ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, June 25, 2012

Gulai Cair Ikan Merah, Gempar di Serbu! Blogger Kesayangan!


Assalammualaikum.. Syukur Alhamdulillah.. bertemu lagi kita di dapur maya i ni yerk ;)) Aduhaii ikutkan sekarang ni i memang busy giler! mujur i aje yang tak giler! :)) Sibuk sehinggakan tak sempat nak toleh kiri dan kanan pun taw! aww :D Sibuk macam mana pun.. i mesti nak kena update Blogs.. sok lusa bila dah TERLALU sibuk, nak jengah blogs pun tak sempat hah! masa tu jawabnya hidangan yang sama aje tak berganti :D


Pertama sekali i nak minta maaf kepada semua rakan blogger kesayangan i yang sudi meninggalkan jejak...  :) Memang tak sempat nak menjejaki you all semua..sibuk! sibuk! sangat sekarang ni.. banyak kerja yang harus i bereskan mengikut satu2 dateline yang telah di tetapkan...
Insyallah bila ada kelapangan.. akan i jejaki anda semua.. dapat sepintu dua rumah kengkawan tu pun jadilah.. i cuba yaa.. macehh semua muahzzzzz sayang kat you all dan terima kasih kerana memahami keadaan i sekarang ni ya..:)


Di kesempatan yang ada ini juga i nak ucapkan Terima kasih buat... seorang lagi blogger kesayangan i.. pendek cerita semua rakan blogger i sayang sangat taw :D

Okay... siang tadi masa i tengah baca komen di kotak tu... adalah satu komen... yang membuatkan senyumanku begitu meleret sekali... nak tahu siapakah gerangannya insan bertuah tu...


Buat Hazel kesayangan Kak Sha tu.. terima kasih sayang yaa.. kerana sudi mencuba resipi akak yang tak sebarapa tu.. maklumlah orang busy 24 jam! menu pun main simple manjang... :D
So kengkawan semua.. jangan lupa add Puan Hazel sebagai rakan blogger kita yaa.. moga hubungan yang terjalin ini akan berkekalan selamanya.. Amin.. ~Wallahualam~


Busy sangat.. pulang kerumah pun dah hampir senja.. setiap kerja yang i lakukan semuanya terpaksa mengejar masa! Subhannallah.. dengan cuaca panas terik! berbahang aduhaiii..
Air-cond Full Blast! langsung tak terasa pon!
hati terdetik.. macam manalah kita 'DI SANA' tu nanti yaa.. Nauzubillah...

Bila busy.. terkejar sana! terkejar sini!
menu pun ala kadar sahaja.. hmm... alakadar pun.. nasi tambah lagi sepot petang tadi ;))
i masak simple aje.. ;)


kacang buncis goreng bersama tempeh, fucuk dan sohoon..
resipi sayur nanti i compile kan jadi satu yaa.. so tunggu...


gorengkan ikan masin kapak, perah limau sambal dan ulamkan timun muda.. awww :D
main dish i hari ini...

GULAI CAIR IKAN MERAH


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN TUMIS :

minyak
1 biji bawang kecil *hiris
1 ulas bawang putih *hiris

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit
2 inci belacan
30 tangkai cili kering

BAHAN LAIN :

1 ekor ikan merah *siang dan cuci bersih
8 batang kacang bendir
1 genggam asam jawa + 800 ml air = jadikan air
gula dan garam

CARA :

Panaskan minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau atau bawang layu.
Masukkan *BAHAN-BAHAN KISAR* dan tumiskan sehingga bahan masak, *lama ketika menumis, sentiasa di kacau, api sederhana*
Masukkan Air*asam jawa* dan renehkan sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan kacang bendir dan sesuaikan rasa.
Masukkan ikan dan masak sehingga ikan matang.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

GULAI CAIR IKAN MERAH



sangat mudah dan simple.. kalau cuaca panas.. hah! rumah ni memang mana boleh renggang dengan gulai ke asam pedas ke... so inilah yang terbaik!


kalau isi ikan dah habis.. Pak Habibi punya hobby... kuah ikan jangan buang.. esok pagi dia cecah dengan roti putih! perghh i pun dah terikut jugak! mana nak slim! muahaahaa :D


tu dia!
mujur tak kena hidung i petang tadi!
tengah syiok snap gambar dekat nak senja tu kan kan.. di talanya durian sebijik!


Pak Habibi i yang tembamBOM tu.. begitu asyik membersihkan durian yang baru di kutip hampir nak senja kala tu kan kan... sibuk you...
berdua lebih baik.. kerja pembersihan durian bersama Hero no 1.. siapa lagi..
Abang Amin.. Abang Aemir dah cabut celah pokok pisang!
:)) macam tau2 aje gambor dia masuk blogs petang tadi muahahahaa :))

 Gempar di Serbuk Blogger Kesayangan!



Tu dia.. kenal tak siapa tu??
bukan i hehhee.. yang lagi 2 orang tu.. itulah rakan blogger kita semua.. nak tahu siapa yang datang secara hendap tanpa berjanji tu..
klik bawah tu yaa... :)


Jumpa lagi.. sayang kat you all semua.. muahzzz << kiss sampai terlelap naaa... taw :))

Assalammualaikum.. tak jawab tak pe.. jawab dalam hati je yaa... :D

TATA!!



Donut Kukus Inti Kacang Hijau Perisa Durian A.K.A Pau Kampungan! Awww



Assalammualaikum.. Apa khabar semua? Syukur Alhamdulillah sihat nampaknya ya :) Okay sebelum i bertonyeh panjang dan lebor.. i nak minta maaf kepada semua teman-teman yang telah meninggalkan jejak di dapurku ini.. Tq so much :D Insyallah petang nanti, tak pun malam sikit.. bila dah selesai semua urusan tu nanti.. Insyallah pasti akan ku jejaki kawan-kawan semua ya.. sabar.. jangan tutup pintu dapur tu tau.. nak masuk kang dah susah nak jengah apa yang you all masak.. macehhh :)


Huahhh! tangan siapalah pulak tu yerk? :))


Tangan Abang Aemir.. hehhee.. tengah bersihkan durian dari daun kering..:)
inilah rutin harian Abang Aemir bila tiba musim durian.. tu dia.. bukan senang nak snap gambar dia ni... terpaksa acah2 amik gambar tangan dia aje.. pastu secara hendap! hah! snap gambar muka dia.. bukannya suka tu yaa.. so untuk tatapan you all.. inilah Abang Aemir my hero no 2 yang TAK SUKA!!!!
interframe dalam blogs atau FB emaknya.. dengan motto emaknya  "Ada mak ko kesah!" :))

Donut Kukus Inti Kacang Hijau Perisa Durian 
A.K.A Pau Kampungan! Awww




Tu dia.. dua-beradik.... bukankah berdua lebih baik ;))
leka tu... jangan memain.. :D

Donut Kukus Inti Kacang Hijau Perisa Durian 
A.K.A Pau Kampungan! Awww



BAHAN-BAHANNYA :

*sama macam buat donut jugak...* 
cuma i kukus dan letak inti di tengahnya.. :)

BAHAN UNTUK DOH :

200 gm tepung gandum
1 sudu kecil yis kering
1 sudu besar mentega
secubit garam
1 sudu kecil gula pasir
air secukupnya untuk menjadikan sebuku doh yang lembut aww :D

CARA :

campurkan kesemua BAHAN-BAHAN di atas dan gaul rata sehingga menjadi sebuku doh yang lembut.
Uli dalam lebih kurang 10 minit.
Ketepikan sehingga doh naik 2 kali ganda. 
Kemudian uli sekali lagi dan bolehlah di ambil secekut doh berat anggaran 30 gm.
Bulat-bulatkan doh dan leperkan. 
Ambil setengah sudu kecil inti kelapa perisa durian dan bulatkan.
*lihat gambar bawah*


Daun pisang untuk alas..:)



Setelah itu alaskan dengan daun pisang yang dikerat kecil.
Biarkan sebentar dalam 20 minit. :-D

Kukus.. selama 10-12 minit.
Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

TARRAAA!!!

Donut Kukus Inti Kacang Hijau Perisa Durian 
A.K.A Pau Kampungan! Awww



Masa mengukus tu.. jangan lupa siatkan sehelai dua daun pandan ke dalam air kukusan..
waduh baunya harum aje,,, aww ;))


i  lebih suka makan kulit dia dari inti hehhee.. :D


kulit luar tu liat-liat aje... itulah yang i paling suka! :))


ini menu minum petang i yang 2 hari lepas... :))
baru  hari ni berkesempatan nak share.. ;)
terlalu sibuk dengan pelabagi urusan dan undangan..
sekarang ni pun ikutkan busy..masukkan jugak 1 N3 takut nanti jemu you all datang jengah dapur i lauk yang sama aje kan kan.. :)


Baru tiba malam tadi.. outstations.. penat tak hilang lagi.. hmm :)
tak pe.. tak pe.. penat tolak tepi... nanti jumpa lagi ya...
jaga diri senyum selalu :D

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ