ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, June 18, 2011

UNBAKED OREO AND PEANUT BUTTER CHEESE CAKE WITH BANANA CRUMBLES

UNBAKED OREO AND PEANUT BUTTER CHEESE CAKE WITH BANANA CRUMBLES

UNBAKED OREO AND PEANUT BUTTER CHEESE CAKE WITH BANANA CRUMBLES

Emboi... emboiii.. panjang bebenau nama resipe cheese cake i kali ni ekk.. nak tahu kenapa??? cenggini ceritanya.... beli 2 peket biskut oreo... simpan dalam chiller tu hah... yang kita ni tiba masa nak membikin tu tak ler pulak di periksa... ada lagi ke tidak biskut oreo kat dalam chiller tu.... masa dah di bancuh tu baru terperasan 'ALAMAK!!! TINGGAL SEPEKET!!!!' terus pitam jap! muaahhahaa.. kepala pening jap...bebahan semua dah tersedia.. pantang betul kalau tak jadi di bikin tau... maka dengan usaha yang gigih... cewahhh.. ada pulak chocolate banana cake yang masih berbaki.. maka telah kucampurkan sedikit biskut oreo dan banana cake tu maka... tu yang tapak/base cheese cake tu berperisa banana and oreo giteewww... errmm.. korang paham ke tak ni??? alah buat-buat paham aje udah ler yerk.. apa pun... cheese cake i tu pun dah selesai dengan JAYAnya... malah laku sehingga tak sempat di simpan sepotong dua.. untuk ulang kunyahan muahahaa....:):):) *mungkin resipe ni agak mengelirukan... pepandai ler korang memahamkannya yerkk... sekadar berkongsi!!!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
UNBAKED OREO AND PEANUT BUTTER CHEESE CAKE WITH BANANA CRUMBLES



UNTUK TAPAK/BASE :

50gm mentega ~ cairkan
5 keping biskut oreo/coklat
banana cake/crumbles ~ *atau apa jua saki-baki kek yang tak habis tu ekk* hancurkan

CARA MENYEDIAKAN TAPAK/BASE

hancurkan biskut oreo/coklat campurkan bersama banana cake dan mentega sehingga sebati
tekan dan padatkan di atas acuan cheese cake sehingga benar-benar rata dan padat

UNBAKED CHEESE CAKE :

500gm philedephia cheese
150gm gula kastor
200ml cream
150gm peanut butter/mentega kacang *crunchy*
2 sudu besar gelatin *halal* larutkan bersama air panas yang mendidih
biskut oreo untuk di masukkan dalam adunan cheese dan ketepikan sebahagian untuk hiasan *pepandai ler anggarkan sendiri yerk*
*sedikit serbuk koko untuk tabur di atasnya*

CARA MENYEDIAKAN UNBAKED CHEESE CAKE :

putarkan cheese bersama gula sehingga gula larut
masukkan cream dan putar lagi sehinga kembang
masukkan gelatin yang telah di larutkan bersama air mendidih dan kacau rata
masukkan peanut butter dan kacau lagi
masukkan adunan ke dalam acuan dan selang selikan biskut oreo mengikut kreativiti anda... cewahhh!!!
taburkan sedikit serbuk koko di atas adunan
simpan di dalam chiller selama 4-5 jam atau semalaman lagi elok!

TENGG!! TARRRAA!!!!
UNBAKED OREO AND PEANUT BUTTER CHEESE CAKE WITH BANANA CRUMBLES
 YOMMY!!!!!!!
 SANGAT MENGGEMOKKAN!!!!
BUKAN SELALU PUN... MUAHAHAA....:):)

TATA!!!!


CHICKEN ROSEMARY


CHICKEN ROSEMARY

Terus terang cakap.. i memang pencinta herba omputeh! yer English herbs ler yerk... tekak anak-anak di rumah ni pun memang lebih cenderung kepada masakan yang berherba... cuma setiap masa tu kenalah memasak hidangan melayu kita sebab pak habibi i memang kurang sikit dengan herbs omputeh ni... manjang asam pedas dan gulai jerk.. so kebiasaannya i masak hidangan melayu waktu siang dan sebelah malam lebih kepada western style.. lebih mudah dan ringkas... Rosemary herbs ni pun salah satu herba yang i paling suka.. so memang sentiasa ada stok serbuk atau pun daun segar rosemary..:):)


JOM!! SALIN RESIPE!!!
CHICKEN ROSEMARY

AYAM

8 keping peha ayam + kepak ayam
2 sudu besar tepung gandum + 1 sudu besar serbuk lada hitam *corsed blackpepper*
sedikit garam
*GAUL RATA*

CARA MENYEDIAKAN AYAM :

tepuk-tepukkan ayam di dalam *tepung yang telah di campurkan*
goreng bersama sedikit minyak sehingga keperangan *tidak terlalu garing sekadar kekuningans sahaja* angkat dan ketepikan

BAHAN-BAHAN LAIN : *TUMIS SEMUA SEKALI*

1 biji bawang kuning ~ dadu
6 ulas bawang putih ~ belah dua
2 batang lada hijau ~ belah dua tak putus
1 batang lada merah ~ belah dua tak putus
2 sudu besar serbuk rosemary
1 sudu besar *corsed blackpepper*
2 biji tomato ~ belah empat
1 batang celery ~ potong 2 inci
1 batang karot ~ potong 2 inci
sedikit air

CARA MEMASAK :

Tumiskan *KESEMUA BAHAN-BAHAN DI ATAS*
sehingga naik bau
masukkan ayam dan gaul rata
masukkan sedikit air dan renehkan sehingga ayam masak/empuk *api paling kecil/reneh lama* lebih kurang 30 minit
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!
CHICKEN ROSEMARY

MUDAH DAN SEDAP!!! MAKAN BERSAMA ROTI PUN BEST!!

TATA!!!

IKAN BILIS KICAP DAUN LIMAU


IKAN BILIS KICAP DAUN LIMAU

I memang ler suka mengubah suai dan mencuba resipe baru.. hah! yang ini baru ku ubah suaikan resipenya.. perghh.. i tell you memang best! masa nak kunyah ikan bilis tu... kunyah sekali daun limau purut yang di rampai halus.. harum giteeww.... sedap pun ya! tak percaya cuba yaa.. sekadar berkongsi kepada teman-teman semua... itu sahaja.. jangan takut yang mana rentung dan tak menjadi tu.. i tak share.. muahahaa...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
IKAN BILIS KICAP DAUN LIMAU

BAHAN-BAHAN DI HIRIS :

2 biji bawang merah *saiz besar
6 ulas bawang putih
2 batang lada hijau
1 batang lada merah
2 biji tomato
2 helai daun limau purut ~ buang tulang tengahnya/urat daun dan rampai sehalusnya *jangan kasar*

BAHAN-BAHAN LAIN :

3 cawan ikan bilis ~ cuci bersih dan toskan *benar-benar kering*
1 cawan kicap *lemak manis* jenama *cap kipas udang*
1 sudu besar cuka
sedikir garam dan gula

CARA MEMASAK :

gorengkan ikan bilis sehingga garing
masukkan *bahan-bahan hiris sehingga layu 
masukkan kicap, cuka, gula dan garam
kacau rata, sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRRAA!!!
IKAN BILIS KICAP DAUN LIMAU
SEDAP yOUUuUUUU...:):)

TATA!!!


CARU SUMBAT


CARU SUMBAT

Muahahahaha... gelak dulu... cuba sebut nama resipe i tu... macam tergantung giteeewwwkan.... ala-ala tersumbat! giteew... okay masakan ni simple sangat... dan ikan caru adalah ikan keramat bagi pak habibi i tu... so minggu lepas i masakkan ikan caru... caru.. caru... dan caru untuk pak habibi dan anak-anaknya... suka ler pak habibi.... i biasa aje... tapi kalau ikan caru di sumbat... *gelak lagi* memang terbaik!!!

JOM!! SALINR RESIPE!!
CARU SUMBAT

BAHAN-BAHAN DI KISAR :

1 biji bawang merah *saiz besar
4 ulas bawang putih 
1 inci halia
2 inci kunyit
1 batang serai
1 inci lengkuas
1 sudu besar belacan bakar
gula dan garam
1 keping asam gelugor/asam keping

BAHAN-BAHAN LAIN :

5 ekor ikan caru ~ saiz besar ~ buang perut, belah belakang dan cuci bersih~keringkan terlebih dahulu

CARA MEMASAK :

Gaul rata *bahan-bahan kisar dan sesuaikan rasa sebelum di sumbatkan di dalam ikan
sumbatkan *bahan-bahan kisar di belahan belakang ikan dan di dalam perut ikan
panaskan kuali dengan sedikit renjisan minyak masak
bakar sehingga ikan masak atau garing kulitnya
angkat dan hidangkan bersama kuah kicap atau kuah asam!

TENGG!!! TARRAA!!!
CARU SUMBAT
MUDAH AJE TU KAN.. KAN...:):)

TATA!!!


BURGER BERSOS


BURGER BERSOS

Burger bersos.... yer ini ler hidangan untuk gengs di rumah ni yerk..  mesti kena bikin punyalah! i sorry sentuh pun idak.. jemu-jelak dah rasanya... bayangkan berbelas tahun asyik ler ini aje yang di masak... paling kurang sebulan sekali tak pun kekadang tu naik sampai seminggu dua kali! bayangkan anak bujang tu dah berusia 17 tahun... tu aje ler korang tolong bayangkan.. lebih dari itu... cuba ler yerk! simple aje tu..:):)


JOM!! SALIN RESIPE!!!
BURGER BERSOS

BAHAN-BAHANNYA :

6 keping daging burger ~potong 4 *jenama RAMLY*
1 biji bawang kuning ~ potong dadu
4 ulas bawang putih ~ potong dadu
2 batang daun bawang ~ potong
5 sudu besar sos tomato/sos cili
1 sudu besar mentega untuk menumis

CARA MEMASAK :

cairkan mentega di dalam kuali
tumiskan bawang kuning, bawang putih, daun bawang sehingga naik bau
masukkan daging burger dan kacau rata sehingga daging masak
masukkan sos tomato/cili dan sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!!
BURGER BERSOS

Makan bersama roti pun sedap!!

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ