ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, February 15, 2011

TRIFFLE MARBLE CAKE WITH STRAWBERRY & PINEAPPLE

TRIFLE MARBLE CAKE 
WITH 
 
STRAWBERRY  & PINEAPPLE

Cuaca punyalah panas.... tekak ni siang tadi terasa betul nak makan Trifle... selagi strawberry yang masak ranum tu ada dalam peti sejuk.. selagi tu gatal jerk tangan ni nak mengerjakannya. Maka terajinlah sikit membancuh dan menyediakan TRIFLE... ehh.. ehhh... ternampak pulak nenas dalam tin.. bersusun ko! wah! great combinations ni... terus ler membancuh... cuh... cuh... ehh.. ehh.. cewahh... cewahh.. molek siap aje membancuh.... hujan pun turun dengan lebatnya! Tak ada kena mengena langsung dengan hujan lebat tu oke.. sebab i memang nak makan TRIFLE tak kiralah hujan lebat atau salji melanda! cewahhhh....!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
TRIFLE MARBLE CAKE 
WITH
STRAWBERRY  & PINEAPPLE

BAHAN-BAHAN UNTUK MARBLE CAKE :
  • 120gm mentega
  • 70gm gula 
  • 200gm tepung gandum + 1 sudu bakig powder + 1/2 sudu soda bikarbonat (ayak bersama)
  • 2 biji telur
  • 120ml susu segar
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu teh perisa strawberry
Cara memasak : (rujuk gambar di atas)
  • Putarkan gula + mentega + telur sehingga kembang + esen vanilla
  • masukkan tepung dan kacau sehingga sebati
  • bahagikan kepada dua bahagian aduanan.
  • satu adunan campurkan dengan 2 sudu teh perisa strawberry
  • masukkan adunan di dalam nipis/leper/rendah (sha guna loyang yang ada bersenggat tiga bahagian)
  • lapiskan adunan berselang seli sehingga habis
  • bakar di dalam oven dengan suhu 170'c selama 20-25 minit
  • angkat dan sejukkan terlebih dahulu dan baru di potong seperti jejari
BAHAN-BAHAN UNTUK CREAM CASTARD OREN : (UNTUK DI SELANG SELIKAN DENGAN KEK MARBLE DAN BUAH-BUAHAN :
  • 3 biji kuning telur
  • 500ml susu segar
  • 4 sudu besar gula
  • 4 sudu besar tepung castard
  • 1 sudu besar perisa oren
  • 40gm gula
Cara menyediakan cream Castard :
  • Campurkan kesemua bahan-bahan di dalam sebuah periuk kecil/periuk sauce
  • pukul semua bahan-bahan di atas sehingga sebati
  • tenggekkan di atas api perlahan
  • kacau selalu dan sehingga kuah pekat
  • angkat dan ketepikan
Cara menyediakan Sabayon Sauce :
  • 4 biji kuning telur
  • 3 sudu gula castor
  • 1 sudu kecil tepung castard bancuh dengan 2 sudu besar air
  • 50ml fresh cream
Cara menyediakan Sabayon Sauce :
  • Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih
  • putarkan telur dan gula sehinggakembang
  • campurkan tepung jagung ke dalam telur yang telah di pukul sehingga kembang
  • gunakan periuk kecil dan masakkan telur dan tepung jagung kacau di atas air yang mendidih sehingga pekat
  • ketepikan dan campurkan dengan fresh cream dan kacau rata dan ketepikan (SEJUKKAN DI CHILLER)
BUAH-BUAHAN UNTUK TRIFLE :  
(RUJUK GAMBAR DI BAWAH)
  • 12 biji buah strawberry masak ranum ~ potong dadu
  • 1 tin nenas ~ potong dadu dan ketepikan 5 keping untuk hiasan
  • jus nenas dari tin di ketepikan untuk di curah atas kek marble
LANGKAH TERAKHIR/CARA MENYUSUN ATAU MENGHIAS TRIFLE :

  1.  potong kek marble seperti jejari dan susun dalam mangku khas untuk trifle/puding
  2. susun kek rapat-rapat
  3. curahkan sedikit jus nenas dari buah nenas tin tadi ke atas kek marble
  4. keadaan basah dan lembab sahaja
  • tabur nenas
  • kemudian tuangkan cream castard sehingga menutupi kek marble dan buah nenas
  • susun lagi kek marble menutupi cream castard
  • dan lapiskan lagi nenas, dan ulangi seperti lapisan di atas
  • hiaskan dengan nenas dan strawberry potong mengikut idea anda simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam hidangkan bersama Sabayone Sauce atau Sos Castard jika suka!
TENGG!!! TARRAAA!!!

TRIFLE MARBLE CAKE 
WITH
STRAWBERRY  & PINEAPPLE
 YUMMY!! YUMMY!!
 JANGAN DI TENGOK SAHAJA... SILALAH POTONG DAN MAKAN BERSAMA KELUARGA!
 SELAMAT MENCUBA!!

 TATA!!!




Shahriah Abdullah Novelis

SUP DAGING DAN KENTANG

 
SUP DAGING DAN KENTANG

Kisah sup daging dan kentang... gengs di rumah ni aje memang ler gemorkan daging! daging! i pun gemar juga, tapi jarang jugak masak daging di rumah ni.. tapi kalau makan di luar... ya! semestinya akan order menu daging.. bukan apa makan daging selalu pun kurang elok.. ehhh....ehhh.... tapi yang tak elok tu ler yang kita suka... think positif so i masak ler jugak hehee... dengan motto... jimat belanja dan makan semeja dengan keluarga tersayang...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SUP DAGING DAN KENTANG
 Bahan-bahannya di kisar halus:
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 biji bunga lawang
Bahan-bahan lain :
  • 1 kg daging rebus terlebih dahulu ~ ambil air rebusan untuk kuah
  • 1 batang karot ~ potong
  • 3 biji kentang ~ kerat 6
  • 1 batang celery ~ potong kecil
  • 4 pokok daun sadri ~ hiris
  • bawang goreng untuk tabur
Cara memasak :
  • Tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus sehingga naik bau atau garing
  • masukkan air rebusan daging
  • setelah mendidh masukkan kentang dan karot dan daging didihkan sehingga semuanya sebati dan bahan serap
  • angkat dan hidangkan taburkan sedikit bawang goreng dan daun sadri
TENGG!! TARRAAA!!!!
SUP DAGING DAN KENTANG
 SLURRPPP.....
MENU TENGAHARI 15 FEBRUARI 2011
  • SUP DAGING DAN KENTANG
  • SAYUR KOBIS & KAROT
  • LEMAK NANGKA DAN TULANG IKAN MASIN KURAU
  • SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
SELAMAT MENCUBA!!
TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

SAYUR LEMAK NANGKA & TULANG IKAN KURAU (VERSI 1)

 
SAYUR LEMAK NANGKA & TULANG IKAN KURAU

Waduhhh... lauk lemak nangka ni aje memang ler Fav bonda kesayangan.. dia tak tahu i masakkan dia lauk ni ekk.. pepagi kala lepas sarapan dia dah kerumah jiran katanya nak jengah sebab ada jiran yang sakit.... mesti dia balik ni nanti... senyum melebar laa... tu hehe... tak pun bonda cakap cenggini ekk.. ayat power bonda sejak i dah tahu dan faham bahasa hehe... "Eh! ada lemak nangka?? tulang ikan kurau buh tak???" ehem! pat ni i malas nak cerita... tapi i cerita jugaklah ekk.. i cakap cenggini... "Tak letak... terlupa.." masa tu muka selamba aje... ehhee.. i kan nakal budaknya.. (tang budak tu yang tak tahan tu!) pastu bonda mesti cakap macam ni... "EH! yang tulang timbul tu apa... tulang ikan kurau kan??" nanti i jawab pun selamba cam ni ekk... "Tau tak per..." dah tu jerk cerita tengahari ni ekk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SAYUR LEMAK NANGKA & TULANG IKAN KURAU
Bahan-bahan di tumbuk hancur :
  • 7 ulas bawang kecil (merah)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 3 batang cili padi
Bahan-bahan lain :
  • 1 batang serai ~ titik
  • 1 peket nangka segar ~ kerat kecil dan didihkan air. rebus sehingga empuk dan ketepikan
  • 2 helai daun salam
  • 1 keping tulang ikan masin kurau ~ potong kecil
  • 1 biji santan ~ jadikan 3-4 gelas air (pekat semestinya)
Cara memasak :
  • masukkan santan didalam periuk. masukkan kesemua bahan-bahan di atas
  • renehkan sehingga 10 minit atau kuah pekat dan bahan-bahan serap
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARAAA!!!
SAYUR LEMAK NANGKA & TULANG IKAN KURAU
 SLURPPPP.....
Mudah aje tu.. cara memasak lemak nangka ada pelbagai jenis dan cara.. ini salah satu daripadanya... nanti saya share lagi ekk....
MENU MAKAN TENGAHARI 15 FEBRUARI 2011
  • LEMAK NANGKA & TULANG IKAN MASIN KURAU
  • SUP DAGING DAN KENTANG
  • SAYUR KOBIS GORENG & KAROT
  • SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
 SELAMAT MENCUBA!!
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

SAYUR KOBIS GORENG & KAROT

 
SAYUR KOBIS GORENG & KAROT

Tengahari masak ler lauk lemak nangka.... ramai pulak kawan-kawan anak yang bujang tu datang bertandang ke rumah... dekat 8 orang! masakkan lauk kobis goreng sebijik besar! hah! campurkan pulak dengan karot... bagus untuk mata yer tak... yer ler... makan ramai-ramai... semestinya i tak join kengkawan anak i tu.. i bagi dia orang privacy... orang remaja macam kita ni rilek one corner.. sometimes tu kita kena fahami, kalau duk semeja kang.. ada yang tak angkat muka kat meja tu kang...hah! makan ler ekk... jangan sesegan... jangan memalu yer nak....( lembut aje suara i ekk...) pastu pesan... lepas makan tolong angkat pinggan ke sinki yer nak... (pun suara i manja.... hehe...)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SAYUR KOBIS GORENG & KAROT
Bahan-bahannya :
  • 5 ulas bawang kecil (merah) ~ hiris
  • 5 ulas bawang putih ~ hiris
  • 2 biji kiub ikan bilis
  • 1 batang karot ~ potong kecil
  • 1 biji kobis cina ~ hiris 
Cara memasak :
  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan karot sehingga layu
  • masukkan kiub ikan bilis dan sedikit air (biar berkuah sedikit)
  • masukkan kobis
  • kacau rata angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARAAA!!!
SAYUR KOBIS GORENG & KAROT

Walaupun simple aje sayur tu ku goreng, licau You!!
Menu makan tengahari 15 FEBRUARI 2011
  • SUP DAGING DAN KENTANG
  • SAYUR KOBIS GORENG & KAROT
  • LEMAK NANGKA
  • ULAMAN DAN SAMBAL BELACAN
SELAMAT MENCUBA!! TATA!!!


Shahriah Abdullah Novelis

CARA MEMBAKAR BELACAN ~ STOK HARIAN

 
CARA MEMBAKAR BELACAN ~ STOK HARIAN 
(SEGALA INFO ~ DI BAWAH LABEL TIPS DI DAPUR)

Mulai hari ini... dan dengan ini... apa punya ayat daa.. hehe... okay mulai sekarang shasha akan share dengan you all bagaimana nak mempermudahkan urusan di dapur tu ekk... ini yang Shasha amalkan selama ini... so bila nak memasak tu dah tersedia! tinggal di cekut atau di cedok... so untuk tips yang pertama dan buat julung kalinya Shasha share macam mana nak buat belacan bakar dan bagaimana nak stok belacan bakar tu.. ekk.. ekkk.. sebab itu dalam setiap resipe yang shasha kongsikan bila sebut belacan aje.. mesti sukatannya '1 SUDU' dan BUKAN 1/2 inci atau guna inci segala.... leceh tu... jadi tak perlu jugak nak taip.. cenggini.. belacan bakar... tapi kalau you all follow my tips ni... aje memang ler i tell you.... CONFIRM!!!!! RUMAH YOU ALL, TERMASUK RAMBUT, LANGSIR tidak akan berbau belacan dan yang penting sekali.... 'SUAMI DEKAT DENGAN KITA TAK TUTUP HIDUNG!' ehhee..... JIMAT BELANJA, JIMAT MASA DAN SUKATAN YANG TEPAT SEMESTINYA!!!

JOM!!! SALIN TIPS!!!
CARA MEMBAKAR BELACAN ~ STOK HARIAN
Wahhh! tengok tu... punyalah nak menyelamatkan rumah, langsir, rambut dari berbau belacan, sanggup i bakar belacan di luar rumah oke... atas tungku batu lagi you.. guna kayu api ekk.. yer laa i ni dok kampung yang terceruk entah di mana tu... hehe.. ada ler kayu api... kepada yang duduk di bandar tu.. memadai gunakan dapur gas... kena ler korang mengheret ke luar rumah ekk.. ala.. kerja susah sikit selepas tu dah mudah kerja kita ekk...(i selalu bakar belacan tutup kepala dengan shower cap! pecah rahsia ni hehe...)
 Okay langkah pertama :
  • 3 buku belacan tidak kira apa jenis... shasha guna belacan melaka yang leper2 tu.. dan semestinya buatan kampung orang melayu kita
  • hancurkan dulu belacan tu....
  • masukkan di dalam kuali
  • kacau sentiasa sehingga belacan bertukar warna
  • setelah itu angkat dan sejukkan
  • masukkan di dalam balang kaca yang kedap udara
TENGGG!!! TARAAA!!!
CARA MEMBAKAR BELACAN ~ STOK HARIAN
Amacam mudah aje kan... ni nak pesan ni ekk.. dah siap di bakor belacan tu.. pergi ler mandi ekk.. walaupun rumah, langsir tidak berbau belacan. Kita yang jadi tukang bakor ni tetap berbau belacan!
 Shasha LOVES BELACAN! oke...
TATA!!



Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ