ROTI SAMBAL
Assalammualaikum... Roti sambal??? atau donut sambal??? yang penting bersambal! hehee.. okay macam biasa.. bila lapang tu.. wahhh!!! rajin betul memasak yerk.. bila tak rajin tu... tetap rajin jugakk.. rajin makan! *pengsan* Okay resipe roti sambal i dah pernah share.. tapi kali ni i guna sukatan cawan sebab buat cikitt aje.. nak cecahkan dengan sambal sotong tengahari tadi... bukannya susah.. hah! kalau you all tengah stress atau geram dengan pak we tu.. inilah masa yang sesuai nak melepaskan geram.. ko banting! ko hempas!!! ko tumbuk! ko penyek-penyekkan.. doh tu yerkk.. memang menjadi! naik 3 kali ganda dari biasa! *pengsan!*
ROTI SAMBAL
4 cawan tepung gandum
1/2 peket yis kering
3 sudu besar lemak sayuran
1 sudu besar gula
200 ml susu segar
1/2 sudu teh garam
minyak untuk menggoreng
*sambal saki baki :))))*
CARA :
Masukkan tepung di dalam mangkuk adunan.
Masukkan yis kering, gula dan garam, gaul sebati.
Masukkan lemak sayuran dan susu, gaul sehingga menjadi sebuku doh. Jika keras tambahkan lagi lemak sayuran semasa menguli.
Banting! Hempuk! hempas! sehingga lembut.
Ketepikan sehingga doh naik.
Bulatkan sebesar bola ping pong *bukan bola sepak! *pitam*
biarkan naik lagi.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan, angkat dan toskan.
Tomey aje kan.. kan... lalu gunting separuh di tengahnya dan sapukan dengan *sambal tumis saki baki*
TARRAA!!!
ROTI SAMBAL
Ingat... nak hempas tu jangan ler sampai bergegor satu rumah yerkkk.. pesanan ikhlas dari i.. :))))
TATA!!!