ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, February 21, 2012

SUP BEBOLA DAGING BERSOHOON

Sup Bebola Daging Bersohoon



Assalammualaikum... apa khabar semua...:))) hari ini masak tetap simple dan nampak aje simple tapi masa nak memikirkan apa yang nak kubagaikan dengan bebola daging tu... makan masa jugak hehehe... asyik di buat Bakso aje manjangkan.... jemu jelak rasanya.. so dalam sibuk mengupas kulit bawang tu... ternampak sohoon.... hmm... why not buat aje sup simple sebab bebola daging tu dah ada perasa... hah! maka terciptalah sup bebola daging bersama cik kak sohoon tu yerk... udah tu aje cerita kali ni... masih sibuk menyudahkan kerja penulisan tu hah! tak sabar rasanya nak bercuti.. nak bersantai tepi pantai.. mendengar deruan ombak di tepi pantai.. sambil menyusuri pantai cewahhh.. dah melalut dah ni... nanti kalau i bercuti ke destinasi yang i rahsiakan *setakat ini* balik aje nanti i share kat you all yaa... :)) cayang semua muahh... *kecuali kaum adam oke*

Sup Bebola Daging Bersohoon

Bahan-bahannya :

400gm bebola daging
1/2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih * i pencinta bawang putih :))*
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil lada hitam

**Bahan-bahan diatas tumbuk hancur*

1 ikat sohoon *rendam*
1 batang celery
1 batang daun sadri
air dan minyak

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *bahan tumbuk sehingga naik bau. 
Masukkan celery dan air. renehkan sehingga mendidih.
masukkan bebola daging dan daun sadri.
Masukkan sohoon dan sesuaikan rasa!

TARRAA!!!!

Sup Bebola Daging Bersohoon


Simple and easy... selamat menjamu selera semua :)))
Take care and smile Always yaa..:))

Psstt.. tulisan pun i dah besarkan so mudah you all nak membaca tonyehan i kan kan.. :)))

TATA!!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ