ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, February 8, 2011

TAUHU GORENG HARTA KARUN

 
TAUHU GORENG HARTA KARUN

Wah! Cewah! Cewah! nama aje dah gempak! tahukah anda nak membikinnya jugak gempak! resipe bukan sebarangan resipe oke! resipe berasal dari Surabaya! My Neng Naya yang punya resipe... dah lama dah dia dok ler cakap nak membikin, namun tak ku endahkan, bukannya stok tauhu tak ada, stok tauhu sentiasa ada dalam peti beku tu oke. Akhirnya bila dah jemu telinga ni asyik mendengor aje My Neng Naya tu dah macam langau aje kat tepi telinga i ni ekk.. cenggini dia kalau cakap ekk.. "Yuk Buk... buat tauhu isi! tauhu isi! tauhu isi! tauhu isi! tauhu isi!" perghh..kalau langau! hehe... patutlah dianya berisi jer ekk, rupanya selalu makan tauhu isi! hehe.. itu nama asalnya ler eekk.. now ni bila i yang bikin, terus jadi nama lain oke! lecehhhhh!!! nak membikinnya.. nyesal pun ada jugak! ahaa.. tapi hasilnya i tell you! memang superb!

JOM!! SALIN RESIPE!!
TAUHU GORENG HARTA KARUN
 Bahan-bahan untuk intinya :
  • 1 cekak mee hoon ~ rendam dan toskan
  • **bahan di bawah sila tumbuk ~
  • *1 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1 sudu lada putih
  • *Tumbuk sehingga lumat
Sayur untuk inti :
  • 1 batang karot ~ hiris
  • 3 kelopak kobis ~ hiris
  • 2 batang daun bawang ~ hiris
  • 1 genggam taugeh
  • 1 batang lada merah ~ hiris
  • 1 batang daun sadri
Cara memasak inti :
  • Panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk sehingga naik bau
  • masukkan mee hoon dan sayur-sayuran
  • kacau sehingga mee hoon lembut dan sesuaikan rasa angkat dan ketepikan (sejukkan)
Bahan Untuk Tahu/Kulit :
  • 7 keping tahu ~ goreng terlebih dahulu dan korek isi di dalamnya (isi tauhu simpan untuk masakan lain)
  • 8 sudu besar tepung gandum
  • *1 sudu besar ketumbar
  • *2 ulas bawang putih
  • *Bahan bertanda sila tumbuk lumat
  • kemudian campurkan tepung dan *bahan yang di tumbuk lumat. sedikit garam
  • sumbatkan tauhu yang telah di goreng dan di keluarkan isinya dengan inti mee hoon yang telah sejuk di goreng tadi. sumbat sehingga padat. lakukan sehingga habis
Cara Untuk menggoreng :
  • Panaskan minyak penuh
  • celupkan tauhu yang telah di isi dengan harta karun ke dalam tepung dan goreng sehingga keperangan atau garing
  • angkat dan toskan
  • hidangkan bersama sos cili atau sambal kacang!
TENGG!! TARRAAA!!!!
TAUHU GORENG HARTA KARUN
TAUHU GORENG HARTA KARUN
 TAUHU GORENG HARTA KARUN 
 Aduhaii... amacam?? (suara lemah aje..) sama naik lecehnya menaip dan memasak TAUHU GORENG HARTA KARUN tu oke! kalau you all ada appointment... uruskan ler appointment tu dulu ekk.. memang leceh! i tell you! tapi.. sedap YouUUU.. yer ler.. yang masuk dalam mulot tu harta karun ler katakan!
heehhe... selamat mencuba!!!
TATA!!
P/S ~ Kalau ada yang tertinggal atau macam lintang pukang tu harap maaf ler yer.. memang susah i nak terangkan gi mana cara nak membuatnya.. susah tak ler susah cuma leceh sikit jerk! hehee..

Shahriah Abdullah Novelis

AGAR-AGAR JAGUNG BERKUAH KASTARD

AGAR-AGAR JAGUNG BERKUAH KASTARD

Wah! Wah! cewahh.. cewahh!
petang tadi tak de kerja nak buat, sedang terkulat-kulat tu hehee.. tekak ni teringin ler pulak nak makan Puding jagung! menuju ler ke dapur! ehh! ehh! terjatuh pulak peket agar-agar berdepik! terus ler buat Agar-agar jagung berkuah kastard dengan motto 'AGAR TEKAKku terasa lega..' cewahh! terus ler membikin... yek ele.. mudah ler sesangat ekk... kalau sesiapa yang baca N3 resipe i kali ni.. ini ler peluang you all nak cuba-cuba membuat juadah minum petang ekk.. macam mana punya campak pun memang akan jadi agar-agar! pastu bila ko sudu ke molut cenggini bunyinya... 'SLURRPPP..' bunyi apa tu?? bunyi i hirup kuah kastard ler... hehhe..

JOM!! SALIN RESIPE!!
AGAR-AGAR JAGUNG BERKUAH KASTARD
 Bahan-bahan :
  • 1 peket agar-agar kering
  • 1100ml air 
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 sudu teh pewarna kuning
  • 1/2 tin jagung kasar/cream
  • 5 sudu besar kismis untuk tabur
  • 2 biji ceri merah untuk hiasan

Untuk Kuah kastard :
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji kuning telur sahaja
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 gelas air
  • 5 sudu besar gula pasir
  • sedikit garam
  • **CARA MEMBUAT KUAH KASTARD ~ campurkan kesemua bahan-bahan sehingga rata dan tapiskan. tenggekkan di atas api dan kacau sehingga meruap. sesuaikan rasa dan sejukkan terlebih dahulu!
Cara Memasak Agar-agar :
  • campurkan air dan agar-agar ke dalam periuk dan masak sehingga agar-agar hancur
  • masukkan gula pasir dan kacau lagi sehingga gula larut
  • masukkan susu cair dan sedikit pewarna kuning
  • angkat dan tapiskan
  • isi jagung ke dalam acuan dan tuangkan adunan agar-agar sehingga habis
  • biarkan set/beku
  • kemudian hidangkan bersama kuah kastard dan taburkan kismis dan juga ceri!
TENGG!!! TARRAA!!!
AGAR-AGAR JAGUNG BERKUAH KASTARD
AGAR-AGAR JAGUNG BERKUAH KASTARD
AGAR-AGAR JAGUNG BERKUAH KASTARD 
 YUMMY!! yummyy!!!
 Amacam? mudah ajekan.. nak buat puding ni jangan risau-risau gerenti menjadi punya! yang penting sukatan air tu kena betul.. terkeras sikit tak per... kalau cair cammana shasha???
Uishh.. dah gerahu bertanya ler pulak yerkk.. kalau cair ko jadikan aje ler bubur yerkk.. alang-alang dah tak boleh di cetak! hahaa!!!
selamat mencuba!!
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

KEK MARBLE TIGA RASA

 
KEK MARBLE 3 RASA 

Ewahh... ewah.. cepat aje kali ni i masukkan resipe minum petang ekk.. cenggini ceritanya... nak mengadu ler ni ekk.. ekk.. Bonda tersayang yang request nakkan sekeping kek marble untuk dia bawa kerumah kawan lamanya yang ada buat kenduri... so i bakarlah kek marble tu malam tadi... kenapa ekk?? orang dulu-dulu suka kek marble??? agaknya kek ni mudah dan enak, lemak aje rasanya ekk.. i pun buat ler dua buku.. satu untuk kawan bonda dan seking untuk i kunyah di petang hari bersama kopi O! wah dan juga tak lupa untuk you all yang setia menjengah ke blogs kesayangan i ni ek.. sayang anda juga! psst.. buat kek marble ni ada macam-macam resipe.. so i share yang simple idak tetapi rasanya cukup luar biasa You... macam ikan siakap 3 rasa gituh! mengader ler tu hehe..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
KEK MARBLE 3 RASA

 Bahan-bahannya :
  • 4 biji telur ayam
  • 250gm mentega (unsalted butter)
  • 280gm gula kastor
  • 100ml susu cair
  • sedikit garam (secubit)
  • 1 sudu kecil ovellete
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 300gm tepung + 1 sudu teh baking powder + 1/2 sudu soda bicarbonat (ayak bersama)
  • 1 sudu perisa strawberry + 1 sudu teh pewarna pink
  • 1 sudu besar serbuk koko ~ bancuh dengan 4 sudu air
  • 1 biji oren ~ parut kulitnya
  • 1 sudu teh perisa oren + parut kulitnya
  • 1 biji loyang yang telah di alas bawahnya dengan kertas minyak dan sedikit mentega
Cara menyediakannya :
  • Putar mentega dan gula sehingga kembang
  • masukkan telur sebiji demi sebiji putar sehingga kembang
  • masukkan ovellete dan putar lagi.
  • masukkan susu cair dan secubit garam, vanilla dan putar lagi
  • masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis dan kacau rata
  • bahagiakan kepada 3 bahagian ~ perasa oren ~ perisa strawberry ~ perisa koko
  • masukkan adunan berselang seli sehingga habis
  • bakar di dalam ketuhar suhu 150'C selama 50~60 minit
  • setelah masak sejukkan terlebih dahulu
  • potong dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
KEK MARBLE 3 RASA
KEK MARBLE 3 RASA
KEK MARBLE 3 RASA 
 Psttt... mudah aje kan! mula-mula tu memang ler segalanya macam tak kena.. buat tiap hari! lama-lama terrorlah tu! hehee..:):)
 selamat mencuba kawan-kawan!!
TATA!!


Shahriah Abdullah Novelis

GULAI KELADI BERSAMA SIPUT SEDUT

 
GULAI KELADI BERSAMA SIPUT SEDUT
Wah! terus ler mulot tu termuncung-muncung ke depan tu ekk.. bukan selalu masak lauk gulai keladi bersama siput sedut ni tau.. kebetulan semalam ke Pasar Malam.. belilah barang sekilo.. tu yang masakkan bersama keladi... memang syiok! selalunya makan di luar sahaja... kali ni terajin ler pulak! hehe... sebab siput tu.. my neng naya yang potong belakang kulit siput tu ek.. tang bila siput tu merayap tu yang tak sanggup yOu!! tapi bila dah digulai.. amboihhh.. penuh kulit siput tepi pinggan i You hehe...
JOM!! SALIN RESIPE!!!
GULAI KELADI BERSAMA SIPUR SEDUT
 Bahan-bahan di kisar halus :
  • 15 batang cili kering
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
Bahan-bahan lain :
  • 1 kilo siput sedut ~ cuci sebersihnya dari lumpur dan kerat hujung kulit siput. cuci bersih dan ketepikan
  • 5 batang daun kesum
  • 1 peket batang keladi ~ panaskan air sehingga mendidih baru celur batang keladi, setelah layu, angkat dan toskan
  • 3 keping asam gelugor
  • gula dan garam
  • 4 gelas air
Cara Memasak :
  • Masukkan siput ke dalam periuk
  • masukkan bahan-bahan yang telah di kisar halus
  • masukkan 4 gelas air
  • masukkan asam gelugor
  • dan didihkan
  • setelah mendidih masukkan sayur keladi yang telah di celur dan daun kesum
  • didihkan sehingga kuah agak pekat sedikit
  • sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
GULAI KELADI BERSAMA SIPUT SEDUT
GULAI KELADI BERSAMA SIPUT SEDUT
GULAI KELADI BERSAMA SIPUT SEDUT 
 Psstt.. mudah aje kan?? yang leceh tu nak menyiang siput tu! boleh merayap satu rumah!
yewwww.. tapi sedap di sedut selepas di gulai oke!
slurRRrrPPPPPPPPPppppppppppppp..... Yummy!!
 hidangan tengahari 8 FEBRUARI 2011
selamat mencuba!!
TATA!!


Shahriah Abdullah Novelis

ROJAK BUAH

ROJAK BUAH
Sebut aje rojak buah.. terus meleleh aje ekk.. nak.. nak kunyah depan tangga wah! ajak pulak jiran tetangga! aje memang! Cuaca panas hari ini... dah tak tahu nak masak apa.. masak sayur dah tak laku.. ku rojakkan aje buah-buah yang ada dalam peti beku tu ekk.. menci tau sebut beku! Wah! sesiapa yang tengah berdiet ni memang bagus ni ekk.. ratah camtu aje... tak payah makan nasi! cukup bulan.. dah boleh di pakai kebaya 10 tahun yang lalu! ahakz!
JOM!! SALIN RESIPE!!
ROJAK BUAH
 Bahan-bahan di kisar :
  • 8 batang cili padi (kalau suka pedas tambah lagi cili)
  • 4 sudu besar petis udang
  • 2 inci gula melaka
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 100ml kicap masin
  • 1 cawan kacang yang telah di goreng terlebih dahulu
  • 1 sudu besar air asam jawa
Cara menyediakan kuah rojak petis :
  • campurkan kesemua bahan di atas
  • kisar sehingga hancur
  • sesuaikan rasa dan hidangkan
Buah-buahan : (ikut suka)
  • 1/2 biji nenas ~ hiris
  • 1 biji buah lai ~ hiris
  • 1 biji sengkuang ~ hiris
  • 1 biji jambu batu ~ hiris
  • 1 biji epal merah ~ hiris
  • 3 biji jambu air ~ hiris
  • dan lain-lain buah yang anda suka
  • susun buah-buahan
  • taburkan kuah petis di atas buah dan taburkan dengan sedikit kacang kisar
  • hidangkan!
TENGG!!! TARRRAA!!!
ROJAK BUAH
ROJAK BUAH
ROJAK BUAH
 Amacam? mudah bebenau aje tu kan???
selamat mencuba kawan-kawan!
menu hidangan 8 FEBRUARI 2011
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ