Assalammualaikum... Selamat petang semua :)
Petang ini i sajikan you all semua dengan sesuatu yang amat ler luar biasa cepatnya bila di buat!
Tak sampai 35 minit selesai segalanya!
nak tahu kenapa?
meh! i kisahkan sikit kat you all ehhh.... :D
Antara sebabnya... i nak rasmikan kuali ajaib i tu... :D
pantang i.. kalau dah beli tak digunakan..
i beli DI SINI
tercari-cari juga idea.. apa yang nak ku masak atas kuali ajaib tu?
sayang pulak nak panggangkan ikan.. nak rasmi mestilah biar harum cikit baunya :))
Tu dia... pokok limau nipis yang bonda beli benihnya dan Pak Habibi tembambom i yang tolong tanamkan.. dah besar dan rimbun daunnya, rendang dan kalau berbuah tak banyak.. sebiji-sebiji aje... apasal?? :))
hentah! :D
so...
ada lerr.... berbuah sebiji...
maka tengah panas terik tadi ku petik!
tu dia... jangan memain.. besar penumbuk buah limau nipis tu yerk... besor ngko aii... :))
Limau nipis jenis tak ada biji dan sangat bersari dan banyak jusnya..
so i parut kulitnya.. jus i perah....
terus ler dapat idea... :D
masa i mengerjakan buah limau nipis ni bonda i ada temankan i di dapur.. kecur tak sudah dia.. hulurkan sikit jus lime tu tak nak pulak :)) i cicip sikit sedap ngko! :D
Magic! Lime Sponge Cake
BAHAN-BAHANNYA :
4 biji telur *saiz B
100 gm gula castor
2 cubit garam
1 sudu kecil pasutan kulit limau nipis/lime
5 sudu besar tepung kek *self raising flour
setitik pewarna hijau
*pastikan alatan yang anda gunakan kering dan bebas dari air atau minyak*
CARA :
Putarkan telur, gula dan garam sehingga gebu dan naik berganda-ganda atau adunan telur jadi putih dan gebu.
Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit dan gaul rata dan juga pewarna hijau.
Gaul sebati.
tuangkan adunan ke dalam kuali ajaib!
Perghh.. masa ni i cuak jugak tau.. ya lah mana pernah bakar kek dalam kuali pastu atas dapur gas! i takut kek tu melimpah keluar celah kuali ajaib tu.. i tak kuasa nak lap dapur! muahahahaa :))
nak set masa memasak kek tu pun i tak berapa reti..
so i main pakai agak..
bakar dalam api sederhana selama 7 minit, kemudian balikkan dan masak lagi 10 minit api paling kecil.
Kek masak!!!!! :D
TARRAA!!!
Magic! Lime Sponge Cake
Wah! magic! sekejap je masak!
tapi bawah tu agak kekuningan. Agaknya sebab i tak tahu nak kawal api... tetapi sekarang i dah tahu!!!
yehaa...!! tunggu lepas ni bermacamlah jenis resipi bakal muncul secara AJAIB!
cecewahhh... :))
cop! jap belum sudah lagi....
buat dulu...
Lime & Honey Sauce
jus lime tu i perah dan parut sedikit kulitnya untuk sos..
untuk curahan atas sponge cake tu nanti ya... :)
tu dia.. banyak jus lime tu tau.. bersari lagi i like..:)
bau harum kat dapur i tadi.. best betul! bau lime...
1 cawan madu + 1/2 cawan air dan masakkan di atas kuali non-stick sehingga berbuih *lihat gambar di atas.
Kemudian masukkan jus limau nipis dan sedikit parutan limau.
tutup api dan curahkan di atas sponge cake!
Magic! Lime Sponge Cake
sangat-sangat! mengujakan i dan bonda!
kedua-duanya jakon sekejap! :))
baunya jangan ler cerita ekkk...
harummmm!!!!
sangat gebu dan basah dek lime sauce tu.. perghhhhhhhhhhhhh....
pstt tapi bawah tu agak keperangan :))
ehh tapi tak garing tau.. tetap halus dan gebus! wahhh gitewwww
so i potong hulurkan pada bonda..
bagi bonda rasa...
sambil merasa bonda angguk-anggukkan kepala... :D
lama tak bersuara... ;)
"SEDAP!"
Okaylah.. mungkin percubaan pertama menggunakan kuali ajaib tu tak berapa memuaskan hati i..
Insya~ALLAH selepas ni nanti i nak cuba dan cuba lagi.. ya kononnya giteewwlah kan.. kita tengokkan ajelah.. takut dah cuci simpan kuali tu dalam kotak... terus terlupa! :))
Dengan kuali ajaib!
dan
Sebiji buah limau nipis!
segalanya mungkin!
Tak ke magic tu namanya! i like :D
Sekian Assalammualaikum..
Jaga diri... Jumpa nanti :D
TATA!!