ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, December 28, 2010

JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS RANGUP

JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS RANGUP
 JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS RANGUP
KrupppPPP... KRapPPPP.... bunyi apa tu Shasha??? Bunyi jemput-jemput ikan bilis rangup ler heheee....saje nak you all bayangkan ekkk.. I memang noty! Okay lah.. semua orang tahu macam mana rupa jemput-jemput ikan bilis... sape lahir kat Malaysia mesti dah biasa makan jejemput ikan bilis, cuma kekadang namanya aje lain... cekodok ler apa ler.. so petang tadi.. cuaca lembap aje ekk.. ala-ala tak ada mentari gitu ke cat umah ko yang gelap sha? agaknya ler tu hehee... so buat ler I jemput-jemput ikan bilis rangup kesukaan gengz-gengz I di rumah tu ekk... Bila I goreng aje dia orang terus serbu! memang cenggitu selalu pun! nama aje semua orang tahu, rasa pun semua orang tahu, tapikan sesiapa makan jejemput Ikan bilis i tu kan.. mesti akan datang dan datang lagi request jejemput ikan bilis tau! walaupun I tak jemput hahaha... okaylah nak tahu apa rahsianya??
jom salin resipe!!!
 
  1. 2 biji bawang merah ( bubuh banyak-banyak lagi sedap!) ~ hiris
  2. 2 batang lada merah ~ belah dua dan potong kecil-kecil
  3. 2 genggam ikan bilis~ buang perut+belah dua dan cuci bersih toskan
  4. 3 batang daun sadri ~ potong kasar (jika suka, hubby I tak suka, tapi I suka, so hari ini I bubuh jugak! tanda protes!)
  5. 1/2 kg tepung gandum + baking powder+soda bicarbonate dalam satu sudu kecil (ayak bersama tepung) tak nak ayak pun tak apa ko cepuh aje semua. Gerenti jadi punya!
  6. Air paip secukupnya
  7. garam secukup rasa
campurkan kesemua bahan-bahan tadi oke!
 campurkan dengan air
jadikan batter macam gambar di atas tu.. tak terlalu cair dan tidak terlalu pekat
sesuaikan rasa
 goreng ikut bentuk yang anda suka. kalau suka empat segi buat ler.. janji rasanya macam rasa Jemput-Jemput Ikan Bilis Rangup I tu ekk... angkat bila dah garing atau kekuningan. Toskan... kemudian susun macam gambar di bawah tu.. hari ini i rajin so tunjukkan sekali cemana nak susun jejemput I tu ekkk... haahha
 TENGGGG!!!!!!!!!!!! TARRRRAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
DAH SIAP BEDAH!!! LIMAH DAN MANJA!!!!
JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS RANGUP
SELAMAT MENCUBA!!!!
TATA!!!!

Shahriah Abdullah Novelis

SUP LABU AIR & TEMPEH

 
SUP LABU AIR & TEMPEH
Semalam pergi ler shopping groceries... peti beku dan tak beku dah kering.. jalan-JALAN dan tinjau-tinjau... mencari ler sayur dan bahan-bahan kering yang dah kering tuu...suka benor bercerita ekk.. bukannya orang nak baca cerita ko shasha, orang nak salin resipe! Pastukan... tengah pilih-pilih sayur tu.. tetiba.. jeng! jeng! jeng! ingatanku terus ler terigatkan kenangan bulan lalu semasa bercuti di Cameron Highlands... Yer.. sayur Labu Air Gergasi! tu dia...

 Hah! terkejut ko Bedah! Labu Air gergasi yang terjuntai di celah my buah hati yang tiga orang tu cuma ada di Cameron Highlands oke! punyalah besor.. tapi di Tesco... alahai.. kemetot aje you! Jangan tenung lama-lama buah hati I tu... Tu dia.. apa lagi terus ler beli sebiji Sayur Labu Air kemetot... dan mula ler memasak tengahari tadi... rasanya??? aduhai nyaman.. gituh! SLURPPPPP!!! enak bah! tambah pulak ada sohoon dan tempeh perghhh.. memang sedap makan dengan nasi panas-panas! kalau dah keturunan jawa tu jawa jugak ko shasha... Tu kan lauk orang Malaysia hahaha!!!
JOM SALIN RESIPE!!
  1.  1/2 BIJI LABU AIR, KUPAS KULIT DAN POTONG SERONG
  1.  1/2 BIJI BAWANG MERAH ~ HIRIS NIPIS
  2. 3 ULAS BAWANG PUTIH ~ HIRIS NIPIS
  3. 1 BATANG LADA MERAH ~ POTONG SERONG
  4. 1 BIJI KIUB IKAN BILIS
  5. 2 KEPING TEMPEH ~ POTONG KECIL
  6. SOHOON 1 IKAT KECIL ~ RENDAM DAN TOSKAN
CARA MEMASAK:
  1.  PANASKAN KUALI DENGAN SEDIKIT MINYAK
  2. TUMISKAN SEMUA BAHAN TERMASUK TEMPEH
  3. TUMIS SEHINGGA NAIK BAU DAN TEMPEH GARING SEDIKIT
  4. MASUKKAN AIR
  5. MASUKKAN KIUB IKAN BILIS DAN DIDIHKAN SEBENTAR
  1.  APABILA KUAH MENDIDIH MASUKKAN LABU AIR DAN SOHOON
  2. SESUAIKAN RASA DAN HIDANGKAN!
 TENGGGG!!!! TARRAAAAA!!!!
DAH SIAP BEDAH! SUP LABU AIR DAN TEMPEH!
MEMANG ENAK DAN SEDAP.. HIRUP KUAHNYA PERGHHH.. MEMANG SYOK!
 SELAMAT MENCUBA! 
TATA!!!!
Shahriah Abdullah Novelis

TELUR GORENG BERSAMBAL




 TELUR GORENG BERSAMBAL
MULA-mula tadi nak bubuh nama resipe ni... Telur curah sambal! nampak ganaskan nama tu. sO i bubuh ler nama resipe telur yang termudah di dunia tu dengan mana Telur goreng bersambal...
JOM SALIN RESIPE!!
  TELUR GORENG BERSAMBAL
  1.  Beberapa biji telur.... ikut suka I guna 6 biji telur oke
  2. Cili kering ~ 15 batang
  3. 1/2 biji bawang besar
  4. 3 ulas bawang putih
  5. sedikit belacan
  6. Sedikit bawang hiris (kalau suka)

  1.  Kisar kesemua bahan tadi. Kecuali telur oke
 
  1.  Panaskan minyak dan gorengkan telur satu-persatu.
  2. Goreng dan ketepikan

Cara memasak Sambal:
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar tadi sehingga garing.
  2. Bila sambal dah garing, masukkan bawang hiris
  3. Sesuaikan rasa. Angkat dan hidangkan!
Curahkan sambal di atas telur yang telah di goreng. Hiaskan dengan daun sadri. hidangkan!
TENGGGGGGG!!!!!!!!!!!! TARRRRAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!
 
TERAMAT LER MUDAH! TELUR GORENG BERSAMBAL! SIMBAH SAMBAL DI ATAS TELUR TU TAU!!! SELAMAT MENCUBA!
TATA!!!!
Shahriah Abdullah Novelis

IKAN KEMBUNG BATU & TEMPEH GORENG GARING

  IKAN KEMBUNG BATU &TEMPEH GORENG GARING
 IKAN KEMBUNG BATU &TEMPEH GORENG GARING
Aikk... Sha??? dah tak ada resipe ke nak share??? Ada ler tuu... dah tu Ikan Kembung Batu & Tempeh Goreng garing tu bukan resipe?? memang tau!  Di pendekkan cerita hari ini, cerita pasal ikan goreng ler ni... tempeh tu tumpang interframe aje tu. Okay selalunya dan kebiasaannya kita goreng ikan, just bubuh kunyit serbuk atau rempah segera untuk goreng ikan. So hari ini I nak ler share resipe Ikan Kembung Batu tak keras pun macam batu??? nape namanya gitu ekk? Resipe ni simple dan cukup mudah aje ekk... bedah! Bedah tu jiran sebelah rumah I oke.. comel orangnya, rabun matanya hehehe... macam I. Okaylah malas nak cerita panjang lagi, resipe punyalah mudah, celoteh kemain lagi panjang lebar.
JOM SALIN RESIPE! 
IKAN KEMBUNG BATU &TEMPEH GORENG GARING 
  1.  IKAN KEMBUNG BATU YANG TAK KERAS MACAM BATU. 
  2. SEMESTINYA SEGAR DAN SIANG, CUCI BERSIH DAN TOSKAN

  1. KETUMBAR 1 SUDU BESAR (IKUT BERAPA BANYAK IKAN DI GUNAKAN)
  2. 3 ULAS BAWANG PUTIH (JIKA SUKA BOLEH TAMBAH)
  3. 1 SUDU BESAR SERBUK KUNYIT / KUNYIT HIDUP LAGI SEDAP
 
  1. TUMBUK LUMAT KESEMUA BAHAN
  2. AKHIR SEKALI BARU MASUKKAN SERBUK KUNYIT
  3. TAMBAHKAN SEDIKIT AIR JIKA TERLALU KESAT/PEKAT

  1.  LUMURKAN BAHAN YANG DI TUMBUK TADI PADA IKAN
  2. PERAPKAN DALAM 10MIN

  1.  PANASKAN MINYAK
  2. GORENGKAN IKAN YANG TELAH DI PERAP TADI SEHINGGA GARING
 TEMPEH GORENG PULAK!

  1.  BAKI REMPAH PERAP IKAN TADI TU, LUMURKAN PULA PADA TEMPEH
  2. SELEPAS GORENG IKAN, GORENGKAN PULA TEMPEH TU OKE! KAN KE JIMAT MASA DAN BELANJA!
TENGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!! TARRRAAAAAAAAAAAAA

TU DIA... DALAM SEKELIP MATA! IKAN KEMBUNG BATU DAN TEMPEH GORENG DAH SIAP!!! TINGGAL DI NGAP! SELAMAT MENCUBA EKK...
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ