ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, June 20, 2012

Lepat Pisang Ordered By Pak Habibi TembamBOM!


Assalammualaikum.. Apa khabar semua? Alhamdulillah.. sihat nampaknya.. cuaca sekarang ni masih panas berbahang.. tetapi agak berkurangan sedikit di bandingkan beberapa hari yang lalu :)

Lepat Pisang 
Ordered By Pak Habibi TembamBOM!


Menu minum petang tadi punya kes ni! :D

"Boleh tak buatkan lepat pisang? Pisang masak banyak tu.."

Wahh sekali Pak Habibi i yang tembamBOM tu kan berbunyi.. :))
anggornya dah jemu-jelak! dok menghadap bau masakan yang ada isi durian.. ehh.. betul jugaklah! beberapa hari ni kan apa jua juadah minum petang semua ikut tekak i aje taw.. cian Pak Habibi.. tak dapat makan masakan fav dia.. badan tetap maintain camtu.... jugak! :))

tak pe.. tak pe.. maka membikinlah petang semalam.. dan pagi ni baru ku kongsikan pada semua... dah selesai pun :D

Lepat Pisang


BAHAN-BAHANNYA :

2 cawan pisang masak *lenyek*
1/2 cawan tepung gandum
1/4 brown sugar/gula perang
sedikit garam
1 cawan kelapa parut *tanpa hitam*
50 ml susu cair

CARA :

campurkan Pisang yang telah di lenyek bersama gula dan gaul sebati.
Setelah itu campurkan kesemua bahan-bahan yang lain.
Sesuaikan rasa.
Ambil daun pisang yang telah di cuci dan layurkan di atas api dan ambil 2 sudu besar adunan pisang dan lipatkan seperti gambar di atas.
Kukus selama 15-20 minit.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

Lepat Pisang
 Ordered By Pak Habibi TembamBOM!


makan masa panas-panas tu jugak!
hantarkan 7 keping rumah jiran sebelah..
tukang jadi delivery girl siapa lagi..
dak kerempeng dengan basikal dia ler... :D


Cara Pak Habibi makan lepat pisang tu..
cam ni ekk....


bukak kulit pisang tu.. dan baca bismillah... *mata tu pejam masa tu tauuu* :D
pastu terus masuk dalam mulut.. 2 kali cakup! selesai!!! :D
dan ambil lagi.. yaa.. macam tu ler seterusnya....

i pulak makan cam ni... :D


Bukak kulit pisang tu dengan penuh sopan-santun! SANTUN ler sangat kan.. awww :D
ambil garfu kecik tu.. potong kecik masuk dalam mulut.. *baca Bismillah dalam hati*
mata tak pejam taw.. mata masa tu.... yer masa tu kan kan... :))


dok jeling piring lepat pisang tu!!!
Pak Habibi makan laju banget!!!!!
TembamBOM betulkan kan.. :D

selamat menjamu selera kawan-kawan... 
jumpa nanti ekk..:)

TATA!!


Pisang Muda Masak Lemak Tempoyak Sayur Rampai Ikan Masin Kurau


Assalammualaikum.. Selamat petang semua... :) Okay sebelum i terlupa.. terima kasih kepada semua teman yang sudi add i.. ada yang tidak tinggalkan Link@Add so tak dapatlah i nak you all tadi yaa.. silalah inbox i.. so mudah i nak jejaki you all semua.. Macehh :D


Sekejap tadi i dah share bagaimana nak membuat TEMPOYAK


Lepas tu barulah kita boleh pelbagaikan tempoyak tu ya :)


Sayur pisang muda masak lemak cili api tempoyak bersama tulang ikan masin kurau dan sayur rampai...
hadoii itu nama bukan main panjang lagi resipi i kali ni ekk..
masak banyak juga tu.. hantarkan semangkuk besar rumah jiran.. selebihnya i makan sesorang.. tetiba adik bungsu kesayangan datang kerumah.. hah! makan kami berdua :)) yang lain jeling pun tak mau! tak pe.. tak pe.. :D

*semua sayur tu i petik tepi dapur* :D


hiriskan timun dan rebuskan telur masin... dah.. tu ler yang sedap! ;)


ikan kembung goreng garing-garing.. ada budu sedap ni.. cecah.. awww :D

Pisang Muda Masak Lemak Tempoyak 
Sayur Rampai Ikan Masin Kurau


BAHAN-BAHANNYA :

5 biji pisang muda *siat kulit dan potong serong isinya *rebus separa masak, buang airnya*
5 tangkai daun kangkung muda
1/2 cekak pucuk pegaga
6 helai pucuk berbuas
1 helai daun kunyit
5 helai daun kaduk
gula dan garam *sedikit*
5 keping tulang ikan masin kurau *kecil*

BAHAN KISAR :

500 ml santan pekat + 100 ml air
1 biji bawang besar
2 cm kunyit
20 tangkai cili padi
1 sudu besar tempoyak
1 sudu besar ikan bilis

CARA :

Masukkan *BAHAN KISAR* dan pisang yang telah direbus terlebih dahulu, tulang ikan masin kurau dan renehkan sehingga kuah mendidih *sentiasa di kacau*
Masukkan kesemua sayur, sesuaikan rasa, kacau rata, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Pisang Muda Masak Lemak Tempoyak 
Sayur Rampai Ikan Masin Kurau



Mau tak sedap.. semuanya segar-segar dan aromanya waduhhhh... :D


Nasi tu i makan sikit je.. meratah sayur pisang muda dan sayur hijau tu.. ada pulak tulang ikan masin kurau.. bau tempoyak yang harum.. dengan pedas cili padi tu awwww :))


Dinner i malam tadi sebenarnya tu..:))


Teringat-ingat sampai laa ni taw!
macam nak masak lagi aje.. tak boleh.. tak boleh.. nanti Pak Habibi i makan kedai muahahaa... :))


Selamat Menjamu selera kawan-kawan..:)

TATA!!

How To Make Tempoyak YoU!


Assalammualaikum... selamat sejahtera semua teman-teman kesayanganku.. :) Okay macam selalulahkan.. yang sudi menjenguk dapur i ni sedia maklum sekarang ni musim durian sedang hangat di kebun belakang, tepi, depan rumah i tu.. Kisah pokok durian pelbagai jenis dan spesis di kebun i tu nanti i cerita dan share gambar yaa.. soon.. kita bagaikan dulu cik abang durian tu dengan pelbagai resipi.

Dan kali ini i nak share dengan kengkawan semua bagaimana nak buat tempoyak. Mengikut sejarah i sendiri, i baru 4-5 tahun ni tahu nak makan tempoyak! :D hah gitewww.. sebelum ni tak reti nak makan! nampak aje tempoyak tutup hidung! tak suka bau dia.. tu lahhh eksen! sekarang.. :))

Sekarang nampak aje tempoyak perghh.... terus teringin! awww :))
Resipi tempoyak ni dari my beloved Bonda, dan ini adalah kali pertama i membuat tempoyak dengan Motto... "Rujukan buat semua teman dan anak menantu AMBOII!" :))

How To Make Tempoyak You!


ambil beberapa ulas durian gred A++ :D
ye lah sebab durian kat rumah ni banyak so i pilih isi yang terbaik sahaja :)
Bonda cakap isi yang tak okay pun boleh.. ;)


pisahkan durian dari bijinya, jangan sampai terkena kulitnya tu taw..
nanti pahit..:) ya giteww


setelah di pisahkan dari bijinya.. tinggallah isinya sahaja :D
ya begitueww... :)
perahkan durian tu dengan sehelai kain maslin atau kain nipis..
so setelah tinggal isinya gitu... airnya buang.. :)
gaulkan bersama sedikit garam dan sedikit gula...
dengan sukatan :

Bonda punya resipi :

1 mangkuk durian = 1 sudu kecil garam + sedikit gula

My resipi :

1 mangkuk durian = 1/2 sudu teh garam + sedikit gula :D


masukkan di dalam bekas tupperware atau bekas kedap udara... 
ya i licinkan macam tu.. kalau bonda dia main pakai hempuk je! :))
kan ke lebih cantik macam tu aww :D


Simpan di dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk..
boleh tahan berbulan... :))

TARRAA!!!

SAMBAL TEMPOYAK!


Okay you all buat dulu tempoyak ni ekk.. nanti ada banyak resipi yang menggunakan tempoyak bakal menyusul di dapur i ni..
kalau tak ada durian beli ajelah lebih mudah! :D

selamat mencuba!

TATA!!


Donut Kukus Kelapa Inti Durian a.k.a Pau Kampung Mengidam YoUuu Aii...


Assalammualaikum... dan selamat pagi buat semua teman-teman yang kuhormati sekalian..:)

Syukur Alhamdulillah.. Bertemu lagi kita ieyerk... :D

Donut Kukus  Inti Kelapa Durian
a.k.a Pau Kampung 
Mengidam YoUuu Aii... :D


serius ni nak cerita kat you all.. almaklumlah kan.. sekarang nikan musim durian...
sana-sini durian! durian! durian! ya giteewww :))


hanak tekak ni pulak teringin nak makan Pau Kampung yang inti di dalamnya.. kelapa dan durian!!!
sana-sini mencari! hampeh tak berjumpa!
yang jadi mangsa my beloved Pak Habibi i yang tembamBOM tu la kan..

"Kat pasar malam takkan tak de?"

Wahh si bini tu macam tak percaya bila si suami balik tangan kosong!
yang di jinjing hanya kelapa parut! :))

"Suruh ikut tak nak... memang tak ada.. puas cari."

Huwahh sekali Pak Habibi i berbunyi ekk...

Donut Kukus Inti Kelapa Durian

a.k.a Pau Kampung 
Mengidam YoUuu Aii... :D



Serius ni ekk.. i terbayang-bayang wajah pau kampung yang menggerutu aje kulitnya tu..
bila di cekah kulitnya.. tersengihhhhhhhhhhh :D << macam tu.. :))
inti kelapa berperisa durian!!!!!!!!!!!

Mak ToLoOOooooOOoonggggg!!
teringin sangat!

sampai kan minggu lepas nak jengah Abang Amin di kem PLKN tu pun..
mana gerai ada jual kuih-miuh kampung i suruh Pak Habibi berhenti!

dengan harapan dapat menikmati pau kampung inti kelapa durian!!!
huaaaaaaa.. tak ada! yang ada donat sambal!!!

ko beli tak sha??

Beli! :D :D :D

Donut Kukus  Inti Kelapa Durian
a.k.a Pau Kampung 
Mengidam YoUuu Aii... :D



cari manjang tak de!! nak buat pemalas!!! pengakuan jujur dan ikhlas tu hokeh! :))

memaksa diri ni.. dengan motto...

"JANGAN MALAS BOLEH TAK!"

ya giteeww...

maka membuatlah... :D

 Inti Kelapa Durian



semalam i dah share...


Donut Kukus Inti Kelapa Durian
a.k.a Pau Kampung 
Mengidam YoUuu Aii... :D



nak tahu kenapa i gelarkan pau kampung ni donut kukus.. sebab i guna doh resipi donut tu hehee.. cuma tak letak telur aje.. :D ada tepung pau.. tapi nak bukak peket tepung pau tu sayang pulak.. sebab i buat sikit je untuk i dan jiran i.. kat rumah ni mana tahu makan.. hadehhh aii... :D

Donut Kukus Inti Kelapa Durian
a.k.a Pau Kampung 
Mengidam YoUuu Aii... :D

BAHAN UNTUK DOH :

200 gm tepung gandum
1 sudu kecil yis kering
1 sudu besar mentega
secubit garam
1 sudu kecil gula pasir
air secukupnya untuk menjadikan sebuku doh yang lembut aww :D

CARA :

campurkan kesemua BAHAN-BAHAN di atas dan gaul rata sehingga menjadi sebuku doh yang lembut.
Uli dalam lebih kurang 10 minit.
Ketepikan sehingga doh naik 2 kali ganda. 
Kemudian uli sekali lagi dan bolehlah di ambil secekut doh berat anggaran 30 gm.
Bulat-bulatkan doh dan leperkan. 
Ambil setengah sudu kecil inti kelapa perisa durian dan bulatkan.
*lihat gambar bawah*


Daun pisang untuk alas..:)



Setelah itu alaskan dengan daun pisang yang dikerat kecil.
Biarkan sebentar dalam 20 minit. :D


Kukus.. selama 10-12 minit.
Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

TARRAA!!

Donut Kukus Inti Kelapa Durian
a.k.a Pau Kampung 
Mengidam YoUuu Aii... :D



inilah dia pau kampung yang membuatkan tidur malam ku tak lena, terlelap siang mengigau teringatkan pau kampung! awww :))
"PAU! PAU!" << giteeww i mengigau taw! :))

Donut Kukus Inti Kelapa Durian 
a.k.a Pau Kampung 
Mengidam YoUuu Aii... :D 


bila di cekah intinya tu.. perghhhhhhhhhhhhhh.... :D

Donut Kukus Inti Kelapa Durian
a.k.a Pau Kampung 
Mengidam YoUuu Aii... :D



mau tak ngencess... hilang dah ngencess i yOuuuu... ;)


gambar Nellysha dan Care-male *baru balik sekolah agama*
AlooloOoooooOolloOoooo


aloOooOoloooLooo :))

Donut Kukus Inti Kelapa Durian 
a.k.a Pau Kampung 
HILANG DAH NGIDAM i YoUuu Aii... :D



Sekian sahaja cerita idam-idam bagai dariku khas buat semua teman-teman :)

Jumpa lagi.. 

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ