Assalammualaikum.. selamat petang semua.. yaa ini adalah menu yang i buat beberapa hari lalu.. baru hari ini berkesempatan ku kongsikan kepada semua teman :)
Sibuk dan sibuk itu pasallah lambat nak masukkan N3, dalam sibuk tu ehhh.. banyak juga hidangan pencuci mulut yang i sediakan.. nantilah yaa.. bila ada kelapangan semestinya akak ku kongsikan kepada semua... walaupun semuanya resipi biasa-biasa sahaja.. ;)
Choc Cup Cakes Paling Mudah!
Berita Gembira.. :)
Waahh... di mana yang mudah dan di mana yang gembiranya tu??
meh nak story kat you all lah ni.. sila betulkan tempat duduk anda.. panjang nak berkisah ni :))
macehh... tu lah yang i sayang sangat kat you all.. :)
Kepada semua sahabat yang sentiasa follow blogs masakan i ni semestinya dah muak dok baca N3 i kisah Abang Amin di PLKN sana tu :))
Okay Abang Amin dah kembali semula ke kem PLKN,
tetapi baru-baru ini yakni pada hari Jumaat yang lepas Kami sekeluarga datang menjemput Abang Amin..
untuk pulang sementara, dapat cuti 3 hari.. ahad 10hb June dah kena kembali semula ke Kem PLKN.
dan i cuma dapat bertemu dengan Abang Amin kurang dari 4 jam! sebab i bertugas outstation huaaaaa :( :(
demi tugas nak buat macam mana.. so berpisahlah kami..
Pak Habibi dan Abang Amin dan Abang Aemir terus pulang ke rumah... kerana ada urusan yang sama pentingnya.. tu later i story mory kat you all dan tinggallah i dan.. dan...
dak kerempeng ler siapa lagi.. dia ler yang teman i duk di hotel tuu.. tidur kami berdua.. merengek nak mandi swimming pool! situ mana ada! so berendam dia kat dalam bathtub! muahahaa :))
janji berendam kan.. ;) hadoiii memang taw!
Hari Sabtu malam Pak Habibi jemput i di hotel. So pulanglah i kepangkuan keluarga tersayang ceh giteww :))
sampai rumah i, dah tengah malam, esok Abang Amin dah nak balik semula ke kem PLKN. hmm... tak sempat lagi nak berbual panjang.... :(
Dalam penat yang tak hilang lagi tu.. kuatkan semangat so i bancuh 2 adunan Choc cup cakes yang termudah di dunia! ya giteww :))
untuk Abang Amin bekal ke Kem PLKN untuk dia dan kengkawannya yang lain tu.. :)
*resipi di bawah untuk 1 adunan*
CHOC CUP CAKES PALING MUDAH!
BAHAN-BAHANNYA :
1 cawan minyak canola oil
1 cawan brown sugar
1/2 sudu kecil garam
1 sudu teh vanilla
1 cawan susu segar
2 sudu besar susu pekat manis
3 biji telur
*BAHAN AYAK*
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 cubit soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko *van hauten*
CARA :
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan putarkan dengan mixer dengan kelajuan maxsimum selama 10 minit.
Atau sehingga adunan gebu dan sebati, gula hancur.
Masukkan ke dalam acuan cup cakes.
Panaskan ketuhar dengan suhu 170'C selama 15 minit.
Masukkan cup cakes dan bakar selama 20 minit.
Angkat dan sejukkan terlebih dahulu!!
TARRAA!!!
CHOC CUP CAKES PALING MUDAH!
Syukur Alhamdulillah.. banyak juga dapatnya tu... dalam penat tak cukup masa, sempat jugak BW malam tu taw! sementara nak tunggu choc cup cakes i tu masak.. ;)
gambar di atas tu i topping dengan whipping cream bagi nampak berseri sikit... :))
Untuk Abang Amin.. gondol aje macam tu...
kang buh topping cairlah pulak yer tak! buh choc ganache kang dah tak boleh nak di timpa macam tu :))
jadi giteww ajelah botak macam rekrut PLKN jugak! :))
Dalam tupperware besar tu untuk kengkawan Abang Amin kat dorm.. yang berbungkus keler merah tu untuk Abang Amin makan sesorang bila lapor tengah malam! :))
masa hantar tu suka kawan2 Abang Amin...
"Tq so much Auntie!" << tang Auntie tu yang senyum meleret mujur pakai spek hitam! :))
selesai satu perkara :)
lega sangat rasa sebab dapat jugak Abang Amin merasa air tangan emaknya yang sibuk ni kan.. sorry ya Abang Amin.. tak dapat Momma Masakkan lauk fav Abang Amin dan Baklava yang Abang Amin request tu.. tak sempat.. tak pe.. tak pe.. minggu depan momma buatkan ehhh.. << bukan dia baca pun apa yang kutulis! muahahahahaa :))
you all jugakk yang baca.. macehh :) tu yang i sayang sangat kat you all taw ;)
Okay berita gembira yang i nak share kat you all semua... :)
Syukur Alhamdulillah.. kepulangan Abang Amin selama 3 hari tu bersebab sebenarnya...
Abang Amin telah menghadiri satu temuduga... :)
walaupun telah terlepas beberapa temuduga kerana tak sempat nak jemput dia sepanjang berada di PLKN sana tu...
so setelah Abang Amin di temuduga..
Syukur Alhamdulillah...
Syukur Alhamdulillah...
Syukur Alhamdulillah...
Syukur Alhamdulillah...
Terima kasih YA! ALLAH!
kerana telah makbulkan doa dari seorang ibu... :)
Abang Amin berjaya di terima masuk ke Kolej *nama kolej terpaksa di rahsiakan demi kesejahteraan bersama* :)
Memang ini yang Abang Amin impikan sejak dulu lagi..
DIPLOMA DI DALAM BIDANG MULTIMEDIA
& SENI VISUAL
sebagai seorang ibu, begitu juga dengan Pak Habibi sebagai Ayah...
kami tidak pernah memaksa anak-anak.. apa yang mereka impi dan cita-citakan itu yang kami sokong..
Bukan mudah nak dapat Kursus sebab beribu yang memohon...
memang rezeki Abang Amin... Syukur Alhamdulillah..
pesan i ringkas aje pada Abang Amin.. sama pesanan i selama membesarkan dia dan adik-adiknya yang lain tu..
"Belajar sehingga berjaya, tumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran, hal lain jangan fikir... itu sahaja tanggungjawab yang perlu Amin lakukan, selebihnya serah kat Momma dan Papa..."
sepatutnya Abang Amin dah kena melapor.. pada 21 hb june akan datang ni....
kami minta tunda... sehingga pertengahan bulan Julai.. sebab apa tau... sebab...
Abang Amin nak selesaikan dulu PLKN baru dia nak masuk ke kolej!
boleh giteww?? dah itu permintaannya... kita sebagai orang tua.. ikutkan sebab semua tu perkara baik kan :)
lepas hantar dia balik tu.. sepanjang perjalanan tu kengkawan Abang Amin di PLKN semuanya dok call!
"Shah, ko jangan tak balik kem semula tau!"
"Shah! jangan lupa bawak makanan kita kekah ramai-ramai malam ni kat dorm!"
"Shah! ko jangan sambung belajar dulu tau! kita habiskan PLKN sama-sama."
ya itu yang kengkawan Abang Amin cakap di HP sepanjang perjalanan kami ke PLKN...
sedihnya hati yang mendengar tiap panggilan kawan2 Abang Amin...
Abang Amin lagilah sedih..
setiap permulaan pasti ada akhirannya...
setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan....
jawablah lepas ni Abang Amin!
Akan masuk dunia baru lepas ni ya... :)
Good Luck Abang Amin!
All The best!!
Semalam sebelum Abang Amin pulang HP pada Cikgu dia.. sempat dia called i...
"Momma kawan2 Amin cakap tq so much! semua cakap kek sedap!"
"Most welcome cayangg.. dah habis ke kek tu?" << emak bertanya dengan senyuman penuh kelegaan..
"Belum! malam nanti baru Aqiqah!"
Hah! kisahnya.. hahahhaha :)) sanggup tunggu malam tiba.. ye lah agaknya masa tu aje yang free dia orang semua boleh Aqiqah yer tak.. :)) kalau i dah sapan jam tu gak! :))
*Aqiqah* perkataan keroyok reramai kat dorm kata Abang Amin hahhaa.. gasak ler nak aii.. janji korang bahagia.. ya giteeww ;)
Props yang i gunakan! :))
Terima kasih kawan-kawan kerana sudi membaca cerita gembira i yaa.. hanya TUHAN sahaja yang dapat membalasnya..cayang kat you all semua.. muahhzzz
jaga diri, senyum selalu...
Assalammualaikum.. << tak jawab dose :))
TATA!!