ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, June 18, 2012

Tiny Pandan Sponge With Durian Filling... By Chef Nellysha!


Assalammualaikum... Selamat petang semua.. Syukur Alhamdulillah.. bertemu lagi kita petang ni ya... :) N3 semakin banyak yang belum sempat lagi  kukongsikan di dapur i yang tak seberapa ni hah! tak pe :D tak pe :D perlahan-lahan semestinya akan i kongsikan pada semua.. walaupun resipi di dapur ku ini biasa-biasa sahaja :)


Gambar terkini Abang Amin di Kem PLKN.. :D
menyengih dapat bekalan makanan satu beg besar IKEA tu yaa.. :D
tiap minggu i tak pernah miss ke sana. Jengah dan tengok perkembangan Abang Amin. 2 minggu lepas dia kurus sikit, semalam jumpa ehhh naik balik! :)) wahh dah macam bursa saham! :))

Tiny Pandan Sponge With Durian Filling...


ya very the tiny i tell you!
semua sedia maklum di rumah i ni memang tengah musim durian. So Abang Amin memang suka sangat dengan durian.. Tapi i tak bawakkan dia durian fresh sebab menghormati kengkawannya yang berada di dorm sebelah-menyebelah tu... takut kang ada pulak yang bercakar dengan kulit durian sebab tak dapat menjamah.. :D

so i buatlah kek sponge aka bahulu comey kecik-kecik dalam tu buhkan inti jem durian... :D


seperti biasa.. bila cuti sekolah.. adalah Chef Cilik i tu.. Nellysha..:))
dari memutar telur sampai kembang memutih umpama buih di kali cecewahhh :D
sehinggalah memasukkan adunan dalam cup cakes kecik tu...
i cuma tolong isi inti durian dan bakar dah tu jerk :D

 i buat malam masa tu.. Hari sabtu..16hb jun 2012 bawak ke Kem PLKN hari ahad pagi.. 17hb Jun 2012 wahh sungguh detail giteww :)

Tiny Pandan Sponge With Durian Filling... 
By Chef Nellysha!


Untuk Inti Jem Durian :

Sili Klik SIni : --->>>



Setelah itu.. meh ler kita membuat....

Tiny Pandan Sponge With Durian Filling... 
By Chef Nellysha!



BAHAN-BAHANNYA :

110 gm tepung kek + 1/2 sudu teh baking powder + secubit soda bikarbonat + secubit garam *AYAK 2 KALI*

4 biji telur *SAIZ A*
120 gm gula castor
1 sudu teh perisa pandan
1 sudu teh esen vanilla

cup cakes

CARA :

Putarkan telur dan gula sehingga gebu dan bertukar warna putih dan gebu benor.
Masukkan esen vanilla dan putar sehingga sebati.
Masukkan tepung dan kaup balikkan.

Bahagikan kepada 2 bahagian.
Bahagian 1 ~~ campurkan dengan perisa pandan
Bahagian 2 ~~ *ketepikan sedikit, memadai untuk pipe di atasnya*

*Berpandukan gambar di atas*

Masukkan sedikit adunan pandan ke dalam acuan cup cakes.
Kemudian ambil 1/2 sudu kecil jem durian dan letak di tengahnya.
Tuangkan sedikit adunan tanpa warna, lakukan sehingga selesai.

Panaskan dulu ketuhar dengan suhu 170'C selama 15 minit.
Bakarkan selama 10-12 minit.
Angkat dan sejukkan.
Taburkan dengan sedikit taburan gula aising!

TARRAA!!!

Tiny Pandan Sponge With Durian Filling... 
By Chef Nellysha!



Gebuuu aje YoUuuuu aii.... :D


bau wangi pandan... awww :))


tekstur halus.... dan berspring-spring giteww.. kalah tilam Vono! :))


dengan bau pandan.. tekstur gebuss... ada pulak jem durian di tengahnya.. AuumMmmm :))

Tiny Pandan Sponge With Durian Filling... 
By Chef Nellysha!



ya gitewww.... nampak tak taburan gula aising yang dah tebal macam salji baru turun tu???
ya itu chef cilik yang punya! without durian filling! :D


Penuh feeling... :D cehh...


"Ohh.. mennn...."

komen dari Abang Amin bila dia kunyah kek pandan berdurian tu ekk... :))


Tiny Pandan Sponge With Durian Filling... 
bukan tu je yang i pek kan untuk Abang Amin.. kek choc pisang pun ade.. khas buat dia mengunyah bersama kengkawan di dorm! ;)



Akak dan adik.. awww.. atau adik dan abang.. cehhh! :)) :)) :D

Tiny Pandan Sponge With Durian Filling... 
By Chef Nellysha!



sangat mudah dan simple untuk di cuba... :)

Selamat minum petang ya kawan-kawan.. Muahzzz

TATA!!


Siakap Goreng Taucho GMMP ~Garing, Masam, Manis, Pedas!



Assalammualaikum.. selamat tengahari semua.. Syukur Alhamdulillah.. dapat kita bertemu lagi di alam maya ini ya.. :) Ada sesiapa yang celebrate father's Day? Ya, baguss.. i tiap hari celebrate Father's Day.. sebab tiap hari hidangan i di dapur ini adalah hidangan yang Pak Habibi TembamBOM kesayangan i dan anak-anaknya request.... :D

SIAKAP GORENG TAUCHO GMMP
~Garing, Masam, Manis, Masin, Pedas!~


Tengahari tadi i memasaklah Ikan Siakap permintaan Pak Habibi i yang tembamBOM tu kan.. Kami semua kat rumah ni kurengzz sikit dengan ikan siakap. Tetapi.. ya ada tetapinya.. :D semalam dapat ler membeli seekor ikan siakap yang fresh baru turun dari bot Nelayan di kampung i! terus ler ku borong.. sebab siakap tu siakap fresh dari laut dan bukan di bela dari sangkar. ;)


Rasa ikan siakap laut sememangnya berbeza bagai langit dengan bumi :)
Sebab isinya lebih lemak, manis, lembut dan tidak berbau tanah! hah giteww.. so mulai saat ini ikan siakap telah menjadi ikan kesukaan kami sekeluarga *setelah calit ibu jari sesama sendiri malam tadi*
:))

SIAKAP GORENG TAUCHO GMMP
~Garing, Masam, Manis, Masin, Pedas!~


Untuk mendapatkan Ikan siakap yang garing :

1 ekor ikan siakap belah kedua-dua belah isinya. *cuci bersih dan keringkan*

4 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk garlic
sedikit garam

Cara :

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan lumurkan pada ikan, dan perapkan selama 30 minit.

Panaskan kuali dengan minyak penuh. 
Setelah minyak benar-benar panas *berasap*
masukkan ikan dan goreng sehingga garing!
angkat dan toskan di atas tisu dapur.


Ya, begitu.. ranggup dan garing :D

UNTUK SOS :

SIAKAP GORENG TAUCHO GMMP
~Garing, Masam, Manis, Masin, Pedas!

BAHAN-BAHANNYA :

UNTUK TUMIS :

1 biji bawang besar *hiris
2 inci halia *julienne
2 inci lengkuas *julienne
1 batang serai *hiris
4 ulas bawang putih *hiris
20 tangkai cili padi *hiris
12 tangkai cili padi merah *buang tangkai sahaja

BAHAN LAIN :

3 sudu besar tauco *kasar
4 keping nenas tin + jus nenas *dadu
1 sudu besar jus limau nipis
gula, garam dan minyak

CARA :

Panaskan kuali dan masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau atau bawang layu.
Masukkan *BAHAN-BAHAN LAIN* dan renehkan sehingga kuah pekat.
Angkat dan tuangkan di atas ikan siakap goreng!

TARRAA!!!

SIAKAP GORENG TAUCHO GMMP
~Garing, Masam, Manis, Masin, Pedas!




setelah itu...


tuangkan sos di atas ikan siakap goreng garing tadi teww... :D

SIAKAP GORENG TAUCHO GMMP
~Garing, Masam, Manis, Masin, Pedas!~



~Garing, Masam, Manis, Masin, Pedas!~


isi lembut ikan siakap tu yaa.. ranggup di luar... waduhh.. sekali di hirup kuah yang pekat tu.. rasanya masam-masam manis.... pastu... tergigit cili padi yang sebanyak tidak tu.. pedas!! ya hamfunn... :))
gigit pulak nenas tu wahhh masam manis.. jangan lupa pulak.. rasa masin tu datangnya dari cik akak taucho tu awww... i tell you! :D


Sirap Limau Nipis Bersama Laici..
Next N3 nanti i share yaa.. di bawah label baru.. AIR!


Ayam goreng Kari Sedap!
ini juga Next N3 i share... :))


Yang kuih cake comey keler hijau ni pun.. petang nanti i share kat you all ya... :D
Selamat menjamu selera kawan-kawan.. jaga diri senyum selalu..

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ