Assalammualaikum.... :)
Selamat bersantai hujung minggu bersama keluarga dan teman tersayang... :D
Sarapan apa pagi tadi? Masak apa tengahari nanti? ;)
i awal-awal pagi dah tanak nasi lemak..
dah lama tak masak nasi lemak bungkus daun pisang dan surat khabar lama :D
Masak nasi lemak 3 pot sahaja... cukuplah yang ada di rumah ni pun cuma 4 orang aje.. tu pun tak habis.. kiranya masak untuk tengahari ler ni..
sebab petang dah nak menjengkit ke suatu destinasi :D
Tu dia.. nampak tak kacang panjang i yang bergayut tu???
yaa.. hasil tanaman kat kebun mini i tepi rumah tu hah!
kerana kacang panjang ni ler.. i tergerak hati nak masakkan nasi lemak..
:D
NASI LEMAK BUNGKUS DAUN PISANG SURAT KHABAR LAMA :D
bahan-bahannya :
3 pot beras siam
santan pekat secukupnya
sedikit garam
2 batang serai *titik
2 biji bawang besar *hiris
2 ulas bawang putih *hiris
3 cm halia *hiris
2 helai daun pandan *siat dan simpul
1 sudu kecil halba
CARA :
campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan tanak di dalam periuk nasi letrik.
Setelah masak, bungkuskan ke dalam daun pisang dan alaskan dengan surat khabar lama.
TARRAA!!!!
NASI LEMAK BUNGKUS DAUN PISANG SURAT KHABAR LAMA :D
Lemak, harum dan enak!!! ;)
lawankan pulak dengan kari ayam semalam masih banyak berbaki..
waduhhh... enak bangat dongs!
tumiskan sambal tumis telur bersama ikan bilis..
kuah tu biar pekat, pedas dan manis!
confirm terangkat!!!!
anak ikan bilis goreng jangan lupa taw! ;)
kacang panjang segar dari ladang pun jangan lupa di celur!
ulam nasi lemak terbaik!
sekian sahaja selamat bersantai hujung minggu,
Jaga diri... senyum selalu...
Assalammualaikum..
TATA!!