Assalammualaikum... Selamat sejahtera buat semua blogger baru dan lama... tq soOOooo much kerana masih sudi singgah di dapurku ini yaaa..:))
Hari ni mood memang ke sungai! tak beridea langsung nak masak apa pun tak tahu! agaknya sebab kepala ni senoneng sikit kot sebab semalam berjemur tengah panas! pulak mulut tu tak reti senyap ada aje yang di cakapkan.. hah! hari ni baru ler terasa-rasa hehehhh....
Ke sungai macam mana pun mood tu.. masak tetap masak! nak keluar membeli lauk-pauk yang dah siap lagilah malas nak ku start enjin kereta tu ekk.. lebih rela memasak YoU! hebatkan heehee...
Okay hari ni i masak lauk simple sangat.. dan hari ini hanya masak sejenis sahaja lauk!
TOM YUM TETEL SUPERB!! tahu tak apa tu Tetel?? yer lemak daging lembu.. dagingnya sikit kat celah-celah lemak tu yer tak.. selalunya ku buatkan dalca aje.. tapi Bonda tak ada.. so yang lain tak suka dalca..
so dalam mood ke sungai tak beridea tu.....
terbongkok-bongkok! kat celah lemari bebahan kering i tu kan..
daging tetel tu dah ku defrost awal pagi lagi.. idea tak ada.. tetiba kan kan...
Tadaaa!! yer ternampak stok kiub i dalam botol... huahhh.. terus ler dapat idea.. :))
TOM YUM TETEL SUPERB!
BAHAN-BAHANNYA :
3 biji kiub tom yum *knoor*
2 biji bawang holland *potong bulat*
5 ulas bawang putih *hiris*
3 inci halia *hiris*
4 inci lengkuas *ketuk*
3 batang serai *titik*
25 tangkai cili padi siam *titik*
1200 ml air
2 biji lemon *ambil jusnya*
2 helai daun limau purut *siat
6 batang daun ketumbar *potong 3 inci panjang*
2 biji tomato masak *potong 2*
1/2 batang karot *potong*
500 gm daging tetel *lembu* hiris nipis@kecil
CARA :
Masukkan air dan tetel dan rebus sehingga empuk *i guna daging lembu NZ so mudah empuk*
*sila kaup dan buangkan hampas yang berwarna kelabu di atas didihan air stok tu yaa*
Masukkan kesemua bahan-bahan dan renehkan sehingga mesra dan sebati kuah dan tetel. Karot empuk, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!
TARRAA!!
TOM YUM TETEL SUPERB!
Kebetulan tekak ni teringin sangat nak makan Tom Yum yang masam, pedas dan power!!!
inilah dia... sedapP benorr... hilang rasa muak tetel tu yerk..
SlurpPP.... pedas giler!!! yang mana tak suka pedas tu sila kurangkan cili padi..
mujur tak tersedak tadi heeheehehhh...
ini aje lauk yang kumasak tengahari tadi.. wahh.. Pak Habibi sanggup balik rumah untuk makan tadi...
katanya... SUPERBBBB!!!! semangkuk di atas tu.. dia sorang aje yang hirupp... wahh. semakin bergentel ler lemak Pak Habibi i yang TembamBOM tu kan... hehehhhh
kekadang tu..... mood ke sungai tu ler yang menghasilkan hidangan yang cukup RINGKA TETAPI SUPERB!! tak percaya cuba... segala bahan memang ku bubuh bebanyak.. biar pekat.. pedas... masammmMM.... wahhhhh giteeww...
ehh.. dalam mood kesungai tu jugak.. sempat jugak ku UPDATE...
Blogs HOBI ku itu ekk.. apa tu??? nak tahu... KLIK SINI, HOBI DAN KOLEKSIKU...
toing! toing!! APA TEEEwww???
mangkuk yang i gunakan untuk TOM YUM TETEL SUPERB tu... kan kan...
sangat antik.. dari China... lebih 100 tahun usianya...:)))
sekian sahaja... laporan untuk hari ini... Insyallah jika mood ke sungai tu dah tenggelam..
Insyallah adalah menu petang.... selamat menjamu selera.. dan buat teman-teman yang meninggalkan komen dan jejak tu.. TERIMA KASIH SANGAT! sabar yaa... nanti bila free semestinya akan ku jejaki kawan semua... tq soOOoOOoooo much!!
TATA!!!