ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label SAYUR LEMAK/CILI API. Show all posts
Showing posts with label SAYUR LEMAK/CILI API. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

Lauk Kampung Aje...


Assalammualaikum.... Salam santai hujung minggu buat semua.. :)

Masak apa hari ini?? Okay i masak simple forever.. tinggal di hujung ceruk kampung yang terpinggir.. jauh dari kesibukan lalu lintas... asap kereta yang berjerebu...:)

Itulah yang seronoknya tinggal di kampung.. berbanding suatu ketika dulu tinggal di tengah bandar kosmopolitan... sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan... jam sana-sini... itu dulu...

Beberapa kali Pak Habibi telah menerima tawaran kerja di tengah bandar sana tu.. pernah juga dapat offer kerja di luar negara... sorry... kami tetap memilih untuk terus menetap di kampung...

Nyaman.... aman dan damai... :) tak nak lagi dah berpusu-pusu dan terkejar sana-sini bila nak ke setiap destinasi... termasuklah ke pasar untuk mencari bahan masakan...:)

Kini tinggal dan menetap di kampung.. bersama jiran tetangga yang peramah dan baik hati...

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa amannya saya sekeluarga di sini...:)


Bila tinggal di kampung... apa yang menyeronokkan..
Taman dan tanah yang luas.. terdapat pelbagai hasil tanaman kampung... yang mana tidak bertanam di celah tanah sana tu.. cari sahaja di pasar atau di pasar tani... semuanya ada.. fresh dan cukup berpatutan sekali harganya... :)

Masak pun manjang nak lauk kampung sahaja.. walaupun anak-anak di rumah lebih terbiasa dengan masakan ringkas dari barat...

Simple made perfect! mereka dah terbiasa.. sebab dari kecil walaupun mereka di lahirkan dan di besarkan di bandaraya yang pesat... masakan kampung sentiasa terhidang di meja makan.

Sehinggakan kekadang terasa bangga, bila anak-anak bujang bukan main berselera apabila terhidang lauk pucuk ubi masak lemak... macam ternampak Steak! wah! giteew.. :)


Dulu masa baru-baru berpindah di kampung..
anak-anak bujang bukan main mengeluh.. tak suka tinggal di kampung, mungkin sebab persekitaran yang terlalu aman dan damai :D

i faham.. anak-anak terpaksa meninggalkan kawan-kawan sekolah yang dulunya rapat sejak dari sekolah tadika... ambil masa juga anak-anak bujang i nak menyesuaikan keadaan di kampung.. itu dulu...

sekarang bila tanya.. seronok tak tinggal di kampung?

"The Best! Mom!"

ya, giteew...

Tak tahulah esok lusa kalau ada rezeki tanpa di sangka datang bergolek... manalah tahu ke negara bersalji pulak.. ye ke??? bila tu???

Ehem! ~Wallahualam~ ;)


Sambal belacan.. boleh di katakan wajib ada terhidang di meja makan setiap hari..
semua anak-anak sukakan sambal belacan..

Walaupun maknya ni bukan main malas nak menumbuk sambal..

demi keluarga i sanggup berkorban... ;)

cecewahhh.. ;))

Lauk Kampung Aje...


Hujung minggu yang sangat santai minggu ini.. memang tak plan nak ke mana-mana kecuali petang sikit nanti akan bawa Nellysha Swimming... hobi dia jika tak ada plan di luar menonton wayang atau window shopping.. :)

SoOOoo... i pun masaklah simple forever :D

Jom! Masak! Pastu Makan.. :D

Lemak Cili Api Pucuk Ubi


BAHAN-BAHANNYA :

500 gm pucuk ubi    } ambil pucuknya dan rebus sehingga empuk. Toskan dan hiris

600 ml santan pekat
garam secukupnya

BAHAN TUMBUK RENYAH :

  1. 1 biji bawang besar
  2. 100 gm ikan bilis
  3. 10 tangkai cili padi hijau  **kurangkan jika tak suka pedas**
 
 CARA :

  1. Campurkan bahan tumbuk bersama santan dan renehkan sehingga mendidih *sentiasa di kacau dan jangan sampai membuak.
  2. Masukkan pucuk ubi dan sesuaikan rasa.
  3. Angkat dan hidangkan!
TARAA!!!

Lemak Cili Api Pucuk Ubi

 Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya.. pedas berapi tu :))

 
Sekian dulu... resipi kampung yang semua orang pun dah tahu..
tetapi yang ringkas tu lah kita sering terlepas pandang..:)

Selamat bersantai hujung minggu... jaga diri..

Assalammualaikum..

TATA!!



Monday, October 22, 2012

Apabila Labu Dan Rebung Terjun Bersama-Sama Yehah!


Apabila Labu Dan Rebung Terjun Bersama-Sama Yehah!
:D

Assalammualaikum...

Ya, tajuk N3 kali ini sangat-sangat hangat!
biasanya luncai terjun dengan labu-labunya..
kat dapur i Luncai tak de :D
yang ada rebung ;))


musim labu kat kampung i..
borong banyak sebab murah..
dan labu tahan sebulan..
so jangan jemu dan jelak kerana selepas ini dapur i akan menyajikan segalanya ada kaitannya dengan...
L.A.B.U << sila eja :))


rebung..

serius ni ehh.. i memang tak pernah masak rebung.. padahal orang kampung... sebab dari kecik bonda jarang masak rebung.. kalau nak makan pun.. sedara-mara masak time kenduri..
ya giteww...

dulu masa bertarung di gelanggang Masterchef tu pun.. i tak masak rebung sebab tak biasa...
but today! i dah tahu... 
rebung tu.. akak yang datang membersihkan rumah i 3 kali seminggu tu yang petik kat belakang rumah i sana tu... memang ada serimbun besorrrr naa.. pokok buluh untuk di buat lemang..
so dia ambik dan potong2 dan ajar i macam mana nak masak dan hilangkan pahit rebung tu...

kisahnya :D

sekian terima kasih ;)

LEMAK LABU DAN REBUNG


BAHAN-BAHANNYA :

1 batang rebung muda *hiris dan rebus terlebih dahulu dan toskan*UNTUK hilangkan PAHIT*
1/2 biji labu *potong kecil dan rebus separa masak dan toskan
2 helai daun salam *bay leaf
500 ml santan pekat

BAHAN TUMBUK :

1 genggam ikan bilis
7 batang cili padi
6 biji lada hitam
4 ulas bawang merah *kecil
1 ulas bawang putih
1/2 cm kunyit

CARA :

Campurkan santan, *BAHAN TUMBUK dan renehkan sehingga mendidih. *sentiasa di kacau jika tidak pecah minyak*
Masukkan labu, rebung dan daun salam, renehkan sehingga labu empuk.
Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!!

TARRAA!!!

LEMAK LABU DAN REBUNG


dulu tak berapa gemor..

tadi dah gemor :D


pekat, lemak, pedas..
manis dan waduhhhh enak bangat dongz! :)


lawankan pulak dengan lauk ayam sambal baki semalam....


goreng ikan masin sepat....


Tumbukkan sambal belacan.. celur pucuk bebuas...
 dan potongkan petai....


pengsan? pitam? 

Sedap bebenau :D


Lauk kampung...
simple...
enak..
lazat...
dan...
puzat.. :D


minggu ni manjang labu aje ler ekk... ;)


jangan lupa singgah sini >>>


Sekian jumpa nanti.. jaga diri..

Assalammualaikum..

TATA!! 


Monday, October 15, 2012

Pucuk Manis Masak Lemak Keledek




Assalammualaikum... :)

Selamat tengahari dan selamat memulakan minggu baru :D

mood nak memasak sejak kebelakangan ini agak ke laut... :D mungkin sebab busy... kalau tak aje memang ringan je tangan ni nak membuat roti ke, kek ke, bubur ke.. :D

Ke laut macam mana pun.. memasak perkara wajib...

sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam..

rutin harian yang wajib i uruskan...

Utamakan keluarga :D

Pucuk Manis Masak Lemak Keledek


sayur pucuk manis ni adalah salah sayur fav i...

kalau ke pasar nampak sayur pucuk manis mesti beli.. kekadang ajelah..

Bonda ada di rumah tu yang i rajin masak...

Bonda suka sangat kalau sayur kampung di masakkan berkuah lemak.. kalau i suka bening je..

demi bonda tersayang ku masakkan lemak :D

BAHAN-BAHANNYA :

1 ikat sayur pucuk manis *bersihkan dan rendamkan dengan air garam, toskan*
2 biji keledek oren *kupas dan potong kecil*
5oo ml santan separa pekat

BAHAN TUMBUK :

1 biji bawang besar
1 genggam ikan bilis
1/2 sudu kecil lada hitam

CARA :

rebus keledek bersama sedikit air sehingga empuk.
Masukkan santan dan *Bahan tumbuk*
renehkan sebentar.
Masukkan sayur pucuk manis, sesuaikan rasa dan setelah sayur masak angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Pucuk Manis Masak Lemak Keledek


JANGAN lupa.. sambal belacan..
ikan masin...
nasi tu masakkan lembik cikit..
ada ikan sambal...

perghh... gerenti terangkat! :))


Strawberry... jangan lupa singgah ladang strawberry i yaa.. ;))


Selepas i masukkan N3 ni.. i akan ke kaunter tiket penerbangan..

tempah dan ambil tiket... ke mana??

Nanti i share ehh... ;)

Sekian sahaja.. ceria dan senyum, jaga diri..

Assalammualaikum...

TATA!!


Tuesday, April 10, 2012

Lemak Tempoyak Sayur Rampai


Assalammualaikum..... Syukur Alhamdulillah.... bertemu lagi kita tengahari ni ekk.... menu tengahari ini sangat ler simple dan mudah ya ampun! segala bahan-bahan dalam lauk sayur lemak tempoyak tu kesemuanya hasil dari Pasar Awam Melaka... Bandaraya Bersejarah.... cewahh... so hari ni i masak ler kesemua bahan-bahan tu yerk.... kat rumah ni yang makan sayur dan tempoyak tu cuma i sorang yang lain tak reti makan.. i pun tahu makan tempoyak sejak beberapa tahun ni ler ekk.. setelah terdedah di dunia masakan gitewww... so i masak banyak jugak... i ketepikan dalam semangkuk... yang lebih tu.. i hulur rumah jiran... :)) kalau tak di hantar dan di agihkan kepada jiran alamatnya memang tak luak ler sampai ke malam esok huhuhu....


Kerana.... Sebiji Epal.........

*Sorry gambar tak clear.. i just tags from FB wall* Syukur Alhamdulillahhhhhh..... bersyukur sangat ni ekk... tu dia... Novel Ke-8 i yang bakal di terbitkan pada awal bulan Mei nanti.... Aduhaii.... suka betul!!! berita hangat lagi ni... cover tu buah epal lagi YoUuUuuuu.... memang i merengek tahap gaban! merayu pada editor dan pereka kulit untuk novel i kali ni ekk... warna merah! tak kira! nak merah jugak! tu diaa... pagi tadi.. pihak Buku Prima @ Group Buku Karangkraf baru aje tags kat wall FB i... nanti bila free i akan update tentang kisah 'Kerana Sebiji Epal' tu yer.... psstt... 75% adalah kisah benar okehhh.... *bukan pasal i ekk* sambil senyum tutop muka muahahahhaa....

I ni bukan main lagi ekk.. nampak aje macam tak ada kerja... ni dah start nak menaip ler ni... menaip kisah Cinta Remaja... so sekarang ni mood i tengah remaja giteeww.... *rambut tocang dua!* <<<---sambil menaip kisah remaja demi mencari mood remaja.. Awww... tentang apa?? hehehe.. tu nanti  i share kat blogs penulisan i >>> AKU DAN DUNIA PENULISANKU... <<< KLIK SITU BILA free ekk... sekarang ni i tak free hehee.. malam nanti pasti akan ku hupdatekan... Insyallah.. *hati berbunga-bunga... bersyukur dan gembira sangat ni... :))) udah ler tu aje laporan tengahari ni.. jom masak!

Lemak Tempoyak Sayur Rampai

Bahan-bahannya :

KISAR BERSAMA :

600 ml santan pekat
12 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit
3 sudu besar ikan bilis
2 sudu besar tempoyak

BAHAN LAIN :

1 batang serai *titik
1 cekak daun kaduk
12 biji belimbing buluh
1 cekak pucuk ubi *celur sehingga lembut dan toskan
3 batang daun selasih
4 batang daun kesum
2 helai daun kunyit

CARA :


masukkan *Bahan kisar, serai dan belimbing, renehkan dan sentiasa di kacau.


Setelah mendidih *sentiasa di kacau, api kecil. Masukkan kesemua *bahan-bahan lain. sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Lemak Tempoyak Sayur Rampai


YummYYy.....


i goreng anak ikan bawal garing-garing naaa...


i tumbuk sambal belacan... perah limau sambal... ulamkan dengan jering.... perghhhhhhh.... *mata hitam berputar 360 darjah! okehhh...


Jumpa petang nanti ekk.... :)))

TATA!!!!


Friday, March 23, 2012

SAYUR LEMAK PUTIH TULANG IKAN MASIN KURAU

SAYUR LEMAK PUTIH TULANG IKAN MASIN KURAU


Assalammualaikum.... lauk kesukaan bonda kesayangan.... tadi masa nak memasak tu pun menanya jugak.. apa bahan-bahan yang nak di bubuh... semuanya pakai tumbuk.. sama macam masak lemak biasa tu hah... Bonda cakap lodeh... tapi bahan tak cukup... perut tahu tak ada... apa yang ada ajelah kan kan.. ni Bonda dah nak balik Melaka dah ni... rumah anak kesayangannya yang sorang lagi... Bonda terpaksa balik awal sebab adik i tu nak kena bertugas ke China... siang-siang lagi i dah pesan ekk... cenggini i pesan muahahaa... semenjak dua menjak ni kan.. blogs i ni siap ada berdialong yer tak?? peningkatan tu namanya okeh..:)) *tepuk tangan*


i --->> "Azrin nak gi China ekkk???" <<--suara penuh ceria dan berharap naaa.. tauuu... *wink*


Azrin--->> "Haah! ada kije... 5 hari!" <<---mungkin adik i masa ni dah dapat agak dah....


i --->> "Errmmm... macam biasalah kan kan.. adikku..."


Azrin -->>> "Yerrr... tahu... jangan lupa beli chopstick banyak-banyak naaa... dan fridge magnet banyak-banyak naaa..... T-shirt tak payah!"


PASTU i jawab....................


i --->>> "Waaaahhh... pandainya...."


~Tamat~ Sekian terima kasih~~~

SAYUR LEMAK PUTIH TULANG IKAN MASIN KURAU

2 buku bunga kobis
10 tangkai kacang buncis
1 biji kentang
2 keping tahu
1 keping tempeh
2 helai daun salam
4 keping tulang ikan masin kurau *rendam
1 ikat soohoon *rendam
1000 ml santan pekat

BAHAN TUMBUK :

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cm halia
1 genggam ikan bilis

CARA :

Masukkan santan dan *bahan tumbuk dan juga kentang dan renehkan sehingga kentang empuk.
Setelah mendidih masukkan tulang ikan masin, sayur dan juga semua bahan-bahan yang lain.
Masak sehingga semuanya mesra dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

SAYUR LEMAK PUTIH TULANG IKAN MASIN KURAU


i memang pengumpul chopstick dan fridge magnet yang sangat tegarrr giteeww... sekarang ni.. chopstick i dah ada lebih kurang 45 pasang dari pelbagai jenis dan negara.. nanti bila free i share kat blogs i ni ekk... bila free tu silalah jengah dan jangan lupa join oke.. tq muahh... klik sini --->>>>>>


Ikan masin, tempeh dan tahu goreng... jangan lupa oke...:))) selamat menjamu selera!!

TATA!!!

Wednesday, March 7, 2012

Pucuk Meranti Lemak Keledek

Pucuk Meranti Lemak Keledek


Assalammualaikum... rasanya dah bertahun tak masak sayur meranti... bukan susah nak dapat... hentah tak rajin pulak nak memasak.. ni memasak ni sebab bonda ada di rumah.. adalah kawan nak makan kan.. kan... buh pulak keledek... kuah tu jangan pekat sangat.. cair dan ngam-ngam aje gitewww... sambal belacan cili padi goreng dengan ikan bilis.. waduhhhh.. manTOP!!!

Pucuk Meranti Lemak Keledek

1 ikat pucuk meranti *rendam bersama air garam cuci bersih

800 ml santan cair
1 biji keledek *potong kecil

Bahan Tumbuk :

1 biji bawang merah
3 sudu besar ikan bilis
1/2 sudu kecil lada hitam

CARA :

Rebus keledek sehingga empuk.
Masukkan santan dan *bahan-bahan tumbuk dan renehkan sebentar.
Masukkan sayur meranti dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Pucuk Meranti Lemak Keledek


wAAAhhhh.... gambar tu senget ler... hehhee. okay selamat mencuba!!!

TATA!!

Friday, March 2, 2012

TOMATO HIJAU MASAK LEMAK

TOMATO HIJAU MASAK LEMAK


Assalammualaikum..... ahah! tomato hijau ni jarang di masak kat dapur i ni ekk.. hari tu ke pasaraya bertimbun.. geram aje tengok.. segau-bugau... banyak jugak i beli.. so hari ni i masakkan lauk lemak.. simple aje... macam selalu... tambahkan kentang dan sohoon wahh... sedap dah tuuu... pulak pagi tadi menjengah kubur arwah ayah.. singgah rumah jiran ada pulak pokok daun salam@bay leaf.. besorrr naaa pokok salam tu... i tak mintak pun.. tetiba jiran i berbunyi. "Nak daun salam? kalau nak Mak Long amikkan.. masak lemak buh daun salam... wangi aje.." wahh!! pucuk di cita ulam mendatang.. banyak jugak Mak Long i bagi.. so tu ler yang memasak lauk lemak buh daun salam... sedappnyaaaaaa..... terusss... *pitam*

TOMATO HIJAU MASAK LEMAK

3 biji tomato hijau - potong baji 
2 biji kentang - potong baji
600 ml santan
1 helai daun salam
1 ikat sohoon - rendam

BAHAN TUMBUK :

1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 sudu teh lada hitam
3/4 biji ketumbar
50 gm ikan bilis

CARA :

masukkan santan dan kentang, renehkan sehingga kentang empuk dan sentiasa di kacau.
Masukkan *Bahan tumbuk, tomato hijau, sohoon dan renehkan. Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!


Jangan lupa gorengkan ikan masin gelama perahkan limau kasturi di atasnya. Sambal belacan ikan bilis, ikan goreng garing.. aduhaii... ni masa menaip ni belum makan lagi nih! lapor lah pulak.. okay selamat mencuba!

TATA!!!


Saturday, June 4, 2011

LABU MASAK LEMAK BERSAMA TEMPEH DAN KACANG BUNCIS


LABU MASAK LEMAK 
BERSAMA 
TEMPEH DAN KACANG BUNCIS

Kisahnya si labu... yer labu ni rasanya dah beli hampir 2 minggu kalau my PA tak sebut aje memang terlupa nak ku masak muaahaa... so masak ler cik puan labu tu ekk... masak simple macam selalu cuma tambahkan tempeh dan kacang buncis.. rasa tetap sama cuma bertambah ler isi di dalam kuah lemak tu.. jangan lupa buat sambal belacan ikan bilis tau... resipe ada di bawah label... 'pelbagai jenis sambal' dah tu jerk... banyak lagi nak edit resipe untuk kengkawan semua yerk...:):)
  
LABU MASAK LEMAK 
BERSAMA 
TEMPEH DAN KACANG BUNCIS

BAHAN TUMBUK :

1 biji bawang merah *saiz sederhana
2 ulas bawang putih
3 sudu besar ikan bilis
5 tangkai cili kering

BAHAN-BAHAN LAIN :

1/2 biji labu *saiz sederhana ~ potong kecil
10 batang kacang buncis ~ potong 3
2 keping tempeh ~ potong kecil
5 ml santan pekat

CARA MEMASAK :

Campurkan santan dan bahan tumbuk bersama labu renehkan sehingga labu empuk dan sentiasa di kacau
masukkan tempeh dan kacang buncis
sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!
  simple dan enak you!!

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ