Assalammualaikum.. dan selamat petang di hari Jumaat yang mulia ini... Terima kasih kepada semua blogger baru dan lama kerana sudi add dan singgah di dapurku yang ala-ala aje ni kan kan.. Okay kepada teman yang baru aje add dan tinggalkan jejak tu.. sekejap aje lagi... sebelum i melelapkan mata yang kuyu kalah mata Garfield tu... akan ku usahakan singgah dan meninggalkan pesan buat semua.. cayang sangat kat you all... :))
Hari ni i masak simple dan macam biasalah 2-3 hari ni masak ikut tekak Abang Amin... tinggal berapa hari sahaja lagi dah nak berangkat ke PLKN.. so hidangan hari ini adalah special request dari Abang Amin.. dia pesan suruh you all cuba dan jangan lupa doakan dia pulang dengan bentuk asal dan warna kulitnya yang ala-ala kecekelatan tu akan bertambah cerah! muahaha.. tak dapat ekk jack! lagi hitam ada ler.. sure kena berkawat tengah panas... alahai ciannya dia... nak buat macam mana.. demi Malaysia tercinta.. gitewww..
Bonus berganda hari ini sebab... hari ni hari Jumaat nak masukkan 2 N3 aje memang tak kuasa! apa taknya.. percaya tak.. i tidur malam tadi tak lebih 3 jam! nak tahu kenapa?? hah! ni nak bagi you all ni ekk.. Pak Habibi i tak tahu pun.. dia ingat i dok merap kat dalam opis tu menulis manuskrip.. peh! hapah! menaipnya sikit.. lainnya mata tak boleh nak pejam.. sebab apa tau.. sebab hahhahaa.. dok menaip kisah cerita hantu kat blogs KISAH HANTU! hantu betullah! dah tahu maharaja penakot! boleh pulak tebiat haper tah ku masukkan pulak N3 yang merepek tapi benar dan nyata tu ekk..jam 2 am pagi tadi.. haishh.. dah ler mengantuk tak sudah ni.. lepas solat Jumaat dan lepas i menjejaki dapur kengkawan tu.. nak lelapkan mata sekejap... boleh kan?? hape kisah yer tak muahahaa..
Daging Black Pepper
600 gm daging *batang pinang hiris nipis *lumurkan bersama sedikit garam dan kunyit serbuk.
Panaskan minyak *benar2 panas dan gorengkan sebentar angkat dan ketepikan.
BAHAN HIRIS UNTUK TUMIS :
1 biji bawang holland *potong baji
4 ulas bawang putih
3 cm halia
BAHAN LAIN :
1 sudu besar penuh lada hitam *tumbuk kasar
4 batang daun bawang *potong 2 inci
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
sedikit minyak bijan
1/2 sudu teh tepung jagung *bancuh bersama air
sedikit air
garam
CARA :
Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN HIRIS UNTUK MENUMIS*
Kemudian masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam, sedikit air,
minyak bijan dan renehkan sebentar.
Masukkan daun bawang dan air tepung jagung sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!
*yang mana tetinggal tu.. silalah baca aje bahan di atas tu yer*
TARRAA!!
Daging Black Pepper
Bau aje terus lapo!
mengantuk punya pasal....
tido dulu.. lepas tu baru makan takut Gems! hehee... yang dah sedia ada Mok ni kan kan... hahaha
Cendawan Shitake Tumis Air
BAHAN-BAHANNYA :
7 biji cendawan segar shitake *hiris kasar
1/2 biji lada benggala *merah
1/2 biji lada benggala *kuning
1 ikat sohoon rendam
sedikit serbuk lada sulah
garam
1 sudu teh serbuk ikan bilis
500 ml air
BAHAN TUMIS :
1/2 biji bawang holland *dadu
3 ulas bawang putih *hiris
1 batang celery *hiris
minyak
CARA :
Panaskan minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS sehingga naik bau.
masukkan air dan renehkan sebentar sehingga mendidih.
Masukkan semua bahan-bahan yang lain dan kacau rata, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!
TARRAA!!!
Cendawan Shitake Tumis Air
cuaca pulak panas hari ni... perhhhgghhh...
Inilah yang best... kan kan...
Nak Blog walking.. pastu lelapkan mata sekejap.. pastu baru makan....
selamat menjamu selera kawan-kawan!!
Take care and smile...
TATA!!