ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label RESIPI SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH. Show all posts
Showing posts with label RESIPI SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Menu Berbuka 3 Rejab.. Lauk Simple Aje.. Yaa.. Aaa.. Awww..



Ikan Kurau  Masam Manis Nanas


Kacang Bendir Celur

Peria Goreng

& Sambal Asam


 Ikan Kurau Goreng :D

My Pak Habibi punya fav


Goreng Ikan Masin Kembung

Perahkan Limau Kasturi untuk neutralkan rasa masin :)


Puding Coklat Pic

as a pencuci molot :D

Semuanya menu berbuka 3 Rejab.. semalam punya kess.. petang ni baru dapat kongsi pada semua..

line internet masih buat peel... :D

tu yang lambat masukkan N3 tu..

tak pe.. tak pe... yang penting i tetap berkongsi kepada semua kan kan.. :)




Ikan Kurau  Masam Manis Nanas
(resipi asal i guna ikan bawal)



BAHAN-BAHAN :

600 gm ikan kurau -potong 4 ala cube *jika isinya besar (resipi asal ikan bawal)
(sapukan ikan bersama sedikit garam dan kunyit-Goreng)

1/2 biji nenas masak    } potong dadu
1 biji lada benggala *i guna lada hijau     } belah 2 dan potong 4
1 biji timun  *i guna 5 biji tomato ceri *belah dua
1 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
100 ml air
gula dan garam secukup rasa

BAHAN KISAR :

1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1sm halia
3 tangkai cili kering

CARA MEMBUAT :

  1. Tumis bahan kisar sehingga terbit bau.
  2. Masukkan air, nanas, tomato puri dan tomato sos. Didihkan sehingga kuah agak pekat.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan lada hijau dan tomato ceri.
  4. Masukkan ikan dan gaul sebati.
  5. Angkat dan hidangkan      


Resipi dari buku Sajian Istimewa Shahriah Abdullah


Ikan Kurau  Masam Manis Nanas


SlurpPPpppppppppppppppppppp ahhh...

i puasa... so yang jadi tukang rasa my lil princess Nellysha..

"Kurang garam... kurang gula..."

Tu dia komen si kecik i tu..

dalam hati cuak jugak.. kang tambah terlebih aje memang!

Syukur Alhamdulillah...

Secukup Rasa!!!

Yaa... Aaa.. Awww...
 


Puding Cokelat Pic ini juga dari buku resipi..


Sekian sahaja dulu..

i nak turun ke dapur dah ni... 
nak memasak untuk berbuka petang nanti..

bersamaan.. 4 Rejab.. Syukur Alhamdulillah...

Kepada yang berpuasa..

Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka yaa.. :)

Assalammualaikum.....


Aktiviti hujung minggu lepas..

Princess Nellysha dok kacau tolong poppa dia buaT roti.. sempena Mother's Day yang lepas :D

nanti i share ehhh.. bagi laluan menu berbuka dulu :)

Jumpa nanti..

Yaaa... Aaa.. Aaawwwww :D

TATA!!


Wednesday, December 5, 2012

Sajian Sejuta Kenangan ~ Gulai Udang Nenas ~ Satu Gelaran.. Sejuta Kisah...

Assalammualaikum... Dan Salam sejahtera buat semua teman-teman.. :)

Apa khabar semua? semoga sihat dan ceria sentiasa bersama keluarga dan teman tersayang.

Sejak kebelakangan ni.. mood nak mengupdate blogs agak ke sungai!

Agaknya busy kot... memasak tiap hari macam selalu.. snap gambar selepas memasak pun macam selalu..

dan ada juga.... selepas selesai makan baru teringat gambar terlupa nak snap! muahahaa.. walaupun masa menghidangkan tu bukan main lagi... :))


Okay... dengan semangat yang di paksa-paksa... maka i telah pun mengedit gambar untuk di kongsikan buat semua.. sepanjang majlis demo masakan di Galeria@Kotaraya Johor Baharu baru-baru ini...
2hb Disember 2012...

Jutaan terima kasih kepada teman-teman yang sudi datang untuk turut sama memeriahkan majlis..
anda semua sangat sporting! i loike sejuta kali!! ;)

Gulai Udang Nenas


adalah hidangan yang cukup memberi erti yang sangat besar maknanya.. di dalam hidup i... *antara*

terselit sejuta kisah di sebalik masakan yang i masak khas untuk warga Johor baru-baru ini..

nak tahu kenapa?


Gambar di atas yang tinggal nenas aje tu dan kuah ala-ala tak nampak aje tu kan..
yaaa... gambar yang cukup eksklusif satu ketika dulu..

itulah gambar sebenar walaupun tidak sempurna sebab habis dah di sesah oleh Chef Zubir dan Chef Joe sewaktu i di uji bakat MasterChef 2011..

pertandingan untuk melayakkan ke peringkat TOP 40
di mana i terpilih di antara beribu peserta seluruh Malaysia..

dan antara pencapaian cukup BESAR sepanjang i bernafas di muka bumi yang indah ini..
ya giteew.. ;)


Pheeewittt.. dan inilah buktinya... cecewah..
dengan mempertaruhkan Gulai Udang Nenas..

Syukur Alhamdulillah i terpilih untuk menyertai pertandingan Masterchef Malaysia 2011...


antara barisan peserta yang turut sama menanti giliran untuk di uji rasa oleh Chef....
masa tu dada.. dup! dap! macam nak tercabut pun ada..

sebelah kiri i.. Anita.. ingat lagi tak???
dan kanan i.. Amita.. ingat lagi kan???

dan yang hujung sekali adik dari Sarawak dan dia gagal untuk ujian ujibakat bercakap depan camera...
masa tu adik tu mempertaruhkan blue berry cheese cake.. rasa memang meleTOP!
tetapi.. bukan ujian rasa sahaja.. ada beberapa lagi ujian yang perlu kami tempuhi..
syukur Alhamdulillah segalanya dah berakhir.. dan masih TETAP UTUH! kenangan itu i simpan sampai akhir hayatku... Amin.. :D


TOP 40! Peserta MasterChef Musim Pertama 2011..
hmm.. kalau i tengok semula gambar-gambar kenagan di MCM dulu tu..
setiap inci kenangan masih segar di ingatan i sehingga kini...

Okay DAH!!!

cukuplah yaa.... sekarang tahulah kenapa i masak Gulai Udang Nenas tu semasa demo masakan di JB baru-baru ini?

Yaa.. sebab segalanya bermula di Johor Baharu.. tempat tumpah darahku..:)

Gulai Udang Nenas


BAHAN-BAHANNYA :

400 gm udang saiz M ~ buang hujung kepala dan buang najis di belakangnya
5 tangkai daun kesum *daun
1 biji tomato *dadu
1 biji nenas masak *saiz kecil *dadu
1/2 biji nenas muda *saiz kecil *dadu
2 keping asam gelugor
6oo ml air
1 biji kuib ikan bilis *knoor
1 batang serai *titik
minyak
gula dan garam

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit
2 inci halia
4 inci belacan
8 tangkai cili kering
4 tangkai cili merah

CARA :

Panaskan minyak sehingga benar-benar panas.
Masukkan serai dan masukkan *BAHAN KISAR. Tumis sehingga pecah minyak.
Masa menumis agak lama dengan api paling kecil.
Masukkan Nenas masak dan nenas muda dan juga asam keping.
Gaul rata dan renehkan sebentar.
Masukkan air dan renehkkan sehingga mendidih.
Masukkan kiub ikan bilis, gula dan garam.
Sesuaikan rasa kemudian masukkan daun kesum dan buah tomato.
Setelah kuah pekat baru masukkan udang dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Gulai Udang Nenas


Sesuai di hidangkan bersama nasi putih dan juga roti perancis dan juga roti putih.
Rasa yang cukup nyaman....
simple dan mudah nak di sediakan...


Dulu masa bertanding.. masa di peruntukan 1 JAM!
dan siap memasak dalam tempoh 30 minit!
lagi 30minit tu kan kan.. i lap bersih meja kerja i.. ;))

dan i juga peserta pertama yang mempersembahkan hidangan kepada juri...
hadoii kalau di ingat-ingatkan.. ketaQ!!!!!!!!


Untuk kisah panjang lebar tentag demo masakan i di Galeria Johor Baharu..



Sekian dulu... tetiba hati sebak... hmm... biarlah kenangan lalu berlalu dengan kenangan yang pastinya tidak akan ku lupakan sampai bila-bila... bukan mudah untuk mendapatkan sebuah gelaran...
dan bukan itu yang kuimpikan selama ini sebenarnya..
hanya TUHAN sahaja yang tahu......

Jumpa lagi.. jaga diri... :)

Assalammualaikum...

TATA!!!

Wednesday, November 28, 2012

Resipi Dari Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah Lauk Kampung


Assalammualaikum... Salam Sejahtera buat semua teman-teman blogger dan juga yang bukan blogger.. baru dan lama.. semoga hari-hari yang anda semua lalui di permudahkan ALLAH SWT.. Amin... :)

Hidangan tengahari i sangat ringkas dan mudah di sediakan.. sebab dari awal pagi i sibuk mengemas, mengelap habuk, sapu sawang-sawang yang ada.. dan menyapu stok kuman pun ku sapu sekali! :))

Alhamdulillah.. segalanya dah selesai..nyaman dan tenang aje bila rumah bersih dan kemas... :D

Anak-anak dah besar panjang so memang tak ada sesiapa yang akan menyepah.. memasing dah tahu syarat2 di rumah ni.. kemas dan bersih itu yang kuutamakan sejak dulu...


bila dah penat mengemas itu dan ini... perut tu lapo ler pulak! padahal baru lepas keluarkan peluh.. agaknya terbakor ler kalori dalam 2gm! kalau dah namanya orang kampung.. nasi jugak yang ku idamkan! :D

bonda kesayangan ada di rumah.. dia teringin nak makan nasi lembik.. ok! mother your came true! :D
ku masakkan nasi lembik...
idea nak memasak belum mari lagi masa tu taw! :D 


Dan Kali ini i masak resipi di dalam buku Resipi i yang pertama..

Sajian Istimewa Shahriah Abdullah Klik Sini

Inilah antara sajian yang sering Bonda hidangkan buat kami sekeluarga masa kami zaman kanak-kanak dulu.. dan sampai laa... anak dah besar panjang.. lauk ini sering i masak... kiranya masakan turun-temurun.. dan i tahu resipi ini semua teman-teman juga dah biasa makan dan masak... cuma kenangan nostalgia zaman lalu.. tetap berbeza... :) dan hari ini i kongsikan kepada semua.. walaupun resipi ini hanya resipi yang biasa-biasa sahaja... ;)


Kacang Bendir Masak Asam Bersama Kacang Panjang...
*Kacang panjang tu i tambahkan dalam kuah tu*

Dulu kalau bonda masak.. kami berebut-rebut makan... sayur yang Arwah Ayah tanam tepi rumah.. segar dan manis bila di kunyah.. hmm.. semua itu hanya tinggal kenangan yang masih tetap utuh i simpan sehingga kini.. dan i kongsikan di dalam Buku Resipi i yang pertama... :)

Dan kini segala kenangan lalu itu.. i hidupkan kembali... Hobi Arwah Ayah suka bercucuk tanam di belakang dan tepi rumah..
dan kini i dan Pak Habibi.. sambung hobi itu.. bercucuk tanam di tepi rumah... sedih bila di ingat-ingat... :(

tak pe.. tak pe.. life must go on... kan kan... :D
think positive.. and everthing arounds you will grow postively... Wallahualam....

macam kebun mini i tepi rumah tu laa... ;)    



Kacang panjang yang sentiasa berbuah lebat.... sentiasa kupetik selang sehari...
hasilnya memang lumayan.. puas dah agihkan kerumah jiran dan saudara-mara...

  

Pokok Kacang bendir lebih 40 pokok sedang lebat berbuah...
Pak Habibi tolong tanam..
anak-anak tolong siram pagi dan petang..
dan i tolong petik dan masak..
yang penting kerjasama << sambil nyanyi :D


Pokok Berbuas...
yang ni tanam kat taman mini depan rumah.. rendang aje sebab sentiasa di cantas..
nak makan aje petik.. buat ulam.. colek dengan sambal belacan... fav i dan bonda...
memang sedap! awet giteewww ;))

Udah ler yer... meh kita masak dulu hasil dari petikan i pagi tadi... :D



Asam Rebus Kacang Bendir



Bahan-Bahannya :

7 batang kacang bendir *i tambah kacang panjang
800 ml air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :

1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 batang cili merah
1 sm belacan
30 gm ikan bilis

Cara Membuat :

Campurkan air asam jawa bersama bahan kisar dan renehkan
Setelah mendidih masukkan kacang bendir dan kacang panjang. 
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sedia di hidangkan!!!

Tarraa!!!

Asam Rebus Kacang Bendir & Kacang Panjang



Slurpppp... Ahhh.... ;)


ikan masin sepat jangan lupa goreng...
lawankan dengan nasi lembik... 
kuah asam rebus...

waduhhhhhhhhhh!!!! duhhh.... duhhhh!!!!


Kerja yang i paling malas... tumbuk sambal belacan :D
Kuatkan semangat.. tak sampai 5 minit dah siap! pemalas ko sha! :))
ulamkan dengan pucuk berbuas muda dan kacang panjang segar yang baru di petik..

WaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaduUuuuuuhhhhhhhhhhhh.. duhhhh... duhhhhh :D


ingat yaa.. tanak nasi tu biar lembik cikit...
Bonda makan bertambah-tambah.. jarang dia makan banyak..
i????
HEPP!! hilang diet i tadi tau! :))




nampak tak tu merah menyala??
yaa.. tu dia buah ceri i  sedang hangat dan lebat berbuah...
jap je lagi i update kat >>> Pokok Ceri

psstt.. tapak tangan i tu... macam tapak tangan gergasi! :))


Sekian dulu... jumpa nanti...

Jaga diri.. jap je lagi i dan anak-anak nak gi swimming!!!!

Assalammualaikum...

TATA!!

Monday, October 8, 2012

Sambal Tumis Udang & Petai Dari Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah


Assalammualaikum... :)

Selamat malam semua :D

Kali ini i memilih salah satu resipi dari Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah :D


Kepada sesiapa sahaja rakan-rakan yang telah mendapatkan Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah i nak ucapkan Jutaan Terima Kasih :)

Boleh di dapati di mana-mana kedai buku berhampiran.. terutama sekali Popular Book Store, MPH, Badan Book Store, Kedai menjual majalah dan pendek kata di RNR hentian lebuh raya Utara & Selatan pun ada :D *sekadar menyebut beberapa nama kedai buku*


Sambal Tumis Udang dan Petai adalah hidangan kesukaan keluarga di rumah. Baik sebelah i atau pun sebelah Pak Habibi... kalau datang ke rumah i.. ada aje petai.. mesti suruh i buat sambal tumis udang petai :D
Ya.. gitewww.. i tak dapat udang tak pe.. petai jangan tak dapat! merajuk sampai ke esok malam you aii.. :))


nampak tak petai yang matanya lebih besar dari mata Nellysha! :D

pemberian dari jiran rumah i sebelah kiri... :) jiran i bagi 8 papan... i hulurkan 4 papan ke rumah sebelah kanan pulak! dengan motto.. Sharing is caring :D (padahal jiran i sebelah kanan ada tepi longkang masa jiran sebelah kiri hulur kat i.. :))


jantung pisang... 
Pak Habibi bersihkan pokok pisang, so dia potonglah jantung pisang tu.. adalah dalam 4 tongkol.. so i masakkan dalam 2 tongkol! ada lagi 2 nanti nak cuba buatkan urap..


petikkan pulak daun selasih dan bayam gajah tepi rumah tu... waduuhhhhh... ;)
tetiba hidung terasa mancung aje *belalai gajah!* ;)


Bening jantung pisang bersama daun bayam gajah..

lawankan pulak dengan....


anak ikan cermin goreng garing.. lawankan dengan sambal tumis udang petai..

apa komen???

mau tak pengsan! sedap ngko aii... bersilang tangan tengahari tadi i makan dengan Bonda..
sambil makan tu mulalah kami berdua dok bercerita kisah dulu-dulu... inilah lauk yang bonda sering masakkan untuk kami masa zaman kekanak dulu.. :)
tu yang update blogs malam ni... siang tadi kekenyangan.. tersandor kami berdua celah sofa sambil menonton rancangan masak-memasak :))

Sambal Tumis Udang & Petai

Sumber : Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah


BAHAN-BAHANNYA :

400gm udang *cuci bersih
150gm petai *belah dua
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
50ml air asam jawa
1 biji bawang besar *potong bulat

BAHAN KISAR :

4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1sm halia
1sm belacan
15gm cili kering

CARA :

Goreng udang dan petai sehingga bertukar warna. Ketepikan.
Tumis bahan kisar sehingga garing.
Masukkan air asam jawa dan biarkan sekejap.
Masukkan udang, bawang besar dan petai. 
Perasakan garam dan gula secukup rasa.
Sedia dihidangkan!

TARRAA!!!

Sambal Tumis Udang & Petai


Simple dan enak..
Udang dan petai tak dapat di pisahkan..
lawankan dengan nasi panas-panas..
sambil makan tu kan kan..
mulut tak bercakap..
apa taknya.. suap.. suap.. suap..
lepas makan.. menguap :))

Mulakan dengan Bismillah..
Akhiri dengan Alhamdulillah..
Berhenti sebelum kenyang.. 

Sekian sahaja..

Assalammualaikum..

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ