ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, March 11, 2011

MENU ULANG TAHUNKU YANG KE.....

HAPPY BIRTHDAY TO ME! 
MAUAHAAHAA....
BOLEH GITEEWW....:):)
RED VELVET CHEESE CAKE

 
SOTO AYAM
 
MENU ULANG TAHUNKU YANG KE.....

Syukur Alhamdulillah.... bertambah lagi satu angka! tetapi masih di  bawah golongan remaja veteran! hahaha... apa pun usia tidak memberikan apa-apa makna kepadaku.. pengalaman masa lalu yang mematangkan diriku cewaHHH!!! ewahhh... ewahhh...:):) Okay ni mengadu sebelum apa-apa berlaku sekejap lagi hehee... setiap kali Bday gengs di rumah ni.. I ler yang memasak dan membancuh kek ekk.... ehh.. ehh.. cewahh... ewahhh.. tiba Bday sendiri... sendiri jugak kena buat aduhaii.. langsung tak thrill! Pak Habibi my hubby nak beli kek Bday... siang-siang i dah beritahu jangan beli kek ekk.. ekk... hah! dah tu kena ler buat sendiri...:) yang bestnya bila buat sendiri... bila dah siap tu! hasilnya yang menyeronokkan... walaupun tak ler secantik kek di kedai.. nama pun kek buat sendiri...:):):)

JOM!!! TENGOK!!! DAN SALIN RESIPE!!!

SOTO AYAM
Soto memang my favorites.... so i pilih Soto untuk hidangan Bday i yang ke... kalau nak tahu tekan situ dan ada hadiah dariku untukmu....:):):) >>> HADIAH DARIKU UNTUKMU

SOTO AYAM
 
Mula-mula sekali kita kena buat....
Nasi impit... i beli nasi impit jenama nona... rebus sehingga empuk dan sejukkan sejam sebelum di hidangkan... jadi keadaannya kental dan cantik

Taugeh buang ekor dan cuci bersih... kalau nak celur pun boleh but i prefer mentah sedap dan rangup
Daun bawang dan daun sadri... cuci bersih dan hiris
Sohoon goreng... panaskan minyak betul-betul panas dan masukkan sohoon... cepat angkat setelah sohoon mengembang
Tahu goreng.... potong kecil tahu dan goreng sehingga keperangan
Limau kasturi.... kalau suka
Bergedel kentang... yang ini i buat yang simple sahaja langsung tak bubuh rencah tapi rasanya memang enak dong!
Bahan-bahannya :
4 biji kentang ~ kupas kulit dan potong kecil ~ panaskan minyak dan goreng sehingga masak atau separa garing
1 biji bawang besar + 3 ulas bawang putih + 2 biji buah keras ~ goreng sehingga layu
1 batang daun bawang ~ hiris

CARA MENYEDIAKAN BERGEDIL :
kesemua bahan-bahan di atas di tumbuk sehingga lumat + dengan daun bawang dan gaul rata, sesuaikan rasa dan buat bentuk bulat dan leper sedikit

CARA MENGGORENG :
1 biji telur ~ kocok
Panaskan minyak dan celupkan bergedil ke dalam telur dan gorengkan sehingga keperangan angkat dan toskan. SEDIA UNTUK DI HIDANG!

Sambal kicap.... 20 batang cili padi + 3 ulas bawang putih + 1 sudu besar cuka makan + gula + kicap manis
Kisarkan kesemua bahan atau di tumbuk sehingga lumat dan sesuaikan rasa
SEDIA DI HIDANG!
KUAH SOTO DAN AYAM
1 ekor ayam di cuci bersih dan rebuskan bersama air dan pecahkan halia dan juga bawang putih. sedikit garam dan rebuskan sehingga ayam empuk. Setelah ayam empuk. Carik-carik isi ayam dan pisahkan dari tulangnya. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan ayam sehingga kering sedikit angkat dan sedia di makan bersama SOTO.

KUAH SOTO
1 biji bawang besar + 5 ulas bawang putih + 2 inci halia + 1 batang serai + 1 inci lengkuas + 1 sudu besar lada putih + 1 sudu kecil lada hitam + 1 peket rempah sup + 5 biji buah keras + 1 batang kayu manis + 1 biji bunga lawang + 5 biji buah pelaga
***KESEMUA BAHAN DI ATAS DI KISAR SEHINGGA LUMAT

CARA MEMASAK :
panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan garing sedikit. masukkan air rebusan ayam dan didihkan. sesuaikan rasa. SEDIA DI HIDANGKAN!

TENGGG!!!! TARRRAAAAA!!!!
SOTO AYAM

KEK ULANG TAHUNKU....

RED VELVET CHEESE CAKE

RED VELVET CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN YANG DI PERLUKAN
  • 250 gm mentega
  • 180 gm gula halus
  • 280 gm tepung cake (tepung high protein) + 1 sudu teh baking powder + 1/2 sudu teh garam + 2 sudu besar serbuk koko van hauten (ayak bersama)
  • 4 biji telur
  • 100ml susu segar
  • 1 sudu besar glisserin
  • 2 sudu besar perisa strawberry
  • 2 sudu besar pewarna merah
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 biji lemon ~ ambil jusnya (atau cuka)
CARA MENYEDIAKANNYA :
  • Putarkan mentega dan gula sehingga kembang dan gebu
  • masukkan perisa vanilla dan telur sebiji demi sebiji putar sehingga gebu
  • masukkan perisa strawberry dan pewarna merah dan juga jus lemon/cuka putar sehingga sebati
  • masukkan tepung yang telah di ayak bersama bahan-bahan di atas dan putar
  • masukkan adunan ke dalam acuan yang telah di oles dengan sedikit mentega
  • bakar di dalam oven dengan suhu 180'C selama 40-45 minit atau cucuk di tengahnya dengan lidi jika bersih tanda kek telah masak dan matang
  • angkat dan sejukkan sepenuhnya terlebih dahulu
CHEESE CAKE : 
** Adunan cheese cake ini i tak setkan dia di dalam loyang tetapi i jadikannya sebagai filling di tengah dan diatasnya.. i just sapukan aje.. ala-ala macam jem gitew... kita buat dia yer tak? apa ada kisah..:):)
  • 500 gm cream cheese (suhu bilik)
  • 150 gm gula
  • 1 biji lemon ~ parut kulitnya dan ambil jusnya
  • sedikit garam
  • 2 biji kuning telur
  • 200ml whipping cream
  • 1 sudu besar geletin (halal) 
Cara menyediakannya :
  • putarkan cream cheese sehingga gebu
  • masukkan gula dan putar lagi sehingga gebu
  • masukkan kulit lemon dan jus lemon putar lagi dan masukkan telur dan putar sehingga sebati
  • masukkan geletin yang telah di bancuh dengan air panas mendidih sebanyak 3 sudu air panas masukkan ke dalam adunan dan kacau rata
  • masukkan ke dalam chiller untuk set sekejap
LANGKAH TERAKHIR
Setelah kek sejuk...
Potong dua kek agar menjadi dua bahagian
sapukan permukaan kek dengan cheese cake yang telah di sejuk dan set di atasnya.. lakukan seperti menyapu jem... tebal dan penuh. Sapukan pula dengan jem strawberry sehingga rata.. 
*RESIPE JEM STRAWBERRY I DAH KELUARKAN SEBELUM INI
Dan tangkupkan sekeping lagi bahagian kek yang telah di potong di atasnya... sapukan lagi cheese cake di atasnya dan hias bersama buah strawberry segar dan untuk sapuan tepi kek i campurkan saki baki cheese cake bersama chocolate ganache...
***RESIPE CHOCOLATE GANACHE I DAH KELUARKAN SEBELUM INI

TENGGG!!!! TARRRAAAA!!!!
RED VELVET CHEESE CAKE
Memang ler gupernya tak cantik... cheese cake tu mudah cair.. i kena jugak snap gambar sebelum di simpan dalam chiller kalau tidak aje memang lesap! di kerjakan gengs serumah... jadi ler untuk tatapan you all ekk....
 
Dah tak ada idea... sarang lelabah pun jadi ler ekk.. ekk... hahaaha...
Rasanya masam-masam manis dan dek kerana cheese cake tu.. aduhaii tetiba... tetiba i pengsan! sedap bangat dong!
RED VELVET CHEESE CAKE 

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN...:):):)
PINK ROSES HADIAH DARI YANG TERSAYANG..:):) DAN JUGA TIKET MELANCONG KE LUAR NEGARA!!! TERIMA KASIH PAK HABIBIKU..:):) KEMANA TU???? LATER I SHARE DENGAN YOU ALL EKK... SYYY....
 
TATA!!!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ