ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, April 21, 2012

Creamy Mac & Cheese Simple Versions


Assalammualaikum... dan salam sejahtera buat semua teman-teman blogger baru dan lama... terima kasih kerana sudi singgah di blogs i yang ala-ala aje ni kan... masih ada lagi yang tak tinggalkan address so i tak dapat nak add.. sila in box yaa... nanti i add you all semua... macehh.. :))




Pagi ni tinggal berdua sahaja dengan hero no 1 tu... yang lain ke sekolah.. ada sekolah ganti katanya... so pagi tadi tanyalah hero no 1 tu dia nak breakfast apa.. kasilah dia dapat perhatian lebih kononnya.. sebab lepas dah di layan tu.. nak suruh dia tolong petikkan cili padi tepi kebun mini i yang dah berhutan tu! dan lain-lain perkerjaan ringan... hehehee...

Abang Amin berkata >> 

"Errmmm... i want... creamy mac and cheese!"
hero no 1 ni dulu lahir kat London.. manjang speaking memang kui!

 i berkata >> "Mac & cheese? Tell me why Mac & Cheese?"

Abang Amin berkata : "I want to watch Sponge Bob with my creamy Mac & Cheese!" << hini apa kena mengena dengan sponge bob???!!

i berkata : "Okay.. tapi xtra job... mop lantai? deal?"

Abang Amin dan i.... "Deal!" << sambil calit ibu jari muahahaaa...

Hengko tengok 2 beranak punya deal.. kami memang mengamalkan sistem bata okeh...:)))

so Abang Amin mop lantai.. i pun buat ler Cremy Mac & Cheese versi orang pemalas.. tetapi sangat ikhlas noOOoo...

Creamy Mac & Cheese Simple Versions


2 cawan markaroni *elbow shape *rebus dan toskan

*berpandukan gambar di atas yaa...:))

Mula-mula sekali ambil periuk. Dan di dalam periuk itu Masukkan :

 2 sudu besar mentega 
300 ml susu segar
1 cawan keju parut
100 ml cream
sedikit garam

Setelah masukkan kesemua bahan-bahan di atas, sila jerang di atas api dengan api sederhana dan sentiasa di kacau.
Setelah mentega, cheese cair dan sebati,
Masukkan markaroni, sedikit cracked blackpepper & British Parsley.
Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Creamy Mac & Cheese Simple Versions


taburkan di atasnya bersama parmesan cheese, blackpepper dan cayen pepper *jika suka.. tak suka sudah.. hehee..


masa tengah panas tu jugak i suapkan ke mulut i.. dan bukan mulut abang amin... dia tengah mop lantai masa tu hehehe...:)) 


Abang Amin punya...


gambar yang sama hahahaa..


Nganga mulut please.. i nak suap kat you all... hah! giteeewww... selamat bercuti hujung minggu kawan-kawan.. yang mana meninggalkan jejak tu nanti i kunjung balas semula yaa.. nak ke Seremban hari ni.. nak tengok Bapa mertua sakit di hospital... serangan jantung katanya.. doakan yaa... sayang semua.. take care! muahh..:))

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ