Assalammualaikum... apa khabar semua? sihat tak? Syukur Alhamdulillah.. i aje yang tak sihat ni hah... :) Demam selsema, batuk boleh tahan jugak bunyi bila i terbersin! :))
Hari ni anak-anak semuanya pulang lewat masing-masing ada aktiviti di sekolah. So malam tadi i dah rasa badan lain macam, terus ler berbual dengan Abang Aemir hero no 2 i yang very the LOW____ profile tak suka gambarnya di war workan dalam FB dan blogs emaknya ni hah! dengan alasan! "Tak suka!" bagus betul! :)) :D
"Aemir, Momma masak simple ajelah esok ya, sebab lauk kari ikan kerapu tu masih ada lagi.. so Momma masak nasi ajelah yaa.. bolehkan?" << tidak menanya yang lain sebab yang lain di rumah ni tak berapa kisah sangat... baguskan... :D
"Lagi pun suara Momma dah serak aje ni.. tak larat nak masak." << alasan si emak padahal nak berehat dan belengkau atas sofa, sambil menonton rancangan memasak giteww :))
Untuk resipi KARI IKAN KERAPU KLIK SINI
"Momma masak roti jalalah! simple aje tu kan.. Aemir boleh makan 10 keping!"
Mak aii!!!! :/ dah di kata kita tak ada mood nak memasak.. giteww pulak permintaannya tu kan! hadehhh :))
so demi memenuhi permintaan Abang Aemir, tujun jugaklah tadi ke dapur setelah lama jugak berlengkau atas sofa! :D
Semua orang dah tahu membuat roti jala. Nampak mudah cuma agak leceh sedikit nak menjalanya tu.
Tapikan jika adunan batter tu kena dengan teksturnya,
kawalan api yang sempurna,
dan acuan yang digunakan juga okey,
sewaktu menjala skill tu mesti ada,
Maka Insyallah moleklah jadinya... tak giteeww ;)
ROTI JALA
BAHAN-BAHANNYA :
400 gm tepung gandum
1/4 sudu kecil garam *secukup rasa
100 ml santan pekat + 350 air
2 biji telur
sedikit pewarna kuning
sedikit minyak
acuan roti jala
kuali non stick
CARA :
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan pukul atau bancuh sehingga sebati dan tidak berketul dengan menggunakan whisker atau pun handmixer. *i guna whisker*
Lengserkan sedikit minyak di atas kuali non-stick dan masukkan sedikit adunan ke dalam acuan roti jala.
Jala mengikut cara anda :))
angkat dan lipat/gulung.
sedia di hidangkan bersama kuah kari, serawa durian, jem atau apa sahaja yang anda semua impikan :D
TARRAAA!!!
ROTI JALA
Teksturnya amatlah lembut sangat... ;)
masuk aje dalam mulut terus lenyap!
kiranya macam.. 'melt in your mouth' ya giteewww ;)
Lawankan pulak dengan kuah kari ikan kerapu semalam tu...
dahlah semakin pekat dan mesra kuahnya...
waduhhh... nyamannn bahhh.. ya gitewww :D
Jangan lupa... hantarkan sikit rumah jiran tu.. :))
kalau buat terlebihlah.. :D
Tu diaa... apa pulak tewww???
Sesiapa yang pernah tengok i beraksi di gelanggang Dapur MasterChef dulu tu.. hah! hidangan ini i pernah masak dan rekaan terbaru kononnya.. sehinggakan berjaya membuatkan Chef Joe, Chef Zubir, Chef Ridz dan sekutu dengannya... terus mencolek dan mencolek.. tapi masa tu tak tunjuk depan camera.. kiranya off camera... :))
TungGuuuu.... ;) bagi i rest atas sofa tu dulu yaa.. memang tak sihat betul ni! kuatkan semangat aje ni nak masukkan N3..
Tq so much.. kengkawan.. yang mana meninggalkan jejak tu terima kasih.. nanti bila free i akan jejaki you all.. walaupun lambat mesti singgah kat rumah you all punyalah!!
Untuk resipi di atas tu.. ROTI JALA PANDAN VS CARAMELIZED DURIAN RESIPI DARI DAPUR MASTERCHEF MALAYSIA
TATA!!