KARI SARDIN DAN KENTANG *TANPA SANTAN
Wahhh.. sardin laa.. bukan senang nak makan sardin ni tauu... kekadang aje dapat makan... masa bila??? masa tak ada idea.. cuaca panas.. bahan kat peti sejuk tu habis! masa tu ler sardin yang bertin-tin dalam kabinet tu di kais... kali ni i masak lain sikit.. i buh serbuk kari dan daun kari... tanpa santan oke... kata diet... rasanya tetap rasa kari.. malah lebih sedap! rasanya pedas, lemak dek kerana sardin dan paling best sekali ada kentang! terus pengsan!
JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KARI SARDIN DAN KENTANG *TANPA SANTAN
BAHAN-BAHAN DI KISAR :
1 biji bawang merah *saiz besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering
1 sudu teh serbuk kari ikan *babas
BAHAN-BAHAN LAIN :
2 tin sardin *adabi
1 batang serai ~ titik
2 pelepah daun kari
3 biji kentang ~ goreng separa garing
1 batang lada hijau ~ belah dua
1 keping asam keping
CARA MEMASAK :
Panaskan kuali dengan sedikit minyak
tumiskan *bahan-bahan di kisar, serai dan daun kari sehingga naik bau
masukkan sedikit air lebihan kisar dan masukkan kentang
renehkan sehingga kuah pekat dan kentang empuk
masukkan sardin dan juga lada hijau dan asam keping
gaul rata, sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!
TENGG!!! TARRAA!!!
KARI SARDIN DAN KENTANG *TANPA SANTAN
SEDAP!!!
JANGAN LUPA.. LAWANKAN DENGAN....
ULAM TIMUN
SAMBAL KICAP CILI PADI
IKAN MASIN SEPAT
MEMANG TAK MENYEMPAT NAK BERBUAL I TELL YOU!!!
SELAMAT MENCUBA!!!
TATA!!!