ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, January 6, 2012

Kupang Berlada

Kupang Berlada




Assalammualaikum.. salam jumaat...:)) hari ini i masak lauk melayu@kampung.. macam biasa.. still.. simple and easy for you guys to try at home sweet home... cewahhh.. okay hari ni i masak lauk simple.. macam mana simple sekali pun.. hidangan i tetap lengkap dengan 3 menu. Sejenis Sayur hari ini i masak sayur air rebus.. apa jua saki baki sayur yang ada kat esbok tu semuanya ku bubuh jadi satu.... esok nak membeli belah di pasaraya.. so kiranya penghabisan stok ler hari ni... untuk protein ikan goreng dan juga untuk hidangan utamanya.... tak lain tak bukan... Cik Kupang...:))) Okay! dah jom try bikin....:))

Kupang Berlada

Bahan-bahannya :

1 kg kupang segar *cuci bersih
3 sudu besar sos tomato

Bahan-bahan kisar :

1 biji bawang merah *saiz besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai
20 tangkai cili kering
1 hiris halia

Cara memasak :

Tumiskan *bahan-bahan kisar sehingga naik bau atau pecah minyak
masukkan sos tomato dan sesuaikan rasa
masukkan kupang, goreng jangan terlalu lama
angkat dan hidangkan!

TARRRAAA!!!

Kupang Berlada


Hari ni busy cikit tu yang masak simple aje tu... selamat mencuba! Catch you later guys!

TATA!!!




Potato Fritters With Black Olive

Potato Fritters With Black Olive


Assalammualaikum... Dah bertemu semula kita dengan hari Jumaat.. penghulu segala hari... maka dengan itu... awal pagi lagilah i dah share menu sarapan pagi untuk you all... dengan motto.. Sarapan pagi amat penting buat kita semua.. cewaahh... Okay meh! sebut reramai... Potato Fritters With Black Olive... tu dia.... berbelit lidah pepagi kala menyebut eyerkk.. hehehe.. okay itu dalam bahasa omputehnya.. dalam bahasa melayunya... Cucur Kentang bersama buah zaitun.. tu diaa.. kiranya sarapan pagi ini telah i avangard kan dengan secara tak langsungnya.. telah menaikkan setapak lagi martabat sang cucur tu yer.. apa yang penting... resepi asal tu kita ubah suaikan aje.. tambah itu dan ini.. dah jadi sesuatu yang berbeza dari menu kita hari-hari..:)))

Potato Fritters With Black Olive... mudah sangat nak di bikin.. macam nak buat cucur atau jemput-jemput yang kita biasa buat tu.. tapi kali ini bahan yang i gunakan sangat sempoi dan mudah untuk you all guys cuba di rumah tu yerr.... Okay jom! salin resipe...

Potato Fritters With Black Olive...


Bahan yang di perlukan ialah : 
Sagat/grater, 1 biji kentang, 1 biji bawang holland


4 cawan tepung gandum, 1 biji telur, 5 sudu besar black olive/zaitun, 1 sudu kecil serbuk ikan bilis, garam secukup rasa dan air untuk membancuh.

Cara : Mudah sahaja macam biasa ler membuat jejemput tu kan.. cuma bawang dan kentang tu silalah disagatkan.. jangan dipotong kasar-kasar guna pisau tau. Takmo ekk.. guna sagat lebih garing nanti Jejemput moden kita tu ekk... kemudian campurkan kesemua bahan-bahan. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Atau keperangan. Angkat dan hidangkan bersama sos cili!

Tarrraaa!!!

Potato Fritters With Black Olive...

Rangup diluar! Lembut di dalam! mudah di masak dan enak di makan!
Catch you later guys!

TATA!!




CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ