Assalammualaikum...
Salam Jumaat dan Salam sejahtera buat semua teman-teman yang sudi berkunjung, terima kasih yaa...kerana sudi :)
Okay, bersempena Hari Wanita Sedunia.. i buat sesuatu yang tekak i teringin sangat nak makan..
Boleh aje beli di gerai tepi jalan.. nak-nak.. Vadai yang di jual kat tepi jalan tempat parking kereta di Wisma Persekutuan Johor tu.... hadoii.. memang terbaik!
Dahh.. tu bila masa nak ke sana.. kerja berlubur ni hah!
Kuatkan semangat... sendiri teringin.. sendiri bikin..
Kebetulan pulak hari ni Hari Wanita Sedunia.. jadi khas buat semua Kaum Hawa di Dunia ini..
i nak ucapkan Selamat Hari Wanita.. walaupun tak ada hadiah... heeheee :D
Tetapi resipi kali ini benar-benar memerlukan tenaga seorang wanita.. iaitu menumbuk kacang dal... :)
eshhh.. lenguh jugak tangan i you.. i tak nak guna pengisar tak best!i guna lesung batu! kelentang! kelentung! i menumbuk tadi pagi sesorang.. PA i tak de.. dia gi pasor dengan Bonda... SooOOo o anggaplah ini pengorbanan i di Hari Wanita Sedunia... :D
Terimalah...
Super....Vadai <<< Wah! macam tuju lagu laa... ;))
SuperVadai
Apasal nama resipi Super Vadai?
Okay sebabnya... i telah meletakkan banyak bahan di dalam adunan kacang dal itu...
Segala-galanya i lebihkan.. malahan terlebih-lebih giteww...
Kalau beli di tepi gerai.. alahai.. bila di gigit.. dapatlah terjumpa hirisan daun kari... ciput je.. jintan pun alahai.. sipi-sipi aje... soOOooo... kali ni i buat extra dan Super Vadai!!!
Jom! Kita buat..
SuperVadai
Mula-mula sekali..
Sukat 2 cawan kacang dal... cuci bersih dan buang hampas atau kulit hitam..
Rendam bersama air yang penuh selama semalaman...
Keesokkan harinya... toskan kacang dal dan bahagikan kepada 3 cawan *kacang dal akan mengembang
2 1/2 cawan tumbuk Hancur
1/2 cawan tumbuk renyah *separa hancur
ketepikan sebentar sementara kita sediakan ramuan-ramuan kita yang super tu yaa.. cik adik dan cik kak.. cik abang juga... :D
SuperVadai
BAHAN-BAHANNYA :
2 1/2 cawan kacang dal *tumbuk hancur/lumat
1/2 cawan kacang dal *tumbuk separa hancur
1 1/2 biji bawang besar *merah *potong dadu
2 pelepah daun kari *hiris halus*daun sahaja
2 tangkai cili hijau *hiris/ dadu
1 tangkai cili merah *hiris/ dadu
2 sudu besar jintan kasar *tumbuk renyah
4 tangkai daun ketumbar *hiris
1 1/2 sudu teh tepung jagung
garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
**CILI HIJAU Untuk ulam**
- **Lihat gambar di atas atau di bawah**
- Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul sebati.
- Kemudian perapkan selama 10-15 minit
adunan boleh di kepal dan tidak peroi...
Jika peroi bermakna kuantiti kacang dal yang kasar melebihi kacang yang halus, ya, gitewww :D
Ketul-ketulkan atau kepal seperti gambar di atas...
lakukan sehingga selesai.. yaa.. cik adik dan cik kak semua..
pastu kan....
Panaskan minyak dan gorenglah sehingga Vadai bertukar warna atau keperangan..
angkat dan toskan di atas kertas dapur..
dan... siaplah untuk di kunyah!!!
TARRAA!!!
Super Vadai
Hadoii.. ni nak cerita sikit kisah dulu-dulu ni ler yerk...
dulu masa tinggal di KL.. jiran i tu berugama Hindu...
Setiap kali dia goreng Vadai.. hidung i selalu ternaik-naik..
punyalah sedapnya... i selalu bukak pintu depan luas-luas.. pastu i buat siram pokok bunga kat tepi pagar sambil angkat tangan kalau dia ternampak! muahahahaaa
agaknya lelama dia perasan agaknya..
terus jiran i hulur sepinggan... i apalagi.....
ambik tak sha???
ehh... dah kenapa! mestilah ambik..
Orang memberi kita merasa... ;))
Terus i cakap camni..
"Terima kasih jiranku..." << dengan suara manja tapi tak gedikz :D
Super Vadai
Dulu masa anak-anak bujang i masih kecik..
dia tak reti nak makan vadai..
bila i cucuk dengan pencucuk buah tu... pastu i cakap ni nugget vegetarian..
terus dia makan.. sampailah sekarang... kalau nak hidangkan kena cucuk baru dia makan.. perghhh.....
Tahu tak macam mana nak menikmati Vadai dengan asyik sekali????
Jawapannya ada di gambar bawah tu hah! ;)
melelehhh????
dan pastikan cili hijau anda benar-benar segerrr dan bukan yang layu ala telentok ke bawah! muahehehe :D
tak caya cecuba cecuba.... ;))
Sekian dulu.... sambung nanti yaa...
Jaga diri.. senyum selalu..
Assalammualaikum...
TATA!!