ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, June 5, 2012

7 Wonder Blossom Cakes! Ya giteww... lebih 30 gambar hokey!



Assalammualaikum.. dan selamat sejahtera buat semua teman blogger baru dan lama... :)

Terima kasih kerana masih sudi singgah dan add i sebagai rakan anda semua yaa.. yang mana baru add i tu.. malam sikit nanti akan i add you all semua.. terima kasih! cayanggg :)

Dan kepada kengkawan yang meninggalkan jejak tu Insyallah malam nanti bila dah free sikit semestinya akan ku jejaki anda semua... macehh muahzzz :)


i nak perkenalkan chef kita kali ini yaa.. 

iaitu Chef Cilik Azellea Nellysha <<< nama penuh ngko aii! :))

ya gitewww gaya kemain lagi!

*sambil emaknya lap peluh gitewww...*

@__________@


yer gitewww aksinya selepas di pakaikan apron dot dot yang macam apam dot dot giteww... :))

perghh... kalau di suruh bergaya depan camera! serah kat dia!

sila betulkan duduk anda semua.. kerana N3 i kali ni bersempena cuti sekolah

JOM! MAIN PONDOK-PONDOK! JOM! MOMMA!

phewww syukurlah segalanya dah selesai!!! :)) :)) :))

7 Wonder Blossom Cakes!


Apalah yang 7 wonder tu yaaa???

sabar yer pelan-pelan i story kat you all semua :))

idea dari Nellysha hokey!

nak kek yang ada macam-macam flavours!

yang ada macam-macam warna!

nak ada mashmellow!

nak ada choc chips!

dan memacam lagi yang dia nak! perghhh :))


macam-macam idea.. hah! tolong ler buat kek yaa..

jangan tahu nak mengoder dan memberi idea je..:)

tu tengah tolong sapu butter kat loyang kek bentuk blossom bunga ler tu kononnya.. dah tu.. acuan tu aje yang ada! 
muahahaaa :))


mujur acuan tu cuma segitu aje besarnya!!

perghhh lama ngko! nak menunggu dia mengris loyang tu..
 perghh :)


ini telur! muahahahaa :))

banyak hokey Papa Nellysha beli telur!! 2 racks!
dengan alasan cuti sekolah anak-anak dia suka makan telur!
perghhh.... jenuh nak menghabiskan telur tu yerk...

manjang resipi telur ajelah jawabnya lepas ni muahahahaa :))


apa tu???? yer dia yang empunya idea... buh melo!!

ya melo lagi!!!! dan juga campurkan dengan sedikit serbuk coklat... hadoiii :))

kacau nak kacau.. jangan tak kacau....


belum rata katanya... ehhh di sapunya lagi butter kat dalam loyang tu.. hadoiii...

masa ni tawakkal ajelah.. jadi ke tak.. gasaklah!

kata main pepondok kan.. kan ;)


perisa durian.. hah! giteww....


perisa blue berry hah! giteww..


perisa anggur... hah! giteww


perisa melo dan cekelat hadoiii....

asyik di calit manjang aje youuu!!

tak pe yang punya idea dia.. yang makan pun dia jugak!

muahahahaha :)))


perisa strawberry... hadoii gitewww


taburkan pulak dengan mashmellow... bebanyak naaa..... 

semua ni Nellysha yang tabur.. i just snap gambar.. sambil sekali sekala 

terjerit manja awwwww ;) :))


i heart you too..... wahh ingatkan dah selesai ke????

yang lorek-lorek kat atas tu pun dia.. setelah i tunjukkan how... wow!!!

sakit jiwa jugak.. boleh tahan hehehe..

di randaunya dah macam nak haper!!!


Taburkan pulak lagi choc chips hersheys.. hadoii...

hitu nama!!!! melengasssssss!!!!!!!!!!!!!!!

7 Wonder Blossom Cakes!


hahahahaha!!! yer gitewww rupanya setelah di bakar!!!

amacam??? budak 8++ tahun punya kerja... okaylah tu kan...

HeppPPP!! jangan pandang sebelah mata tawww.. ;)

nak tahu kenapa rupanya macam tu???

Tunjuk cikit Nellysha... :))


Yaaa... kutis! kutis! kerak Mashmellow yang kat atas tu yerkkk..... :)) :)) :))


So sticky! So yummy!!!

Kata Nellysha hokey!!


Ehh.... selagi tak di tegur naik botak kek tu hokey!! :))


"Enough lah Nellysha.. nanti Momma nak snap gambar tak cantik!"


Nak yang tu boleh??

muahahahaaa... :)) :))) lagi nak di kutisnya!

7 Wonder Blossom Cakes!


BAHAN-BAHANNYA :

250 gm mentega *suhu bilik
250 gm gula castor
5 biji telur *sebab banyak telur nak habiskan :))
200 ml susu segar + 2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla

325 gm tepung kek + 1 sudu besar baking powder + sedikit garam 
*ayak bersama*

1 sudu teh perisa strawberry
1 sudu teh perisa anggur
1 sudu teh perisa durian
1 sudu kecil serbuk coklat + 3 sudu besar serbuk milo
100 gm mashmellow
100 gm choc chips hersyheys
100 gm coklat urai *coklat rice

CARA :

Putarkan mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur dan putar lagi sehingga gebu.
Masukkan susu segar dan esen vanilla.
Masukkan tepung dan putar lagi selama 10 minit dengan kelajuan maksimum.

Bahagikan kepada beberapa bahagian.. *bergantung kepada berapa perisa yang anda gunakan yaa ;)

masukkan adunan secara berselang seli, taburkan juga mashmellow, choc chips dan choc urai kepada setiap lapisan *ikut kreativiti anda semualah senang cerita :))

Panaskan dulu oven dengan suhu 170'C selama 20 minit.
Baru masukkan adunan kek dan bakar selama 55-60 minit!

Setelah masak, sejukkan kek terlebih dahulu dan potong hidangkan bersama kopi O! waduhhh terus 0---0

TARRAA!!!

7 Wonder Blossom Cakes!


Mau tak wonder dengan pelbagai jenis perisa tu kan!!

baunya jangan cerita Fullamakkkk aii... :))

Blossom!! merekahhh aje cenggitu rupa!! tu yang namanya blossom!!

:)) :)) :))

7 Wonder Blossom Cakes!


Sebelum di kutis dengan jayanya oleh dak kerempeng! aman aje rupanya kan :))

bolehlah.. dari hangus! muahahaa :))



lemak! gebu! basah! harum!
enak! mabeles!!
cuma rupanya yang agak terlalu benor hahahhahaa :))

ehh pendek cerita.. memang... lerrr...

7 Wonder Blossom Cakes!


di suruh simpan choc chips dalam esbok!

hah! ini yang dia terjumpa!!!


nampak tak?? bukan main banyak asam boi yang di taburnya.. atas bawah tepi sekeliling jambu air tu hadoii...

Sedap! <<< giteww komennya :)) 


Wahhh.... serius ni ekk.. 

dulu kecik-kecik i tiap hari main pepondok!

cuma buat kek tanah liat.. lepas main tanah liat.. kekadang tu lumpur pun jadik!

apa hasilnya??? kena sesah dengan bonda! muahahhaaha sebab berlumpur dari atas kepala sampai ke kaki!
hadoii...

Nelly main pepondok.... :))) siap boleh makan lagi!


props yang i gunakan celah 

7 Wonder Blossom Cakes!


dan ini juga!!

hapasal hidung dak kerempeng kembang macam kek... 

7 Wonder Blossom Cakes! :))

jumpa lagi!!

Serius penat giler nih! hadoii ;)

TATA!!


Asam Pedas Ikan Pari Daun Kesum Dan Sayur Bening Sawi dan Tempeh! Tips Untuk ke TOP 40 MasterChef Malaysia!

Assalammualaikum... 
Dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan baru dan lama...

Menu dinner tadi malam ler kisahnya ni yerk.. sekarang ni i memasak sebelah petang.. Al maklumlah sekarang ni kan masih mood cuti sekolah.. so gengs di rumah ni waktu tiba makan tengahari jer nak pasta.. so i masak simple pasta ajelah.. petang baru masak untuk dinner sebab Pak Habibi i yang tembamBOM tu balik dari opis.. dan kami yang tak cuti kat rumah ni tumpang sekaki!  :))

Simple and Easy...:)




Masak pun ala-ala aje giteww... yang penting nasi wajib ada.. tu yang berat badan i maintain aje tu! muahahaaa :))

i masak 3 jenis hidangan simple... Asam Pedas ikan pari daun kesum, Sayur Sawi Bening campur tempeh dan Ayam Goreng bujang.. udahhhh.. sedap naa lah tu :))
Sayur Bening Sawi dan Tempeh


 Bahan-bahannya :

secekak sayur sawi muda *kerat dan cuci bersih*
2 keping tempeh *potong*
3 batang daun selasih *ambil daunnya*
400 ml air
garam secukupnya

BAHAN TUMBUK RENYAH :

1 genggam ikan bilis
1/2 biji bawang besar
1/2 sudu kecil lada hitam

CARA :

Campurkan kesemua bahan *kecuali sayur sawi dan daun selasih*
Renehkan kuah sehingga mendidih.
Masukkan sayur sawi dan daun selasih.
Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

Sayur Bening Sawi dan Tempeh


inilah yang best!!!

ya giteww ;)

ASAM PEDAS IKAN PARI DAUN KESUM


BAHAN-BAHANNYA :

400 gm ikan pari *cuci bersih*
5 tangkai daun kesum *ambil daunnya*
200 ml air asam jawa + 400 ml air
minyak
gula dan garam

BAHAN TUMIS :

1/2 biji bawang besar *hiris
2 ulas bawang putih *hiris

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit
1 batang serai
35 tangkai cili kering
1 inci belacan
1/2 sudu teh lada hitam

CARA :

Panaskan sedikit minyak.
Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau.
Masukkan *BAHAN KISAR* dan tumiskan sehingga garing atau pecah minyak *tempoh menumis lama dan api sederhana sahaja*

Masukkan air asam jawa + air dan didihkan.
Masukkan ikan pari dan daun kesum.
Renehkan dan sesuaikan rasa.
Setelah ikan masak, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

ASAM PEDAS IKAN PARI DAUN KESUM


berpeluh youUu :))


Ramai yang in box i di laman Facebook minta tips apa nak buat sementara menanti panggilan ke TOP 40 Masterchef Malaysia Musiam kedua!

so i share ler sedikit tips walaupun i bukanlah Juara MasterChef..
sharing is caring.. tak giteww... ;)

Okay sila KLIK di BAWAH tu.. yaa.. tq so much.. :)


Kira you all yang masuk pertandingan MasterChef Musim kedua ada jugak tempat untuk rujukan ya tak?

dulu masa i.. mana ada... kesiann naa.. lain yang kubayangkan.... ehh lain pulak yang jadinya!

muahahahaha :))

apa pun i tetap sokong you all... tak kiralah siapa pun.. you all terbaik!!

tahniah kepada yang telah berjaya ke peringkat seterusnya.. 


ingat lagi.. masa ni masih lagi di peringkat TOP 40!

kena pisahkan telur kuning dan putih!!

fullamak aii!! dalam tv tak tunjuk ehh...

i pisahkan telur tu tak silap i lebih 90 bijik! hokey!!!!

maknanya lebih 3 rack telur perghhhh!!!

mujur tak ada pulak kuning telur masuk dalam tu.. fuhh lega! :))

dalam tv hanya siarkan 30 minit aje kan kan??

hah! masa tu makan masa lebih 1 jam setengah! you!!
shooting tengah malam tu hokey!! jam 12:30 malam!!

huaaaaaaaa nangesss!!!!!!!!

apa pun segalanya hanya tinggal kenangan manis.. tu jerk..

so bila tengok telur aje.. senyummMMmmm

apa ku kesahh!!! :))


Jumpa petang nanti.. i ada projek bayekk punya dengan Nellysha... ;)

Dengan tajuk petang nanti...

"JOM MOMMA KITA MAIN PONDOK-PONDOK!"

ya gitewwww ;)

jumpa lagi!

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ