Assalammualaikum.. Salam sejahtera buat semua rakan-rakan blogger baru dan lama.. :)
Terima kasih kerana masih sudi singgah di dapur maya i yang tak seberapa ini... dengan ikhlas hati ingin berkongsi resipi buat semua teman-teman.. moga perhubungan yang terjalin di alam maya ini akan kekal selamanya.. Amin.. ~Wallahualam~
Walaupun semenjak kebelakangan ini i tak dapat nak masukkan N3 masakan lebih dari 2-3 resipi dek kerana kesibukan yang melampau.. nak singgah rumah kengkawan pun tak berkesempatan.. sabar ya.. Insya~ALLAH bila dah beres segala urusan dan undangan semestinya i akan aktif macam dulu..:) ~Wallahuama~
Buat rakan-rakan blogger yang baru sahaja add i di blogs ni.. Terima Kasih sangat yaa... kerana sudi... Insya~ALLAH bagi i masa sedikit sahaja lagi.. akan i follow you all juga.. tq soOOooo much! muahhzzzzz << kissed sampai terlelap :D
Ayam Ungkep Bonda
Adalah resipi asli dari Bonda kesayangan.. Bonda sekarang ada di rumah i.. tak tahulah berapa lama ada di rumah ni hah! tup! tap! ehhh.. tetiba esok lusa dia berbunyi.. nak ke sana dan sini melancong... :)) i tak kisah as long Bonda happy.. and i tumpang happy.. :)
So di kesempatan Bonda ada di rumah ni.. i minta Bonda turunkan satu lagi resipi dari air tangan Bonda...
kebetulan dalam freezer ada 2 ekor ayam telor.. *ayam pencen* bukannya besor naa.. 2 ekor adalah anggaran dalam 1.2 KG punyalah comey ayam tu :D
Resipi Ayam Ungkep Bonda
ini adalah resipi yang agak berbeza dengan resipi Ayam Ungkep yang biasa kita masak di dapur... agak berlainan kerana Ayam Ungkep Bonda tidak menggunakan sebarang bahan-bahan herba biji.. contohnya ketumbar.. jintan dan lain-lain lagi bahan..
Ayam Ungkep Bonda hanya menggunakan bahan asas sahaja.. dan rasanya memang enak! you all kena cuba.. memang sesuai di hidangkan untuk majlis keramaian atau pun hidangan buat keluarga.. sangat mudah dan bahan-bahannya pun simple...
Kata Bonda.. inilah masakan yang Arwah Nenek selalu masak masa zaman dia kecik-kecik dulu... walaupun Arwah Nenek dan Bonda bukan dari keturunan jawo.. i see.. << masa dengar bonda bercerita.. i angguk-anggukan kepala sambil kupas kulit bawang! :))
dan i telah menokok tambah resipi Ayam Ungkep Bonda dengan mencampurkan tomato hijau yang segar dan rangup! i like... :)
tengah musim sekarang ni tau...
so rasa Ayam Ungkep Bonda... ada rasa lemak.. masam-masam.. masin dan manis.. wahh! memang berselera i makan tadi taw! terlupa sesaat diet i! ;))
Okay dah banyak rasanya i bertonyeh.. meh! ler kita masak yaa... ;)
Ayam Ungkep Bonda
BAHAN-BAHANNYA :
2 ekor ayam telur *ayam pencen, potong dan cuci bersih
**Rebuskan terlebih dahulu sehingga empuk bersama air secukupnya dan halia titik, anggaran halia 6 cm** untuk hilangkan hanyir dan menyedapkan lagi rasa ayam.. yaa... giteew.. :)
Setelah masak, toskan dan simpan air stok ayam.
BAHAN KISAR/TUMBUK :
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas
4 tangkai cili merah
7 tangkai cili kering
5 tangkai cili padi
5 biji buah keras
BAHAN LAIN :
3 batang serai titik
5oo ml santan pekat
300 ml stok ayam
4 helai daun limau purut *siat
6 biji tomato hijau *belah 2
6 tangkai cili padi Siam merah
gula dan garam
minyak
CARA :
Panaskan minyak terlebih dahulu sehingga benar-benar panas.
Masukkan *BAHAN_BAHAN KISAR* dan tumiskan bahan-bahan tadi sehingga terbit minyak *masa menumis agak lama dan api sederhana.
Setelah itu masukkan ayam dan gaul rata, masukkan santan dan stok ayam. Renehkan sehingga kuah agak pekat, baru masukkan daun limau purut dan tomato hijau.
Sesuaikan rasa dan renehkan sehingga kuah pekat. *Sangat pekat*
Setelah itu angkat dan hidangkan bersama nasi panas!
TARRAA!!!
Ayam Ungkep Bonda
Memang enak, lazat dan berkrim!
Lemak, masam-masam manis... pedas dan semestinya... makan tak angkat muka i tell you :D
makan bersama nasi putih dan juga sesuai di hidang bersama ketupat :)
walaupun tanpa bahan-bahan herba biji.. serius rasanya lebih kurang sama.. masa memasak juga lebih singkat dan ringkas.. i like... :)
Nantikan update di blogs cuti-cuti i di Kuching Sarawak..
dah siap edit gambar untuk Part (3)
boleh jengah >>> KLIK SINI UNTUK PART (3) TQ
**gambar atas perahu.. siku atas kotak kek lapis Sarawak! Jangan lupa jengah tau!** :D
Jangan lupa KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT
Sekian dulu... jumpa nanti.. take care yaa.. ;)
Assalammualaikum..
TATA!!