ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, June 19, 2012

Inti Kelapa Perisa Durian


Assalammualaikum... Selamat sejahtera semua teman :)
Kali ni pendek aje nak cerita ya ;)
sebab.. i masukkan dulu resipi 
Inti Kelapa Perisa Durian

Kerana selepas ini bermacam lagi resipi yang bakal ku kongsikan akan menggunakan Inti Kelapa Perisa Durian
sebab apa?
Sebab sekarang tengah musim durian :D

Inti Kelapa Perisa Durian :D


BAHAN-BAHANNYA :

1 biji kelapa parut *tanpa kulit hitam
1 biji gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan *siat dan simpul
6 ulas durian *ambil isi sahaja*
secubit garam

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan masukkan ke dalam kuali. 
Dengan api sederhana, sentiasa di kacau, sehingga kesemua bahan-bahan sebati anggaran mengacau 20 minit.
Angkat dan sejukkan!

TARRAAA!!!

Inti Kelapa Perisa Durian


Setelah sejuk, bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk bahagian beku.



Jika teringin nak membuat pelbagai jenis kuih-muih dah mudah.. tinggal keluarkan dan defrost terlebih dahulu dalam microwave.. :)


Pelbagai jenis resipi durian bakal menyusul.. sedaya upaya akan ku cuba untuk selang-selikan takut ramai yang pengsan!!!

Jumpa nanti yaa.. :D

TATA!!


Nasi Ayam Citrus Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Assalammualaikum.. selamat petang semua.. :D

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Nasi Citrus.... aka nasi Oren.. :)

Ya, sebenarnya menerima panggilan dari sebuah majalah.. :) beliau meminta i menyediakan satu juadah istimewa khas buat *biarlah ia menjadi RAHSIA* 

maka terciptalah...

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Kawan-kawan yang biasa dah tentu sedia maklum.. i ni memanglah fanatik giler! dengan buah oren aka orange! :D

bukan i sorang aje di rumah ni semuanya sukakan buah oren.. stok seminggu untuk buah oren kat dalam peti sejuk tu lebih kurang 30 biji! bayangkan.. :))


Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



BAHAN-BAHAN UNTUK NASI CITRUS :

2 pot beras siam *lebih sesuai beras basmathi tapi i kehabisan stok*
1 biji buah oren = parut kulitnya
100 ml susu cair + 1 biji jus oren = ketepikan 15 minit
air secukupnya untuk menanak nasi *bergantung kepada beras yang anda gunakan ya.. :)

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *hiris
4 ulas bawang putih *hiris
2 inci halia *hiris

2 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
1 helai bay leaf

1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega
3 sudu besar canola oil

CARA :

Panaskan minyak sapi, mentega dan canola oil.
Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau.
Masukkan beras dan kacau sebati.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan susu cair yang telah di perahkan dengan jus oren.
Masukkan parutan kulit oren.
Sedikit garam dan kacau rata.
Tanak sehingga masak!

TARRAA!!

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Baunya cukup harum.. tetiba terbayang-bayang macam berada di Mexico!
cecewahhh... lemak, enak dan langsung tidak muak!

Ayam Citrus


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
30 tangkai cili kering
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 helai daun limau purut *buang uratnya*
1 biji buah tomato


7 ketul ayam

*perapkan bersama 1 sudu kecil serbuk kari dan kunyit, sedikit garam. Perap selama 20 minit*
panaskan minyak sedikit sahaja, hanya sekadar menggaringkan kulit ayam kedua-dua belah bahagian. Angkat dan ketepikan.

BAHAN LAIN :

100 ml susu cair + 1/2 biji jus limau nipis
2 sudu besar sos tomato
gula dan garam
minyak

2 pelepah daun kari *goreng terlebih dahulu dan ketepikan*

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN-BAHAN KISAR* sehingga naik bau dan tumiskan dengan lama, api sederhana sentiasa di kacau.
Masukkan susu cair yang telah di campur dengan jus limau nipis, sos tomato, gula dan garam.
Kacau sebati, masukkan ayam dan renehkan sehingga ayam masak dan kuah pekat.

Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama daun kari yang telah digoreng!

TARRAA!!!

Ayam Citrus 



Bau harum, lemak, pekat, masam-masam manis.. waduhhh... terbaik!


ACAR SIMPLE :

1/2 biji timun *potong
1 biji tomato *potong
1/2 biji jus limau nipis
3 tangkai cili padi *hiris
sedikit gula dan garam

CARA :

gaul sebati semua bahan-bahan di atas dan sesuaikan rasa.
simpan di dalam chiller, setelah itu hidangkan.


Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Memang sesuai di makan di kala musim panas macam ni... :D

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Masam, manis, lemak dan enak!
tak caya cecuba.. :D

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



tadikan kan.. masa i hidangkan untuk Pak Habibi i yang tembamBOM balik untuk makan tengahari tadi kan kan..
i tak bagi tahu apa kenama nasi tu..
i cuma tanya...

"Bau apa?? cuba teka??"
:D
"Bau harum! macam bau oren? ehh.. lemon?"
:D
i jawab.... 
"Itulah.. Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah"

Wahh.. konon! muahhahahaa :))


hidangan lengkap yang cukup sesuai di hidangkan buat keluarga.. juga untuk majlis keramaian.. tak giteeww?? ya giteewww... ;)

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Selamat menjamu selera kawan-kawan.. :)


AlolOoooooolooo Teera asyik tido aje...
musim panaslah katakan.. aktiviti berlari sana-sini sangat terhad!
membute aje ler kerjanya.. :D tak pe.. tak pe :))

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Insyallah... panjang umur.. bertemu lagi kita di alam maya ini ya.. :)

Jangan lupa cuba tau!

TATA!

Sardin Bakar Teringin YoUU...


Assalammualaikum.. selamat pagi semua :) Cuaca sekarang bukan main panas mencetang! berbahang semacam :D Tekak jangan cerita asyik minum air mineral berbotol-botol! :)) penghabisannya kembong air! :)) Pastu keluar masuk T***** :D tak pe :)) tak pe :))


Cara-male & Teera-Mitsu pun lepak semacam! kesian kepanasan duk dalam kandang keluarkan... masuk aje dalam rumah terus lepak baik punyer! macam nak join aje sejuk ya kat atas lantai tu :D

SARDIN BAKAR


Dapat idea dari makanan Teera dan Caremel :))
semalam Pak Habibi belikan makanan mereka berdua tu dengan hidangan Frieskies berperisa TUNA! tu dia..
tengok kucing 2 ekor tu makan macam sedap aje kan kan :D bau pun sedap dari peket tu TUNA :D
So... membuat ler sedikit SARDIN BAKAR
YA, gitewwww :))

SARDIN BAKAR


BAHAN-BAHAN YANG DI PERLUKAN IALAH :


Inti Sardin :

1tin kecil sardin *hancurkan
1 biji bawang besar *hiris
2 ulas bawang putih *hiris
1 sudu kecil jus limau nipis
1 tangkai cili merah *hiris
sedikit minyak
sedikit gula dan garam *garam bubuh cikittt aje tau, tak bubuh pun tak pe sebab pastri tu dah lemak masin dan berkrim :D *

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili merah sehingga layu.
Masukkan sardin dan kacau sebati.
Sesuaikan rasa, angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

UNTUK DOH PASTRI RAPUH :


100 gm mentega/marjerin *potong dadu
220 gm tepung gandum
2 sudu besar susu segar

CARA :

gaulkan mentega dan tepung sehingga sebati.
Masukkan air dan jadikan sebuku doh *jangan di uli.
Masukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

CARA MEMBUAT :

SARDIN BAKAR


canaikan doh sehingga nipis.
potong seperti gambar di atas.
isikan sedikit inti sardin dan lipat dua, kemudian tekan dengan garfu.
lakukan sehingga selesai


sebiji telur di kocok untuk sapuan di atasnya 

Panaskan ketuhar dengan suhu 200'C selama 10 minit.
Bakar selama 10 -12 minit.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

SARDIN BAKAR


Sangat rapuh! i memang sukakan pastri yang rapuh.. dan lemak berkrim..
bila dikunyah dalam mulut.. waduhh MANTOP!


actually i lebih teringin nak makan kulit pastri rapuh tu :))

SARDIN BAKAR


sedap! sambil mengunyah sambil..... tu tu...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


leka tengok Teera & Caremel tidur... dah tak heran bau sardin, sebab beskot dia pun berperisa TUNA!
:)) :)) :))

Tunggu menu seterusnya.. walaupun hidangan di dapur i ni biasa-biasa sahaja :D

Jaga diri, senyum selalu.. :)




TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ