Assalammualaikum... :)
Masak apa hari ni? i masak simple giler! :))
Yang simple tu ler yang best!
Jimat masa. Jimat tenaga dan Jimat Masa! ya giteew... :D
i lawankan dengan ikan goreng kembung batu.
Salutkan dengan serbuk kunyit bebanyak naa.....
goreng garing-garing!
sedap ngko aii! ;))
Jangan lupa tumbukkan sambal belacan pedas berapi!
perghhh berasap sehhhh :D
Hah! ada timun muda? potongkan nipis-nipis.
Ada petai? cuci bersih jadikan ulam, so i tak perlu goreng sayur hari ni... sebab busy dalam kurungan malas pun yerk! :D
Asam Rebus Nenas
BAHAN-BAHANNYA :
1/2 biji nenas *potong
700 ml air
2 keping asam gelugor *asam keping
5 ekor ikan selar
4-5 tangkai cili padi
gula dan garam
BAHAN KISAR :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit
1 cm halia
2 cm belacan
CARA :
Campurkan *BAHAN KISAR* bersama air, asam keping dan nenas ke dalam periuk.
Renehkan kuah sehingga mendidih.
Masukkan gula dan garam *sesuaikan rasa*
Masukkan ikan dan cili padi.
Masak dan angkat!
TARRAA!!!
Asam Rebus Nenas
sLURPPPpPPPP.... ahhhhh... nyaman giteewww :D
props hari ini.. Petai ;))
Sekian sahaja.... jumpa nanti!
Assalammualaikum...
TATA!!