Assalammualaikum...
dah katakan hari tu..
lepas ni manjang resipi labu :D
luncai tak de :))
Labu kampung sedang musim..
apa yang nak kubagaikan?
banyak dah idea... satu-satu ekk..;)
Mini Pumpkin Muffin
tersangatlah mini!
kecik momey comey... :D
besar syiling 50sen je tu tau.. awww :))
i guna acuan berlubang muffin yang paling kecil.
Dahlah comey..
lemak dan berkrim :D
Jom! masak! ;)
Pumpkin Puree
BAHAN & CARA :
1/2 biji labu *kupas kulit dan potong kecil.
air secukupnya untuk merebus.
1 sudu kecil garam.
CARA :
campurkan air dan labu *sama rap* dan campurkan garam *biarkan masin sedikit*
renehkan sehingga labu empuk dan toskan.
Masukkan di dalam pengisar atau lecek sehingga labu hancur.
Ketepikan.
Mini Pumpkin Muffin
BAHAN-BAHANNYA :
BAHAN A
1 + 1/4 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder + 1/2 sudu teh serbuk buah pala *nutmeg* + 2 sudu besar susu tepung
**AYAK BERSAMA**
BAHAN B
1 cawan pumpkin puree *labu lecek
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur
CARA :
Panaskan acuan muffin terlebih dahulu di dalam ketuhar. Suhu 200'C selama 10 minit.
Campurkan kesemua BAHAN B dan gunakan whisker putar sehingga gula hancur.
Campurkan BAHAN B ke dalam BAHAN A dan kacau sebati.
Masukkan ke dalam acuan muffin dan bakar selama 8-10 minit.
Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
TARAAA!!!
Mini Pumpkin Muffin
Sangat mudah dan enak!
Muai sangat.. dapat lebih dari 36 biji!
lama dah tak membaking...
harum dapur i dengan bau muffin labu.... wahh! :D
sapukan dengan jem strawberry memang sedap!
i makan berbiji-biji!
memang sedapzzz :D
promosi bukan masuk lif tekan sendiri :))
nampak tak labu putih kat belakang muffin tu??
yaa... ku catkan labu yang berlubur kat dapur tu dengan cat kapur keler putih! :))
yang tu nanti i share kat blogs hobi i... KLIK SINI
Sekian sahaja dulu.... jumpa nanti..
Assalammualaikum...
TATA!!