ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label Ubi Pelbagai Jenis. Show all posts
Showing posts with label Ubi Pelbagai Jenis. Show all posts

Wednesday, May 8, 2013

Ubi Goreng.. Ada N3 Istimewa buat semua tau.. yawwww...



Assalammualaikum......
Salam sejahtera buat semua... Apa khabarlah agaknya teman-teman sekarang ni kan kan... mesti ada yang dah lupakan i...
Aduhaii... rindunya nak berblogging... bukan terlupa dan bukan tak ingat.. cuma kekangan waktu yang mencemburui i semenjak kebelakangan ini... :(

Sibuk macam mana pun.. bila ada kelapangan i tetap juga post dua tiga baris ayat di laman FAN PAGE <<--
Apa nak buat... sibuk sekarang ni... bila tak sibuk.. line internet pulak punyalah sloww~~~~ hadoii... boleh hilang sabar nak masukkan gambar sekeping pun lecehh..

Penghabisannya mood nak update blogs.. memang kelautan sepi nun hah! nampak ke? :))

Ubi Goreng


Sesekali dapat update blogs ni i nak story mory dengan you olls panjang berjela sikit yerkk.. yang mana tak ada masa tu.. please come back later :D

Okay.. sibuk kerana urusan kerja itu satu alasan yang paling utama sekali...

Alasan kedua.. mood nak update blogs kelaut sebab line internet very the slow~~~ worst then snails ;))

Alasan ketiga.. i tiap hari memasak.. sibuk macam mana pun..tetap memasak but... i langsung tak snap gambar apa yang i masak... too bad... :(
Nak  tahu kenapa???

Yaa.. sebab.. ruang tempat i biasa snap gambar masakan i tu.. alaa kat tepi tingkap i tu... dah tak ada.. yelekkk... dah ada kabinet kat situ.. so pancaran cahaya memang sangat-sangat terhad.. situ aje ruang yang ada cahaya matahari yang cukup BEST! 
nak snap gambar kat luar.. hadoii.. rajin ler sangat kannn... :D 

Ubi Goreng


Dan... sampai laa i tak ada tempat atau ruang khas untuk i snap gambar... my mom cakap snap aje gambar kat luar.. *depan porch* i pernah cuba.. snap gambar kat situ.. tetapi.... my jiran yang lalu lalang sama naik berhenti dan tengok! pastu ajak berbual.. berapa lama mau siap daaa... muahahahaa... :))

Hadoii... nantilah bila i free i akan cari ruang yang sesuai.. atau may be i kena beli ler lampu khas untuk photo shoot.. hentah apa ke namanya... belum survey lagi.. sabar yaa.. macehhh ;))

Ubi Goreng
  

Dan bulan Mei ni sepatutnya i sibuk dengan photoshoot untuk my second cooking book.. tapi tarikh terpaksa di tunda atas sebab2 yang tidak dapat di elakkan.. sOooOooo... tu yang i agak free sikit bulan Mei ni... soon nak cuti sekolah pulakkan? i dah aturkan percutian untuk keluarga i kali ni.. dekat2 jewww ;))

Dannnn... bila dah ada free time sikit ni.. i terus ler plan.. apa i nak buat masa i tak ada kerja ni ekk??? padahal ada kerja tapi i buat tak nampak jerr... ;)

SooOoooo... ada N3 istimewa KHAS buat semua teman-teman yang selama ini tak pernah jemu-jelak berkunjung di blogs Shahriah yang sekejap ada.. manjang tak de ni :D nak tahu apa???

Meh! kita salin dulu resipi mudah.. Ubi Goreng untuk you olls semua cuba di rumah... dan inilah salah satu juadah minum petang i.. yang lain di rumah ni biasa-biasa aje.. i ubi rebus kurang minat.. dah tu jerk nak bagitahu :)) 

Ubi Goreng


BAHAN-BAHANNYA :

500 ubi *kupas kulit dan potong nipis *sila scroll gambar di atas*
5 ulas bawang putih *potong dadu
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukupnya
minyak masak secukupnya untuk menggoreng

CARA :

  1. Kupas kulit ubi dan cuci bersih.
  2. Potong nipis-nipis dan gaulkan bersama :
  3. Serbuk kunyit, tepung gandum, garam dan bawang putih.
  4. Perapkan selama 15 minit.
  5. Panaskan minyak. *i guna kuali non stick pan... minyak jangan terlalu banyak.. cetek sahaja* gorengan akan lebih garing dan cepat masak*
  6. Goreng sehingga keperangan dan pastikan api jangan terlalu panas, jika tidak bawang putih akan mudah garing.
  7. Angkat dan toskan.     
 TARRAA!!!!

Ubi Goreng
  

Hidangan minum petang yang cukup manTOP! dan meleTOP!
manjang cup cakes dan puding jer kan.. cecuba yang camni.. simple tu ler yang BEST ever!

Yang hangus-hangus tu lerr.. yang jadi rebutan.. walaupun agak pahit :))

Ubi Goreng  


Hidangkan bersama KOPI O kampung!

a) ManTOP
b) BEST Giler!
c) Sedap NGko!
d) NyommeHHH!
e) SLurpp Ahhh...
d) Pengsan!!!
e) Semua di atas 

Mana satu pilihan anda??? undi terletak di tangan anda.. tiada rahsia... ;))
 
Ubi Goreng



Jika tanya i... my fav.. makan ubi goreng cicah dengan gula pasir!!!
Now yang menurun my lil princess Nellysha.. semut kering i tu.. lama dia tak interframe kan kan :D
S.E.D.A.P <<< SILA EJA!! :))

PStttttt......... Pstttt.......


"If Mom Can Cook So Do i!!"

Amboiiihhh.. ayat tak leh angkat!!!!


kenalkan siapa dua jejaka di atas tu??

Yup! yang mana dah biasa follow my blogs dah tahu kan kan..

My Hero No 1 and No 2..

Abang Amin And Abang Aemir..

19 & 18

 

Buat apa tu????

Gossippp???

Proppa???

Ada-ada aje....

Psttt......



 Happy Mother's Day Mom!!!!


Bersempena Hari Ibu di bulan Mei ini...

dengan ikhlas hati demi membalas jasa semua teman-teman dan peminat-peminat yang selama ini menyokong karya-karya Shahriah...

Ada... N3 khas buat semua.... 
sempena 'Mother's Day'

Anak-anak bujang i akan memasak pelbagai jenis resipi dari 'BUKU RESIPI SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH'  Khas buat semua...*resipi terpilih


Suka ke tak ni??? sila jawab di kotak komen di bawah tu yaa..

kalau banyak respon.. cepat i masukkan N3 khas di mana my heroes yang memasak and i hanya tukang snap gambar sahaja yaa.. ingat mudah ke?

Macam nak pengsan pun ada! :))

macam-macam hal! 

Sooo tungguuu.. stay tune!

cayang semua.. take care... muahhzzzz :))

Jumpa nanti.. Insya~ALLAH

Assalammualaikum..



TATA!!!

Wednesday, January 23, 2013

Ubi Rebus Khas Buat Bonda Tersayang ~ Resipi PA



Assalammualaikum.... Selamat Pagi semua :)

Biasalah bila Bonda ada di rumah ni... ubi rebus mesti ada punyalah! tak pernah missed...

i kalau ubi rebus agak kurengsss sikit.. ubi goreng... i suka sangat :D

Dan resipi Ubi rebus kali ini adalah resipi my PA yang sememangnya pandai memasak.. cakap je nak makan apa? Melayu? Indo? Chinese Cuisine? Pasta??

Yaa.. semua dia pandai masak.. sebab dia memang suka memasak! :D dan satu lagi sebab dia suka mencuba resipi baru dari buku2 resipi i yang bersusun tu... baguskan :D

idak ler selalu dia dapat memasak.. sebab i memang suka memasak... so tang breakfast tu memang i serah kat dia... :D

Ubi Rebus My PA



Apa bezanya ubi rebus my PA? nampak sama aje macam yang kita rebus tu...

BAHAN-BAHAN :

1 kg Ubi
garam secukupnya
2 helai daun salam
4 ulas bawang merah *kecil  

Okay untuk  ubi rebus tuu.. my PA.. rebus ubi tu dengan beberapa biji bawang merah *kecil* dia hiris...
siat beberapa helai daun salam dan sedikit garam semasa merebus..

Hasilnya?????

*kisah bersambung* :D :D :D


Lawankan pulak dengan sambal tumis ikan bilis kisar yang sememangnya sentiasa berstok dalam peti sejuk..

bila nak makan just panaskan dalam microwave...


Ikan masin kapak?

Apasal nama ikan tu kapak? tak nampak macam kapak pun! muahahaa... :))

Okay ikan masin kapak memang sentias berstok kalau bonda ada di rumah.. dah tahu dah... kalau ada ubi rebus mesti bonda nakkan ikan masin kapak.. ya gitewww.... ;)


Dan inilah sarapan Fav Bonda tersayang...

simple made easy! ;)


*sambung kisah* ;))

Nak tahu apa rasa ubi rebus tu???

yaa.. you all kena cuba.. serius memang luar biasa keenakkannya.. tak caya... cecuba... cecuba... ;)


Sekian dulu... jumpa nanti.. jaga diri...

Assalammualaikum..

TATA!!

Tuesday, September 11, 2012

Getuk Ubi Gula Melaka



Assalammualaikum.... :)

Getuk ubi, kuih zaman dulu kala. Memang sedap, lemak dan berkrim. Fav i ni :D
tapi kali ni i buat i gunakan gula melaka.
Rasanya lebih lemak dan sedap!
mudah sahaja nak buat.
Semuanya main pakai campak tebor. Dah siap ;)

Getuk Ubi Gula Melaka


Bahan-bahannya :

Anggaran 4 cawan ubi rebus
2 cawan kelapa muda parut *putih sahaja
1 buku gula melaka *saiz sedang *hiris
4 sudu besar gula pasir
sedikit garam



Lenyekkan ubi sehingga hancur.*balut lesung batu dengan plastik jadi tidaklah melekat :D
setelah itu campurkan gula melaka, kelapa parut, gula pasir dan sedikit garam.
Gaul sebati dan sesuaikan rasa.
Mulalah di leperkan di dalam acuan loyang dan tekan-tekankan sehingga padat dan rata.
Masukkan di dalam chiller sebentar *anggaran 20 minit*
Setelah itu keluarkan dan bolehlah di potong mengikut citarasa anda.

Tarraa!!!

Getuk Ubi Gula Melaka


hampir setahun tak buat dan merasa Getuk Ubi Gula Melaka :D


Hidangkan bersama kopi O memang terbaik!


Hantarkan ke rumah jiran kanan dan kiri...
Semua terkejut dapat Getuk Ubi Gula Melaka ;))
maklumlah mereka pun lama dah tak merasa Getuk ubi.. sekali rasa nak lagi Youu :D

Sekian sahaja perkongsian kali ini..
Jumpa lagi..
Jaga diri..


Assalammualaikum...

TATA!!

Thursday, September 6, 2012

Ubi Rebus Dan Sambal Tumis 3 Rasa Terbaik i Tell YoUuu


Assalammualaikum... :)

Apa Khabar semua teman-teman? Masih dalam mood raya ke? Amboii.. dengar cerita masih ada yang mengambil tempahan biskut raya.. siapa tu? Auntie i lerr... orang sibuk beraya dan mood tinggal suam-suam kuku nak beraya.. wahhh dia sibuk menerima tempahan biskut raya.. rezeki ALLAH beri... :D

Kepada semua teman-teman yang meninggalkan komen tu... terima kasih sangat.. Insya~ALLAH dalam waktu terdekat dan apabila semua urusan kerja penulisan yang bertimbun ni selesai.. Insya~ALLAH i akan jejaki anda semua.. terima kasih yaa.. janganlah merajuk atau berkecil hati sebab i tak dapat membalas komen anda semua yaa.. i tetap baca setiap komen dan i sentiasa ingat... sehinggakan kekadang tu bila tengah busy.. teringat kat you all semua.. masak apalah agaknya kawan-kawan i tewww :D


Okay cerita pasal ubi kayu ni kan kan...
menu di atas tu bukan hari ni jadi santapan i sekeluarga.. hujung minggu lalu i bikin :D
baru hari ini berkesempatan i share.. tahu kan kenapa? yaaa sebab sibuk sangat yang aiii...

Cerita pasal ubi kayu ni kan kan.. inilah kesukaan Bonda tersayang aii tau... tiap minggu mesti dia akan beli di pasar...
padahal ada diebetes.. kalau bonda ada di rumah i.. sure dah kena bebel sikit.. cikit aje...:D

Bonda cakap... alah bukan selalu pon..
wahhh... demi Bonda tersayang i rebuskan jugak..
Ubi kayu pemberian dari jiran sebelah rumah.. fresh dari kebun tau..
lepas cabut terus hantarkan kerumah i.. macam tahu-tahu aje bonda i ada di rumah ni hah! kisah minggu lepas ler ni ekk... sekarang Bonda i dah melancong.. dengarnya naik belon bercuti.. amboii.. bercuti tak ajak i kan.. :D


Maka telah ku masakkan Sambal Tumis 3 Rasa...
ada Udang, Telur dan Ikan bilis...
waduhh lawankan dengan ubi rebus... fresh pulak tu..
lembut dan gebus...
perghhhh.. i yang tadinya jadi penasihat Bonda... wahh lebih sudu dari kuah :))
tak pe.. tak pe.. bukan selalu :D

Ubi Rebus


CARA MEREBUS UBI :

Ambil beberapa ketul ubi dan kupas kulitnya..
Cara nak cuci Ubi dengan lebih putih berseri lagi suci cecewahh... mudah sahaja...
Ambil sekeping tuala bersih *tuala tangan yang kecil tu* dan semasa mencuci tu sental dengan tuala kecil tu yaa.. Insya~ALLAH ubi akan putih bersih sesuci embun pagi..
idak ler nampak kelabu aje giteeww :D
*baca selawat jangan lupa masa mencuci tu ya* :)

Okay untuk merebus ubi pula yaa..

Masukkan ubi yang telah di cuci dan di potong 6 inci panjang jangan terlalu kecil nanti bila di rebus mudah pulak hancur.
Selepas itu masukkan ke dalam periuk dan tuangkan air secukupnya.. sama paras dengan isi ubi itu.
Taburkan sedikit garam halus dan 2 helai daun pandan yang telah di siat dan di simpul.
Rebus sehingga ubi empuk.. angkat dan toskan!

TARRAA!!!

Ubi Rebus


Serius ni.. makan masa panas-panas..
waduhhh cicah pulak dengan sambal tumis..
terangkat Youuu :D dah lah bau ubi rebus tu harummm naa bau pandan.. waduhh pengsan! :D

Sambal Tumis 3 Rasa



BAHAN-BAHANNYA :

6 biji telur rebus
1/2 kg udang saiz M
1 cawan ikan bilis *kisar*
2 biji bawang holland *potong bulat*
1/2 cawan air asam jawa
gula dan garam
minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :

30 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
2 cm belacan

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN KISAR* renehkan sehingga garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan ikan bilis *kisar* dan kacau sehingga sebati.
Masukkan bawang holland. Renehkan sehingga kuah agak pekat.
Sesuaikan rasa baru masukkan Udang dan telur rebus.
Kacau sebati dan sedia di hidangkan!!

TARRRAA!!!

Sambal Tumis 3 Rasa


Pekat, pedas, Lemak dan manis..
Ada Udang, Telur dan rasa lemak ikan bilis..
tiada komen untuk hidangan di atas..
sikit ajelah komen :)) TERBAIK!!!!
Wahh giteeewwwww :D

Ubi Rebus
&
Sambal Tumis 3 Rasa


Hadoiii... kesedapannya sehingga laa ni terasa-rasa kat anak tekak ni hah! jarang dapat rebus ubi fresh.. serius memang gebus dan enak bangat dong!!

Terfikir-fikir juga.. Insya~ALLAH nanti nak buat hidangan di atas tu untuk majlis makan-makan di rumah ni hah... simple dan enak Youu... :D


Kata Bonda..
masa zaman kekanak dia dulu.. ubi rebus memang makanan ruji mereka sekeluarga..
memanglah masa tu zaman perang baru sahaja berlalu.. tetapi beras mahal.. maka ubilah menjadi gantiannya..
terbalik pulak sekarang ni...
Nak dapat ubi yang baru sahaja di cabut dari tanah... dan terus di rebus.. punyalah payah! :D
hati terdetik... Syukurlah apa yang ada...:)

Jumpa lagi..
Jaga Diri yaa..
Senyum selalu...


Cak!!!!
Nellysha kirim salam...
dia pun sekarang ni sedang sibuk berlatih sukan..
mewakili sekolah untuk acara Larian 100 Meter..
Doakan Nellysha berjaya yaa.. tak dapat No 1 pun tak pe..
yang penting penyertaan...:)
*gambar Nellysha celah bunga.. belum mandi masa tu :))

Assalammualaikum..

TATA!!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ