu
  • 2 ulas bawang putih ~ dadu
  • 1 batang lada merah ~ dadu
  • 1 tin sardin ~ hancurkan
  • garam dan gula
CARA MEMASAK :
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak
  • tumiskan bawang kuning, bawang putih dan lada merah sehingga layu
  • masukkan sardin. kacau rata
  • sesuaikan rasa angkat dan sejukkan
CARA MEMBUAT KULIT PASTRI :
  • 400gm tepung gandum + 1 sudu serbuk penaik ~ ayak bersama
  • 1 biji telur
  • 150gm mentega ~ potong dadu
  • 3 sudu besar susu segar
  • sedikit garam dan gula
CARA MEMBUAT DOH :
  • campurkan tepung, mentega, garam jadikan seperti serbuk
  • masukkan telur kuning dan susu segar. jadikan sebuku doh. 
  • rehatkan sebentar di dalam peti sejuk
**1 BIJI KUNING TELUR UNTUK SAPUAN


Cara membuatnya :

  •  torakkan doh sehingga nipis
  • potong dua macam gambar di atas dan kemudian potong 6 sama lebar dan panjang
  • ada dua bahagian seperti gambar di atas, satu bahagian tu keratkan dengan pisau (jangan sampai terputus hanya tengahnya sahaja)
  • bubuh inti di bahagian yang satu lagi, tangkupkan dengan bahagian yang di kelar dengan pisau
  • tekan dengan garfu di tepinya.
  • sapukan dengan kuning telur dan bakar sehingga kekuningan 
  • suhu oven 200'c selama 15-20 minit sehingga keperangan
  • angkat dan hidangkan!!
JOM!! SALIN RESIPE!!!


SARDINE BAKAR
SARDINE BAKAR
SARDINE BAKAR
 
Pstt.. berbaloi ekk.. migrain cemmana pun menjadik jugak Chef cilik Nellysha i tu membuatnya..
walaupun di bawah arahan dan pemantauan Akaknya Mommanya ler...
mudah aje you... kekadang nak mencari di gerai susah nak dapat cenggini guper yer tak???
rasa tepung aje manjang..
tapi yang ini i tell you memang berbaloi-baloi you!
 pesanan dari chef Princess Nellysha...
Auntie... Auntie... Uncle.. Uncle.. jangan lupa cuba ekk.. walaupun gigi nelly dah rongak!
SARDINE BAKAR nelly ni lembut dan rapuh!
jangan lupa cuba tau!!!
Nelly Sardine Bakar tu untuk siapa tu??? nak cikit!!!!
boleh.... Nellysha menjawab ekk..
nah!!!

 Momma Nellysha tolong menjawab ekk...
jangan lupa cuba tau...
TATA!!!
Shahriah Abdullah Novelis

Sunday, January 16, 2011

KARIPAP KENTANG TELUR

TENGGGGG!!! TARRRAAAA!!!!

KARIPAP KENTANG TELUR
KARIPAP KENTANG TELUR
KARIPAP KENTANG TELUR

ADUYAIIII... molot tu katup sikit ekk.... aje memang BESAUUUUU... kali ini karipap i buat oke!
besor mana shasha saiz karipap telur tu ekkk???
cenggini ajelah ekk...
anggaranNYA... MACAM
KARIPAP UFO ALA-ALA PIRING TERBANG TU i buat....
ERRKKK.. PERNAH KE TENGOK???
korang bayangkan cenggini aje ler ekk..
ambil satu kuali leper yang non-stick tu.... yang saiz maksimum oke.. bukan yang kemetot tu...
hah! ko cuba bayangkan cuma 4 keping aje boleh muat dalam kuali tu oke...
tu... tu... ceng gambar bawah tu ekk.....
tu dia....

 AMACAM?????
nak aje ku bubuh nama resipe ni...
DENGAN NAMA 'KARIPAP UFO'
takut kang ada yang pengsan!!!
hahaa... tapi i tell you... memang berbaloi-baloi... sekeping aje dah kenyang sampai ke subuh ekkk..
buat sahur bagus ni hahaa...
okaylah...

JOM SALIN RESIPE!!!!


KARIPAP KENTANG TELUR
KARIPAP KENTANG TELUR
KARIPAP KENTANG TELUR

UNTUK KULIT PASTRI :

  • 4 cawan tepung gandum
  • air
  • dua cubit garam (jangan cubit kuat-kuat hehee...)
  • **1/4 minyak masak 
  • **2 sudu besar mentega
**bahan-bahan yang bertanda didihkan lalu gaul bersama tepung. curahkan air dan jadikan sebuku doh. rehatkan sebentar ekk...

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI :
  • 4 biji kentang sederhana besar ~ potong dadu kasar
  • **1 biji bawang merah
  • **1 ulas bawang putih
  • **5 tangkai cili kering
  • **2 sudu besar ikan bilis ~ rendam dengan air panas dan toskan
  • 2 biji telur ~ rebus dan belah 4 atau kecil sedikit pun tak apa
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • gula dan garam
  • sedikit minyak
**Bahan yang bertanda sila kisar halus


CARA MEMASAK INTI :
  • Panaskan minyak. tumiskan **bahan yang dikisar sehingga garing
  • masukkan kentang dan masak sehingga empuk
  • angkat dan sejukkan dahulu
CARA MENYEDIAKAN DAN MENGGORENG KARIPAP :

  • TORAKKAN DOH NIPIS-NIPIS. TERAPKAN BENTUK BULATAN ATAU GUNAKAN GELAS. 
  • ISI INTI DI TENGAHNYA DAN sehiris telur rebus dan KELIM.
  • PANASKAN MINYAK DAN GORENG SEHINGGA KEPERANGAN
  • ANGKAT DAN TOSKAN
TENGGGGG!!! TARRRRAAAA!!!!

KARIPAP KENTANG TELUR
KARIPAP KENTANG TELUR
KARIPAP KENTANG TELUR
 
 

 ADUHAIII... MUDAH LER SESANGAT EKK...
DAH LER MUDAH...
MENGENYANGKAN...
BESORNYA MENGALAHKAN PIRING TERBANG!
CUBA TAUU.... MINUM PETANG DENGAN AIR KOPI O...
DUDUK TEPI TANGGA SAMBIL MENGUMPAT ERRKK... BERSEMBANG SANTAI
MEMANG SYIOK!!!
SELAMAT MENCUBA...
*&^^*%^#$*%
EH! SHA! BAHASA APA TU???
SORRY.. SORRY.. MULUT PENUH MAKAN KARIPAP UFO HEHEE...
TATA!!!



Shahriah Abdullah Novelis

Saturday, January 15, 2011

KARIPAP KELEDEK UDANG KERING

TENGGGG!!! TARRRAAA!!!!

KARIPAP KELEDEK UDANG KERING
KARIPAP KELEDEK UDANG KERING
KARIPAP KELEDEK UDANG KERING

 WAHHH... cewaahhh... cewahhh...
ini ler karipap favorites Pak Habibi i...
kalau makan karipap udang kering ni idak pulak dianya kering ekk...
pstt... semakin tembam dan tebal adalah!
hehee.. syyy.... jangan beritahu Pak Habibi tau...
nanti lepas ni dia tak nak makan karipap udang kering lagi... 
mintaknya pulak karipap udang hidup! kui.. kui...

OKAY!! JOM!! SALIN RESIPE!!!!


KARIPAP KELEDEK UDANG KERING
KARIPAP KELEDEK UDANG KERING
     KARIPAP KELEDEK UDANG KERING
 
 BAHAN-BAHANNYA :


UNTUK KULIT PASTRI :
  • 4 cawan tepung gandum
  • air
  • dua cubit garam (jangan cubit kuat-kuat hehee...)
  • **1/4 minyak masak 
  • **2 sudu besar mentega
**bahan-bahan yang bertanda didihkan lalu gaul bersama tepung. curahkan air dan jadikan sebuku doh. rehatkan sebentar ekk...

BAHAN-BAHAN UNTUK INTI :
  • 2 Buku keledek sederhana besar ~ potong dadu
  • **1 biji bawang merah
  • **1 ulas bawang putih
  • **5 tangkai cili kering
  • **4 sudu besar udang kering ~ rendam dengan air panas dan toskan
  • gula dan garam
  • sedikit minyak
**Bahan yang bertanda sila kisar halus


CARA MEMASAK INTI :
  • Panaskan minyak. tumiskan **bahan yang dikisar sehingga garing
  • masukkan keledek dan masak sehingga empuk
  • angkat dan sejukkan dahulu
CARA MENYEDIAKAN DAN MENGGORENG KARIPAP :
  • TORAKKAN DOH NIPIS-NIPIS. TERAPKAN BENTUK BULATAN ATAU GUNAKAN GELAS. ISI INTI DI TENGAHNYA DAN KELIM.
  • PANASKAN MINYAK DAN GORENG SEHINGGA KEPERANGAN
  • ANGKAT DAN TOSKAN
 TENGGGG!!! TARRRAAA!!!!

KARIPAP KELEDEK UDANG KERING
KARIPAP KELEDEK UDANG KERING
     KARIPAP KELEDEK UDANG KERING
EHHH... EHHH... SHA.. CANTIKNYA!!!
BUKAN SAHAJA CANTIK OKE!
ENAK RANGUP DAN YUMMY!
TU DIA...
APA TUNGGU LAGI?
GI LER BELI UDANG KERING DAN KELEDEK....
KALAU TEPUNG TAK ADA SHASHA CAM MANA???
BELI JUGAK KAT KEDAI OKE...
SELAMAT MENCUBA!!!
TATA!!!
Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ