Assalammualaikum.... :)
Getuk ubi, kuih zaman dulu kala. Memang sedap, lemak dan berkrim. Fav i ni :D
tapi kali ni i buat i gunakan gula melaka.
Rasanya lebih lemak dan sedap!
mudah sahaja nak buat.
Semuanya main pakai campak tebor. Dah siap ;)
Getuk Ubi Gula Melaka
Bahan-bahannya :
Anggaran 4 cawan ubi rebus
2 cawan kelapa muda parut *putih sahaja
1 buku gula melaka *saiz sedang *hiris
4 sudu besar gula pasir
sedikit garam
Lenyekkan ubi sehingga hancur.*balut lesung batu dengan plastik jadi tidaklah melekat :D
setelah itu campurkan gula melaka, kelapa parut, gula pasir dan sedikit garam.
Gaul sebati dan sesuaikan rasa.
Mulalah di leperkan di dalam acuan loyang dan tekan-tekankan sehingga padat dan rata.
Masukkan di dalam chiller sebentar *anggaran 20 minit*
Setelah itu keluarkan dan bolehlah di potong mengikut citarasa anda.
Tarraa!!!
Getuk Ubi Gula Melaka
hampir setahun tak buat dan merasa Getuk Ubi Gula Melaka :D
Hidangkan bersama kopi O memang terbaik!
Hantarkan ke rumah jiran kanan dan kiri...
Semua terkejut dapat Getuk Ubi Gula Melaka ;))
maklumlah mereka pun lama dah tak merasa Getuk ubi.. sekali rasa nak lagi Youu :D
Sekian sahaja perkongsian kali ini..
Jumpa lagi..
Jaga diri..
Assalammualaikum...
TATA!!
5 comments:
Buat terliur hokey..Kak!..Lama betul tak makan getuk ubi tau.. Biasa kat kg mak buat. Mak buat, apa pun sedap..Heee
memang sedap mkn getuk ubi nie,kat sini kalau nk mkn beli kt kedai tepi2 jln..yg digoreng tu.....
sedapnya kak.... selalunya kat sini jumpa getuk ubu yg di goreng je...
salam Sha..
apa kabar adik manisss
lamanya akak tak singgah jenjlan kat sini lately sibuk manjang tapi alhamdulillah semuanya dah beres baru lah teirngin nak rasa getuk ubi ni sedap tak Shaaaaaaaa
May you concept me with some tips concerning how you produced your blog glimpse it awesome, I will be definetely appreciative.
klicken nur
Post a Comment