ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label NASI BERLAUK PELBAGAI JENIS. Show all posts
Showing posts with label NASI BERLAUK PELBAGAI JENIS. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Nasi Ayam Citrus Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Assalammualaikum.. selamat petang semua.. :D

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Nasi Citrus.... aka nasi Oren.. :)

Ya, sebenarnya menerima panggilan dari sebuah majalah.. :) beliau meminta i menyediakan satu juadah istimewa khas buat *biarlah ia menjadi RAHSIA* 

maka terciptalah...

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Kawan-kawan yang biasa dah tentu sedia maklum.. i ni memanglah fanatik giler! dengan buah oren aka orange! :D

bukan i sorang aje di rumah ni semuanya sukakan buah oren.. stok seminggu untuk buah oren kat dalam peti sejuk tu lebih kurang 30 biji! bayangkan.. :))


Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



BAHAN-BAHAN UNTUK NASI CITRUS :

2 pot beras siam *lebih sesuai beras basmathi tapi i kehabisan stok*
1 biji buah oren = parut kulitnya
100 ml susu cair + 1 biji jus oren = ketepikan 15 minit
air secukupnya untuk menanak nasi *bergantung kepada beras yang anda gunakan ya.. :)

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *hiris
4 ulas bawang putih *hiris
2 inci halia *hiris

2 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
1 helai bay leaf

1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega
3 sudu besar canola oil

CARA :

Panaskan minyak sapi, mentega dan canola oil.
Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau.
Masukkan beras dan kacau sebati.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan susu cair yang telah di perahkan dengan jus oren.
Masukkan parutan kulit oren.
Sedikit garam dan kacau rata.
Tanak sehingga masak!

TARRAA!!

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Baunya cukup harum.. tetiba terbayang-bayang macam berada di Mexico!
cecewahhh... lemak, enak dan langsung tidak muak!

Ayam Citrus


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
30 tangkai cili kering
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 helai daun limau purut *buang uratnya*
1 biji buah tomato


7 ketul ayam

*perapkan bersama 1 sudu kecil serbuk kari dan kunyit, sedikit garam. Perap selama 20 minit*
panaskan minyak sedikit sahaja, hanya sekadar menggaringkan kulit ayam kedua-dua belah bahagian. Angkat dan ketepikan.

BAHAN LAIN :

100 ml susu cair + 1/2 biji jus limau nipis
2 sudu besar sos tomato
gula dan garam
minyak

2 pelepah daun kari *goreng terlebih dahulu dan ketepikan*

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN-BAHAN KISAR* sehingga naik bau dan tumiskan dengan lama, api sederhana sentiasa di kacau.
Masukkan susu cair yang telah di campur dengan jus limau nipis, sos tomato, gula dan garam.
Kacau sebati, masukkan ayam dan renehkan sehingga ayam masak dan kuah pekat.

Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama daun kari yang telah digoreng!

TARRAA!!!

Ayam Citrus 



Bau harum, lemak, pekat, masam-masam manis.. waduhhh... terbaik!


ACAR SIMPLE :

1/2 biji timun *potong
1 biji tomato *potong
1/2 biji jus limau nipis
3 tangkai cili padi *hiris
sedikit gula dan garam

CARA :

gaul sebati semua bahan-bahan di atas dan sesuaikan rasa.
simpan di dalam chiller, setelah itu hidangkan.


Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Memang sesuai di makan di kala musim panas macam ni... :D

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Masam, manis, lemak dan enak!
tak caya cecuba.. :D

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



tadikan kan.. masa i hidangkan untuk Pak Habibi i yang tembamBOM balik untuk makan tengahari tadi kan kan..
i tak bagi tahu apa kenama nasi tu..
i cuma tanya...

"Bau apa?? cuba teka??"
:D
"Bau harum! macam bau oren? ehh.. lemon?"
:D
i jawab.... 
"Itulah.. Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah"

Wahh.. konon! muahhahahaa :))


hidangan lengkap yang cukup sesuai di hidangkan buat keluarga.. juga untuk majlis keramaian.. tak giteeww?? ya giteewww... ;)

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Selamat menjamu selera kawan-kawan.. :)


AlolOoooooolooo Teera asyik tido aje...
musim panaslah katakan.. aktiviti berlari sana-sini sangat terhad!
membute aje ler kerjanya.. :D tak pe.. tak pe :))

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Insyallah... panjang umur.. bertemu lagi kita di alam maya ini ya.. :)

Jangan lupa cuba tau!

TATA!

Thursday, May 31, 2012

Nasi Serai Ayam Masak Merah, Acar Menu Sempoi School Holiday!



Assalammualaikum... Selamat petang semua.. :) wahh! ni mesti ada yang terkejut ni... Kata tadi nak berjalan dengan anak-anak.. tup! tap! ehhh.. sempat lagi masukkan hidangan makan tengahari tadi :))

Hehehhh ;) Masak lewat i youU.. cadang nak keluar dengan anak-anak makan dan jalan tak menjadi! sebab apa tau... sebab... boleh pulak mengemas lemari pinggan mangkuk i tu muahahahaa :)) pastu Abang Amin cakap.. 

"kita keluar petang sikitlah mom! sebab panas! Amin nak rileks kat rumah..."  :)


Hokey!! yehaaa :)) bagus! so i tak perlu memandu di tengah panas mencetang kat luar tu :))

so memasak ler tadi.. dengan bertanya kepada gengs di rumah ni hah! nak makan apa?? << bunyi ganas, tapi tak sebenarnya :))

Nasi Lemak!!! <<< Abang Aemir

Nasi Ayam!! << Nellysha

Ayam Masak Merah!! << Abang Amin

So setelah ketiga-tiga geng i tu memberikan idea...

si tukang masak merangkap bibik ni pun turun ler memasak...

*bibik tu i ler* :)) 

Nasi Serai Ayam Masak Merah,
 Acar Menu Sempoi School Holiday!


First sekali buat dulu acar jelatah.. semua orang tahukan???

Okay nanti lain N3 i share, rasanya sebelum ni pernah share kat bawah label *ACAR PELBAGAI JENIS*

simpan dulu dalam chiller.. so bila nak makan sejuk dan segar

Ayam Masak Merah 


BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ayam *potong 12* Cuci bersih dan lumurkan bersama sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam. *goreng sekejap sekadar kekuningan dan angkat, ketepikan*

3 sudu besar sos tomato
gula dan garam
50 ml susu cair

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci halia
40 tangkai cili kering
4 biji buah keras

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR* sehingga garing dan masak*
Masukkan susu cair dan sos tomato.
Masukkan ayam dan renehkan sehingga ayam masak dan sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!!

Ayam Masak Merah 


Pedas, Harum dan enak! :)

NASI SERAI


BAHAN-BAHANNYA :

3 pot beras
air secukupnya
sedikit garam
1 helai daun pandan
minyak

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

BAHAN TUMIS :

4 batang serai *titik*
1 batang kulit kayu manis *1 inci*
1 biji bunga lawang
7 biji bunga cengkih

CARA :

Panaskan sedikit minyak, Masukkan *BAHAN TUMIS* DAN *BAHAN KISAR* sehingga naik bau.
Masukkan daun pandan dan kacau sebentar.
Masukkan beras dan kacau rata.
Masukkan air secukupnya, garam dan tanak sehingga nasi masak!

TARRAA!!!

NASI SERAI


Versi Nasi Serai lebih mudah dan lebih harum juga lebih enak!

tak caya cuba! ;)


Nasi Serai Ayam Masak Merah,
 Acar Menu Sempoi School Holiday!



tu dia.. sepanjang masa.. makan aje Abang Amin....

kalau you all nak tahu.. apa jua kuih-muih yang i masak selama ni.. semenjak Abang Amin tak ada... semuanya i simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam freezer.. so bila Abang Amin balik.. dia tinggal pilih yang mana satu dia nak makan.. siap berlabel tau! hehee.. tu yang dia makan tu...
Cup Cake Melo... ingat tak yang i buat dengan Nelly hari tu... tu dia.. sampai terpejam mata tu...

"Awesome Mom!!!"

yer giteww... dan jap aje tadi ni masa i tengah masukkan N3 ni..

Abang Amin tatang sepotong Tiramisu.. ala yang hari tu punya tu...:)) tiada alasan untuk Abang Amin tidak turut sama menikmati apa yang kami sekeluarga nikmati semasa ketiadaannya... ;)

ya giteww... :))


Okay semua... esok i dah start bercuti.. 

dah siap pun packing baju... ;)

ke mana?? hehehhh.. dekat jeee... tuUuuu... ;)

Selamat bercuti!

Jaga diri! Jumpa lagi..

kepada semua yang meninggalkan komen.. Insyallah sebelum berangkat esok.. i akan BW malam nanti yaa... macehh.. muahhhzzzz... :)

TATA!!


Wednesday, April 18, 2012

Nasi Briyani@Siam & Ayam Berlada Madu Citarasa Rinduan



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung dan semua teman-teman blogger yang baru dan yang lama... wahhh apa-apa hal meh! i terangkan dulu apa ke pasal boleh dapat nama resipe Nasi Briyani@Siam & Ayam Berlada Madu Citarasa Rinduan...

Yer, begini ceritanya ekk... hadoii ni macam dah tak ada kerja ekk... dok bercerita kat dalam blogs.. tu manuskrip yang dari haritu dok ler bab 3 tak bergerak-gerak lagi hehee.. Okay sambung cerita.. gini... tang Nasi Briyani@Siam tu sebenarnya.. beras yang i gunakan tu ialah beras briyani yang hanya tinggal satu pot dan telah kucampurkan dengan beras siam! tu pasal ler dapat nama tu ekk... dan tang Ayam Berlada Madu Citarasa Rinduan tu hah! yang ni panjang kisahnya... 


Al-Kisahnya... semalam kan.. dalam pukul 1 pagi... lebih kuranglah... i pun dok ler menjengah blogs cuti-cuti i yang tak seberapa tu kan.... masa jengah tu.. ehh... ada blogger yang add i... so i pun add lah insan yang bertuah tu kan kan... masa tu i pun bukaklah blog insan bertuah tu..... tengah baca-baca blog dia tu kan.. tetiba baru i teringat... i pernah makan di sebuah Restoran Masakan Iran... KLIK SINI >>> PERSIA RESTORAN MASAKAN IRAN  dan masa tu.. insan bertuah tu pun telah ke Restoran yang pernah i pergi tu ler... pastukan.. masa bahagian akhir tu.. insan bertuah tu pun promote ler blogs insan yang telah berkongsi di Google tentang  restoran tu sehingga dia ke situ. I pun baca.... macam ni dia tulis ekk....

 "PS: google tentang kedai Arab nie, terjumpa blog Kak Samsiah Abdullah, terbaiklah entry beliau.. jom baca, KLIK SINI"  <<<<  So masa tu kan... kan..dalam hati i cakap ni... ohh dia bukan ambil dari N3 i.. sebab nama yang dia sebut tu... SAMSIAH ABDULLAH...

So i pun klik laa.. kat nama Kak ke adik ke.. yang bernama Samsiah Abdullah.. <<< nak jugak tahu apa ke rupanya muahahaa...

Pastu ngko! hakok macam nak pengsan! rupanya yang ku klik blog SAMSIAH ABDULLAH tu adalah i okeh! muahahahhahahahahhahaha... hadoiiii masa tu dok gelak sesorang psttt masa tu dah dekat pukul 2 pagi.... pastu dengan tangan terketar-ketar sebab keras perot ketawa bagaikan... pastu i balas macam ni kat komen dia... eshh... kalau nak tahu klik sini ekk >>> KOMEN DARI KAK SAMSIAH ABDULLAH AHAKS!


lepas tinggalkan komen tu i pun masuk ler tido.. dan sambil nak menanti mata tu pejam dok senyum sesorang... Samsiah Abdullah... sedap jugak nama tu muahahaaa... hadoi... rupanya kisah tidak berakhir di situ.. bangun pagi-pagi aje kan... i bukak ler FB nak cek manalah tahu dapat cek bernilai 2 juta ke! muahaa... ehh.. sambil gosok mata.. wah! rupanya insan bertuah yang panggil i Samsiah Abdullah tu... pepagi hari dah update blogs dia ko! hadoii.. i pun apalagi berdesup jam tu gak! jengah blogs dia.... Nak tahu apakah yang di tulis oleh insan bertuah tu.. silalah JENGAH SEKARANG JUGAK! >>> SAMSIAH ABDULLAH DATANG CITARASA RINDUAN!!! << tengok dan bacalah sendiri ekk.. 

Wahai adikku insan bertuah tuan tanah yang empunya Blog CITARASA RINDUAN... Kak Sha nak ucapkan jutaan terima kasih yaa dik... akak tak sangka Adik yang bernama Siti Rahayu begitu baik hati telah berkongsi secara Gempar dan menyeluruh dan tersangatlah detailednya tentang kesemua blogs akak yang bersusun tu yang kekadang berupdate dan kekadang sengaja ku biorkan tanpa berupdate hehee... apa pun Terima kasih Siti Rahayu yang memang cukup Ayu..:))) dan demi membalas segala kisah gempar SAMSIAH ABDULLAH tu... akak dengan ikhlas hati mereka satu lagi resipe baru di dapur akak.. dengan tanpa alasan yang kukuh sanggup ku redah secara rempit.. walaupun beras Basmathi ku hanya tinggal se pot! terimalah.... << wahh macam tuju lagu laa....

Nasi Briyani@Siam 
& Ayam Berlada Madu Citarasa Rinduan

Untuk Nasi Briyani@Siam


2 pot beras siam + 1 pot beras Briyani@Basmathi
air secukupnya *bergantung beras apa yang di gunakan
300 ml tairu ~ susu segar+1 biji perahan jus lemon *biarkan berketul maka jadilah tairu
2 sudu besar serbuk briyani
4 tangkai daun pudina
badam & bawang goreng untuk hiasan
1 sudu besar safron/ pewarna kuning
2 sudu besar air mawar

BAHAN TUMIS :

2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar canola oil
2 ulas bawang putih *hiris
2 biji bawang merah *hiris
2 cm kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
8 tangkai cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN KISAR :

2 cm halia
5 ulas bawang putih

CARA :

Mula-mula sekali tumiskan *BAHAN TUMIS sehingga naik bau*
Masukkan pula *BAHAN KISAR sehigga naik bau*
Setelah di kacau masukkan beras dan kacau rata.
Masukkan air dan sesuaikan rasa.
Setelah mendidih masukkan tairu, air mawar, kacau dan tutup periuk sehingga nasi agak kering, baru taburkan daun pudina.
Setelah masak, dengan menggunakan batang senduk kayu buat lubang secara rawak di dalam nasi dan tuangkan safron/pewarna kuning. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi tanak.
Angkat dan hidangkan bersama taburan bawang goreng, daun pudina dan badam!

TARRAA!!!

Nasi Briyani@Siam Citarasa Rinduan


Tu dia.... Nasi Briyani@Siam = Beras Basmathi + Beras Siam... kerana ko tau dik CITARASA RINDUAN...





dan di lawankan pula dengan....

Ayam Berlada Madu Citarasa Rinduan


BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ayam *cuci bersih dan lumurkan dengan sedikit garam kemudian goreng sehingga kulit keperangan bukan garing, angkat dan toskan.

4 sudu besar madu lebah
gula & garam
minyak
100 ml susu segar
daun sadri dan daun pudina

BAHAN KISAR :

25 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
4 biji buah keras

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR* renehkan dengan api sederhana dan sentiasa di kacau dan masak sehingga garing dan bukan hangit yaa.. 
Masukkan ayam, susu segar, madu dan gaul rata, sesuaikan rasa.
Masukkan daun pudina dan daun sadri dan renehkan sehingga kuah pekat.
Angkat dan hidangakan!!

TARRAA!!!

Ayam Berlada Madu Citarasa Rinduan


Lemak manis madu dan ayam...
 wahhh...... <<< sambil mata terpejam nih!


Ayam Berlada Madu Citarasa Rinduan


Simple and Yummy.... :))


Jangan lupa lawankan dengan acar limau.. i buat sendiri... dah bertahun dah.. memang sentiasa i stok sebab inilah yang terbaik di lawankan dengan apa jua nasi bertumis... kan kan..



Kepada adik Siti Rahayu.. terima kasih dik.. moga ALLAH SWT berkati dan permudahkan apa jua yang kamu lakukan.. Amin.. begitu juga dengan sahabat-sahabat blogger ku yang lain tu... Insyallah jika ada masa dan kelapangan.. nak jugak ku mention tiap-tiap dan semua  nama.. perlahana-lahan yaa... Insyallah...

Sekian itu sahaja.. masakan dari dapur SAMSIAH ABDULLAH... adoii... kalau di ingat dan di sebut2 nama ni asyik gelak aje ni hehee... terima kasih semua...:)) psstt jangan lupa jengah dan join blogs CITARASA RINDUAN tu yaa..:)))

**Psstt... maaf jika ada resipe yang tertinggal masa nak taip tu... kalau perasan sila beritahu yaa.. macehhh**

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ