ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label Telur Ikan. Show all posts
Showing posts with label Telur Ikan. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Lemak Cili Api Nenas Telur Ikan Dan Udang



Assalammualaikum... Menu beberapa minggu yang lalu..

baru berkesempatan share hari ini... ;)

sebab selepas ini manjang resipi labu...:D


i masak untuk santapan keluarga mertua yang datang berkunjung hujung minggu yang lalu.. *dua minggu lepas* ibu mertua teringin nak makan telur ikan.. so menempahlah Pak habibi i tu telur ikan di pasar...
Syukur Alhamdulillah dapat.... ;)

so i campurkan dengan udang segar... terbaik dari laut :D segar dan murah ;)

tambahkan nenas masak..

waduhh... terbaik!

LEMAK CILI API NENAS TELUR IKAN 
DAN UDANG


BAHAN-BAHANNYA :

500 gm telur ikan tenggiri
500 gm udang 
700 ml santan pekat
1 biji nenas masak *potong
2 helai daun limau purut *siat
2 batang serai *titik
1 keping asam gelugor *asam keping
gula dan garam

BAHAN KISAR :

20 tangkai cili padi
4 cm kunyit hidup

CARA :

Campurkan *BAHAN KISAR* bersama santan pekat, asam gelugor, serai dan renehkan sehingga mendidih.
*SENTIASA DI KACAU jangan sampai pecah minyak.
Masukkan nenas dan daun limau purut, kacau rata dan masukkan udang dan telur ikan.
Masak dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

LEMAK CILI API NENAS TELUR IKAN 
DAN UDANG



SlurPPppp ahhh...... :D

pedas ngko aii :))


i panggang anak2 ikan caru yang baru naik dari laut..

manis betullah :D


tu dia pencicah... bawang, asam jawa, cili padi buh bebanyak..

waduhhh... berselera tetamu i makan masa tu ;)


antara ulam yang ada atas meja i masa tu..

i masak gulai ayam daun kesum, rebus telur masin, kerang rebus dan kupang rebus..

gambar tak ada.. maklumlah sibuk melayan tetamu tak giteewww ;)


____________________________________________________________________________

BLOGS YANG I BARU UPDATE :










pSTT... tak lama lagi i akan adakan kuiz... 

kuiz itu nanti akan berada di salah satu blogs i di atas tu yaa..

HADIAH?? semestinya HEBATZ :D

yang mana nak join kuiz jangan lupa follow blogs i yang di atas tu ya.. ada 5 blogs tau.. ;)

Sekian... jumpa nanti.. jaga diri...

Assalammualaikum...

TATA!!


Saturday, September 29, 2012

Asam Pedas Telur Ikan



Assalammualaikum... Selamat bersantai petang Sabtu ya kawan-kawan :D

Hari ni i masak simple.. walaupun simple tetapi bukan mudah nak dapatkan telur ikan tenggiri tu yaa...

Siap bertempah lagi di pasar. Semalam Pak Habibi dapat beli lebih kurang dalam 400gm harga RM10 perghh.. kalah ikan tenggiri :))


Pak Habibi dan i aje yang makan telur ikan ni.. anak-anak i tak reti! bagus betulkan.. :D

so makanlah kami berdua.. itu nama tak perlu berebut yoUU aii :))

Masa nak masak tu terfikir-fikir apa yang nak ku bagaikan telur ikan tenggiri tu ya? nak goreng i takut! nanti dia meletop! opocot mak aii :))

so i buat...

Asam Pedas Telur Ikan


BAHAN-BAHANNYA :

400 gm telur ikan *cuci bersih di dalam tapis
1 helai daun limau purut *siat dan buang tulangnya
1 batang serai *titik
1/2 peket sawi asin
segenggam kecil asam jawa + 500 ml air
gula dan garam
minyak

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
25 tangkai cili kering
1 sudu teh belacan

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan serai. 
Masukkan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau dan kecilkan api, renehkan lama sedikit.
Masukkan air asam jawa dan sawi asin, renehkan.
Masukkan daun limau, telur ikan, garam dan gula.
Renehkan sebentar dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Asam Pedas Telur Ikan



Kuah pekat, rasa lemak manis telur ikan tenggiri tu...
makankan dengan nasi panas-panas...
ikan masin jangan lupa..

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D


SlurrPPppppppppppppppp ahhhh...... ;)

selamat bersantai hujung minggu bersama keluarga dan teman tersayang... :)

Jumpa nanti ya!


Tak ada idea apa nak buat petang nanti?

Jangan lupa singgah SINI >>> DIY BANGKU KAYU PART (2) 

Assalammualaikum..

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ