Siapa suka pengat keladi?? Kenyit mata kiri... yaa.. camtu... ;))
Siapa tak suka pengat keladi?? atau apa jua pengat pun??? yaaa... tak perlu buat apa-apa pun.. ya giteeww ;))
Okay.... masih lagi resipi ringkas.. snap gambar pun seringkas yang boleh... cuma bila menyudu ke mulut tu je yang tak ringkas.. laju kemain lagik! muahahaa.... :D
Assalammualaikum... apa khabar semua? << sesekali bagi salam selepas intro... :D
Okaylah... sekarang ni masih busy... so kita terus sahajalah ke resipi mudah dan teringkas di dunia ni ler yerk... semua orang dah tahu.. tak pe.. tak pe.. i share lagi.. khas buat semua yang dah lama tak buat pengat keladi... :)
PENGAT KELADI
BAHAN-BAHANNYA :
500 gm keladi *kupas kulit dan potong dadu jangan terlalu kecil
700 ml santan pekat
2 helai daun pandan *siat dan simpul
120 gm gula pasir
45 gm gula melaka
2 cubit garam halus
*air secukupnya untuk merebus keladi
CARA :
- Rebuskan keladi yang telah di potong dadu sehingga empuk dan toskan airnya.
- Tuangkan santan ke dalam keladi.
- Kemudian masukkan gula pasir, gula melaka daun pandan dan garam.
- Renehkan dengan api kecil dan sentiasa di kacau sehingga gula larut dan kuah agak pekat.
- Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!
TARAAAAA!!!!
PENGAT KELADI
Musim panas di kampung i sekarang ni..
tetiba sahaja tekak meronta minta pengat keladi.. tu yang i buat..
lega rasanya.... psst.. ramai yang tinggalkan pesanan kat inbox FB i..
antara soalan cepu gangsa yang mereka tinggalkan buat i.. untuk di jawab... dan i jawab di sini... ya cik adik-adik semua...
soalannya berbunyi begini..
"Kak Sha ari tu saya ternampak Kak Sha.. tengah shopping... :D err... Kak Sha sedang berbadan dua yaa??? anyway kalau betul.. Congratss!!!!!!" <<< dia ada taip love tapi kat sini tak dapat ler i nak share muahaha...
jawapan dari hakak yaaa adik yang begitu prihatin ;))*namanya tak perlu dirahsiakan :P
"Dik.. betul ke Hakak nampak seperti ibu yang berbadan dua???? Fullamakkk.. bestnya.. psstt.. sayangnya.. mungkin yang adik ternampak membukit tu lelemak akak dik!"
Muahahaa... hadoii.. memacam lagi yang tinggalkan pesanan.. nanti i share lagi ler hehehe...
Sekian dulu.. Jaga diri.. ada kelapangan nanti i share lagi resipi teringkas di dunia ekkkk..... ;)
Assalammualaikum...
TATA!!