ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, October 10, 2012

Kacang Bendir Celur Vs Sambal Asam



Assalammualaikum.. :)

Selamat tengahari semua.. :D

Hari ini i masak simple aje.. bendir celur! :))


salah satu sayur fav i ialah kacang bendir.. :D

tak boleh seminggu tu tak de sayur bendir.. macam nak apa dah!

biasanya i goreng atau masakkan asam rebus.. tu ler yang paling i suka..

dah 2-3 hari ni i asyik celurkan aje kacang bendir tu... cicahkan dengan sambal asam.. waduhh...

mau tak berpeluh makan youuu aiii ;)


nampak tak pokok kacang bendir yang Pak Habibi tembambom i semai tu?

dah besar panjang dah.. dan dah di pindahkan ke tanah dah pun.. ada lebih 40 pokok!!!

dah jadi ladang kacang bendir belakang dapur i tu hah.. nanti i update kat sini ehh >>> HASIL TANAMANKU

nak di apakan tu nanti?? :))


Semalam ke pasar.. i borong sebanyak tidak.. dekat 1/2 kg!

tiap hari kumasak dan makan :D


cicahkan pulak dengan sambal asam.. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D

BENDIR CELUR


Ambil beberapa tangkai kacang bendir, cuci bersih dan toskan


didihkan air dan campakkan sedikit garam
Setelah benar-benar mendidih baru masukkan kacang bendir.
Celur selama 4-5 minit...


Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk, rendam  seketika.
Toskan..

TARRAA!!!

BENDIR CELUR


simple dan enak di makan begitu sahaja..:D


inilah antara hidangan yang wajib i hidangkan jika ada tetamu datang...
bersama ulam-ulaman yang lain.. :)


i masak kari pipi ikan merah....


sup ayam bersama kentang dan karot
Sebab Abang Aemir, hero no 2 i tak makan pipi ikan..:)


Props i kali ini.. bakul yang di perbuat dari kertas surat khabar pemberian dari seorang teman..
i suka sangat! simpan elok-elok...:)
tadi i sumbatkan kacang bendir... cantik ler pulak! :))


sekian sahaja...


Jumpa nanti!

Assalammualaikum..

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ