ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label IKAN SUP PELBAGAI JENIS. Show all posts
Showing posts with label IKAN SUP PELBAGAI JENIS. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

Singgang Pedas Ikan Parang


Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua teman-teman yang kuhormati :)

Okay.. hari ini i masak simple macam selalu... kebetulan bonda kesayangan ada di rumah.. jadi ke pasar kami berdua... pilihan ikan dah tentulah Bonda yang pilih.. ikut ikan fav dia lah kan...

So ikan parang adalah salah satu fav Bonda.. masa beli tu dia dah sebut nak makan singgang ikan parang.. singgang rebus macam biasa tu...

Cuaca pulak panas terik... so i buatkan singgang pedas berapi.... khas buat bonda tersayang...
 dan yang lain turut sama menompang :D



 dah banyak kali i share resipi singgang pedas..
kali ni i share lagi.. 
senang... yang mana baru sahaja singgah di blogs i ni dah boleh mencuba dan tak perlu terkais-kais kat folder yang ada kat tepi tu kan....


BAHAN-BAHANNYA :

4 keping ikan parang *belah dua
6 batang kacang bendir
2 helai daun kunyit *siat
2 batang serai *titik


1 genggang asam jawa + 600 ml = jadikan air asam jawa yang separa cair
garam & gula

BAHAN TUMBUK KASAR :

1 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kunyit
2 cm lengkuas  
8 tangkai cili padi siam *merah
3 tangkai cili padi kampung *hijau

CARA :

Masukkan *BAHAN_BAHAN TUMBUK*, serai dan juga air asam jawa.
Renehkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan, daun kunyit dan kacang bendir.
Renehkan sehingga ikan masak, sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Singgang Pedas Ikan Parang    


nampak aje tenang aje tu kan kuahnya...
nak hirup pelan-pelan yaa.. kang ada yang tersedak!
makan dengan nasi panas-panas...
sambal belacan...
Ulam petai..
Ikan masin sepat..

PengsaNNNNNNN!!!!!!

@_________#


Nellysha cakap kat semua.... Auntie2.. Uncle2.. dan Kakak2...

"Happy School Holiday! Lots Of Luv From Nellysha!"

Muahhhhhhzzzz <<< yang ni mak Nellsya yang tambah! :D


Wonta.. ni lah anak saudara kesayangan i yang ada di rumah.. **juga tangan yang ada atas kepala Nellysha kat atas tu** :D
riuh rendah.. tiap hari asyik ajak i ke shopping mall belikan dia Ninja GO! *lego* 
perghhh....
tak pe.. tak pe....
janji rumah ni tak sunyi ;))


sekian dulu....
jumpa nanti.. jaga diri..

Assalammualaikum...

TATA!!

Friday, September 7, 2012

Singgang Ikan Parang. Ada Aku Kisah!



Assalammualaikum.. :)

Kontot aje kan tajuk menu i hari ni. Menu makan tengahari tadi bawak ke malam. Masak lebih sikit tang kuah singgang tu aje. Yang ikan goreng tu malam i goreng lagi.
Memang tengah sibuk sekarang ni. Kerja macam lipas kudung! :))
Ehhh.. dalam busy macam mana pun sempat lagi mengupdate blogs.. sebab bila tak update blogs aje ramai yang MSG kat in box FB i... :D
Terima kasih yaa.. sekarang busy... Nak mengunjung balas pun tak berkesempatan. Minta maaf sangat kawan-kawan yaa... Insya~ALLAH esok, lusa, tulat entahlah tu bila tak berani nak berjanji... bila dah selesai segala urusan kembalilah i kedunia normal. Sekarang belum normal lagi nih! :D


Lauk Singgang ikan parang ini adalah lauk Fav Arwah Ayah. Dalam seminggu wajib di hidangkan buat Arwah di meja makan. Entah kenapa teringin pulak tekak ni nak makan singgang parang.
Pak Habibi beli tak banyak. Adalah lebar dalam 5 jari. I potong 2 dan masakkan singgang. 
Yang makan cuma i sorang yang lain i tak galakkan sebab tulang banyak.
Jadi..... :D moral of the story i sorang ajelah yang makan ikan parang tu! :))

Sedikit info :


Buat julung kalinya Shahriah menulis manuskrip komedi. 
Kisah Tentang Cinta komedi.
Bertajuk....

'Ada Aku Kisah!'

Dan buat julung kalinya Shahriah akan berkongsi dengan semua peminat novel untuk sama-sama membaca manuskrip baru Shahriah tu yaa..
Hampir siap 70% selebihnya sedang di kerjakanlah ni. :D

Shahriah akan kongsikan dari Bab 1 sehinggalah ke Bab yang seterusnya.. dan selebihnya tu nanti...
Jeng! Jeng! Jeng!
kita tunggu ajelah yaa...

Yang mana minat membaca novel tu.. silalah ke blogs penulisan Shahriah.
Insya~ALLAH tak esok lusa Shahriah akan mula share kisah...

'Ada Aku Kisah!'


Okaylah... tu sahaja info yang i nak kongsikan di sini :D
Meh! kita masak meh!

Singgang Ikan Parang


BAHAN-BAHANNYA :

1 keping ikan parang *belah 2
1 genggam asam jawa + 700 ml air asam jawa
gula dan garam

BAHAN HIRIS :

1 biji bawang holland *hiris
3 ulas bawang putih *potong batang mancis/julien
2 cm kunyit *hiris
2 cm halia *potong batang mancis/julien
10 tangkai cili padi *merah potong 2
1 biji buah tomato *belah 2

CARA :

Campurkan kesemua *Bahan-bahan hiris* dan bancuhan air asam jawa.
Renehkan di atas api dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan, sesuaikan rasa.
Setelah ikan masak.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Singgang Ikan Parang


Inilah lauk yang terbaik bila tekak tu terasa jemu jelak dengan lauk kari, rendang dan sambal tumis.
Yang simple nilah yang terbaik! Bak kata Boboboi! :D


Gorengkan pulak hati ayam, pedal dan tulang-temulang ayam baki masa masak hari raya yang lepas.
Gaulkan aje garam dan kunyit sedikit tepung. Perap lama sikit.
Panaskan minyak penuh, goreng dah!!
angkat dan ngap! :D


Tumbukkan pulak sambal belacan berapi!
Lawankan dengan kuah singgang dan cicahkan pulak pedal dan hati ayam.
Mak aii.. Pak aii.. Adik ipar lalu i buat derk aje yoUuu aii... :))


Yang lain tak makan ikan parang.
i gorengkan anak ikan cermin.
Goreng tu biar garing naaa... kunyit tu biar lebih..
perghhh i yang makan ikan parang tanpa berkongsi tu pun sekor ku telan you :D
hebatkan :))


Sekian sahaja perkongsian kali ini.
i akan sentiasa aktif di blogs.
Kalau busy siang, i cuba update N3 waktu malam..
janji rock! :D






Jumpa lagi yaaa... :)
Jaga diri...
Senyum Selalu.. :D

Assalammualaikum..

TATA!!


Monday, June 11, 2012

Lauk Kampung Sempoi Punyer! Busy Macam Nak Haper!



Assalammualaikum.. kawan-kawan semua... apa khabar?? Wahhh semua busy kan hari ni, maklumlah anak-anak semua dah mula kembali ke alam persekolahan. Ibu dan Ayah yang mana turut sama bercuti pun mulalah sibuk yer tak.. Samalah kite :))

Serius ni i memang busy giler! memacam aktiviti i padat sangat, semuanya terpaksa i aturkan mengikut jadual agar tiada yang terlepas pandang. Sikap i dari dulu setiap apa jua urusan yang i perlu lakukan semuanya berjadual. Termasuklah masukkan N3 dalam blogs i teeww :))

i nak minta maaf buat semua sahabat yang begitu mulia sekali meninggalkan jejak di blogs i ni.. tak sempat lagi nak berbalas yaa.. tapi dalam kelapangan waktu yang i ada tu sempat juga i blog walking semalam... Insyallah bila lapang nanti semestinya setiap komen akan ku balas, sekaligus terus menjengah ke blogs kengkawan yaa.. jangan kecik hati taw.. i memang sibuk sangat sekarang ni.. macehh sangat kerana memahami situasiku ini.. muahhh...


Bila dah busy tu.. mood nak memasak semestinya ala-ala ke sungai giteww.. memasak adalah termasuk di dalam jadual i sebelah pagi, sebelum 9 pagi harus selesai segalanya... termasuklah mengemas rumah, menyapu dan mengemop lantai! hadoiii.... ini jadual bila i sibuk dengan aktiviti luar dan penulisan i tu yerk.. kalau tak busy... hehehehhhh :)) dah nak tegak matahari baru i turun memasak yaa giteww...

Gambar di atas itu adalah pokok berbuas, kalau di kampung i lah kan.. kalau tempat you all sure nama pokok tu lain.. okay pokok berbuas ni Bonda tanam betul2 kat depan rumah dalam kolam mini yang dah tak ada air :)) so lebat berdaun... so i petik pagi tadi... maka jadilah menu hidangan tengahari i yang sempoi punyer! :))


Dalam sibuk.. ini hidangan yang sempat ku masak... ;)


sambal belacan...


sambal tempoyak fresh from my garden!

wah sekarang durian di rumah i ni dah mula gugur.. nanti i share kat you all okeh..

setiap pokok durian di rumah ni semuanya bernama... Arwah Ayah yang bubuh nama :))


telur masin.... petua nak rebus cantik camtu...

didihkan air terlebih dahulu baru di masukkan telur tu.. rebus jangan terlalu lama 7 minit dah!

Singgang Rebus Ikan Cencaru


Bahan-bahannya :

1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris
2 inci kunyit *hiris
2 inci halia *hiris
1 batang cili merah *potong 2
10 biji cili padi
500 ml air asam jawa
2 ekor ikan cencaru *potong
gula dan garam

CARA :

Masukkan kesemua Bahan-bahan kecuali ikan cencaru dan didihkan.
Setelah mendidih masukkan ikan dan sesuaikan rasa.
Setelah ikan masak, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Singgang Rebus Ikan Cencaru


Pulak cuaca panas! inilah lauk yang paling sesuai ;)


Lawankan pulak dengan ulaman segar, sambal belacan & sambal tempoyak! Pengsannnnn :))


Apa teww??? ya ni next N3 i masukkan ehh.. sebab.. kisah di sebalik Cup Cakes Cekelat tu ler..

ada kisah gembira yang ingin i kongsikan kepada semua..

sabar menanti...

jaga diri, senyum itu sedekah yang paling murah tidak perlu modal lagi yOuUuu... ;)

TATA!!


Monday, March 19, 2012

SINGGANG BAWAL PUTIH BERSAMA TERUNG PIPIT

SINGGANG BAWAL PUTIH BERSAMA TERUNG PIPIT


aAssalammualaikum... wahh bertemu kembali dengan lauk singgang... my fav dishes! lauk yang tidak pernah menjemukan...:)) i like... okay kali ni Pak Habibi i tak beli ikan cencaru... baik betulkan! muahaha... tetapi ko.. di belinya anak-anak ikan bawal putih... waduhhh... jenuh menyiang ikan tu tadi... tapikan anak ikan bawal putih ni kan kan.. kalau di goreng garing-garing memang terbaik!!! Fav anak-anak i tu ekk.. i goreng separuh dan separuh lagi kumasakkan singgang tumbuk.... buh pulak terung pipit! perghhh.. lepas ni sure berkepit ajelah i dengan Pak Habibi i tu hehhe... *pengsan*

SINGGANG BAWAL PUTIH BERSAMA TERUNG PIPIT

7 ekor anak ikan bawal putih *siang dan cuci bersih
1 cawan terung pipit
1 helai daun kunyit *siat
800 ml air asam jawa
1 batang serai *titik

BAHAN TUMBUK RENYAH :

2 cm kunyit
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu teh lada hitam

CARA :

Campurkan kesemua bahan *kecuali ikan bawal.
Renehkan sehingga kuah mendidih, dan masukkan ikan.
Sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

SINGGANG BAWAL PUTIH BERSAMA TERUNG PIPIT


Terbaik!!! please scroll down... hari ni i masukkan 3 resipe yaa.. semuanya beraitan dengan anak ikan bawal putih dan terung pipit!!! Pheeewitttt....:)))

TATA!!!

Tuesday, March 6, 2012

SINGGANG SELAR

SINGGANG SELAR


Assalammualaikum... kalau Pak Habibi dan gengs yang lain kat rumah ni sukakan yang pedas-pedas.. i pulak sukakan yang ringkas dan masam-masam gitewww... i love kuah singgang so much! tak pernah jemu youu... sebab simple tu satu hal.. mudah tu dua hal... sedap tuuuUu.. <-- hah! yang ni memang banyak hal.. lepas makan mata kuyu aje macam garfield.. macam sekarang nilahh! hahaha... *pitam jeee*

SINGGANG SELAR

2 ekor ikan selar - potong
1 genggam asam jawa - jadikan air sebanyak 1200 ml *pekat gitu ekk

BAHAN HIRIS :

1 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit
1 tangkai lada merah
1 biji tomato

CARA :

Campurkan semua *bahan hiris bersama air asam jawa dan renehkan.
Masukkan ikan, sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

SINGGANG SELAR


LAPO TAK??? kan kan... mudah aje tu.. selamat mencuba kengkawan..:)))

TATA!!!



Saturday, June 4, 2011

SUP PIPI IKAN BERSAMA SAYUR

SUP PIPI IKAN BERSAMA SAYUR

Muahhh.. kata pipi hehee... okay resipe masih tetap simple... cuma bebahan sahaja yang di tokok tambah.. apa susah.. apa nak bengang... kita buat dia.. yer tak??? so nasihat i kepada penggemar sup pipi ikan.. meh ler cuba resipe ni yerk... segala jenis sayur yang berbaki sikit-sikit dalam peti sejuk tu.. ku campurkan sekali... sehinggakan.... makan tak angkat muka ler i tell you! sambal kicap jangan lupa tau.. ikan masin sepat pun jangan lupa ko goreng sekali... ulamkan dengan timun muda... sambal belacan buh air asam.... apa nak kata lagi????? jangan berkata-kata lagi... salin aje resipe.. dan cuba ler ekk....:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SUP PIPI IKAN BERSAMA SAYUR

BAHAN-BAHAN DI KISAR :

1 biji bawang merah *saiz besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar lada putih
1/2 inci kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga

BAHAN-BAHAN LAIN :

2 keping pipi ikan merah *saiz besar
2 batang celery
1 batang karot
2 biji kentang
2 biji tomato
1 biji lada benggala /capsicum
daun sup dan daun bawang untuk tabur
bawang goreng untuk tabur
air

CARA MEMASAK :

Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau
masukkan air dan renehkan bersama kentang, celery, karot sehingga empuk
setelah itu masukkan pipi ikan, lada benggala, tomato dan renehkan sehingga pipi ikan masak dan sesuaikan rasa
angkat dan hidangkan bersama bawang goreng dan daun bawang dan sup yang telah di hiris!

TENGG!! TARRAA!!!
SUP PIPI IKAN BERSAMA SAYUR
 MUST TRY!!!

TATA!!! 


Friday, March 4, 2011

SINGGANG BONDA

SINGGANG BONDA
HuaaaaaHUAAA..... best betullah... pepagi kala ke dapur.. baru nak capai pisau.. tetiba bonda cakap.. "HARI NI BONDA MASAK SINGGANG" wahh... wah.. cewah.. kiranya bonus berganda ler ni ekk.. Bonda pun masak ler singgang ikan parang yang dia beli segau dari pasau tu ekk.. pulak pepanas hari cenggini aje memang best! singgang bonda ni kuahnya alahai... keruh jerk giteeewww ekk... i cakap macam ni "SINGGANG AIR MATA BONDA!" pastu ko.. bulat bijik mata Bonda i tau... "INI NAMANYA SINGGANG ORANG DEMAM!" hehee.. bonda demam ke??? tak lahh.. dia cuma teringin nak makan singgang yang kelernya giteeeewwww aje kelernya ekk.. wah! tapi rasanya tetap sama dengan singgang biasa i masak tu ekk.. segala bahan yang di gunakan semuanya sikit... bagus betullah! I LOVE BONDA..:):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
SINGGANG BONDA
Bahan-bahan di hiris :
  • 2 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
Bahan-bahan lain :
  • 4 sudu besar asam jawa ~ jadikan air secukupnya untuk kuah
  • 2 keping ikan parang ~ belah dua
  • lada merah dan lada hijau ~ patah dua
Cara memasak :
  • campurkan kesemua bahan-bahan hiris bersama air asam jawa
  • masukkan ikan parang dan didihkan di atas api
  • sesuaikan rasa, reneh sehingga ikan masak
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAAA!!!!
SINGGANG BONDA
 
musim panas mencetang macam ni.. lauk simple macam ni ler yang terbaik!
MENU MAKAN TENGAHARI 4HB MARCH 2011 :
  • SINGGANG BONDA
  • SOSEJ DAUN BAWANG LADA HITAM
  • ULAMAN DAN SAMBAL BELACAN
  • IKAN MASIN 
  • IKAN GORENG
selamat mencuba kawan-kawan!!
TATA!!!



Tuesday, February 1, 2011

SINGGANG PEDAS IKAN KEMBUNG

Ikhlas resipe ini inginku kongsikan kepada semua teman-teman..........

 TENGG!!! TARRAA!!!

SINGGANG PEDAS IKAN KEMBUNG
SINGGANG PEDAS IKAN KEMBUNG
SINGGANG PEDAS IKAN KEMBUNG
Hujan dari pagi sampai ler ke petang...
dok ler memikirkan apa yang nak di masak untuk makan malam bersama gengs2 di rumah ni hah!
buat sup tak sesuaiiiii... (sebut sesuaii tu sengau sikit ehee..)
nak masak ayam goreng.. aduhaii rasanya dah tak larat dah nak menggoreng, jemu!
ikan goreng? ohh.. itu memang wajib ada setiap hari..
tetiba terpandang ler pokok kunyit tepi rumah tu...
WAH! masak singgang pedas-pedas memang best!
hujan dan sejuk pulak tu.. tanak nasi panas-panas!
SAMBAL BELACAN! DAN TEMPEH GORENG JANGAN LUPA!
terangkat YOUuuuUUUuu!!!

JOM!! SALIN RESIPE!!
SINGGANG PEDAS IKAN KEMBUNG
 BAHAN-BAHAN DI TUMBUK KASAR :
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1/2 inci lengkuas
  • 10 batang cili padi
  • 2 batang lada merah
  • 2 sudu kecil belacan bakar
BAHAN-BAHAN LAIN :
  • 3 ekor ikan kembung segar ~ potong serong 2
  • 1 helai daun kunyit ~ siat
  • 1 genggam asam jawa ~ jadikan 5 gelas air asam jawa
  • 1 batang serai titik
CARA MEMASAK :
  • campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk bersama air asam jawa, serai dan tenggekkan di atas api
  • didihkan dan masukkan ikan kembung dan daun kunyit
  • renehkan sehingga ikan masak dan sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
 
Amacam? mudah ler sesangatkan!
jangan pandang sebelah mata.. nampak aje kuah tu tenang tetapi kepedasannya perghh..
hujan pun kami berkipas di rumah ni oke!
selamat mencuba!!
 menu makan malam kami sekeluarga!
simple and terangkat you!
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ