ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, September 27, 2012

Cinnamon Sugar Doughtnut Yummeh!



Assalammualaikum... Selamat petang kawan.. :)

Petang ni i sajikan you all semua dengan donut yaa.. tapi kali ni i share donut lain cikit... nak kata terajin tu idak ler jugak... :D

Tetiba teringat masa di Gelanggang Masterchef 2011...sekarang di astro sedang hangat menanyangkan MCM 2012...kan :D

Masa di sana tu..  kami semua telah di ajar membuat pelbagai jenis roti dan kek.. dari Chef2 terkemuka.. handsome2 pulak tu... :D *tak semua* ;)) dan kesemua resipi tu masih tersimpan rapi dalam almari i..

so petang ni mood memang ler bagus! :D


 so i pun buatlah donut.... i ubah suaikan resipi broiche di mana roti tu manis, lemak dan lembut sangat! i like... guna banyak telur dan mentega.. dan kena peram semalan.. ingat lagi i.. yang rajin buat broiche siapa tau. Felix! ingat lagi tak? yang berambut panjang selalu berikat tu? hehee.. setiap kali dia menguli i mesti dok tepi.. bukan membantu pun.. tolong tengok jerk :D

Okay... dah tu jerk nak story.. pendek je sebab banyak kerja yaa.. ;)

Cinnamon Sugar


Cinnamon sugar untuk taburan donut i kali ni...
baunya perghhh... i like... harum aje dapur i tadi tau... ;)


1 cawan gula castor
+
1 sudu kecil cinnamon powder@serbuk kulit kayu manis

campurkan dan ketepikan.. maka jadilah cinnamon sugar... ;)


50 gm mentega cairkan.. selepas itu ketepikan..

untuk sapuan di atas roti selepas di goreng nanti yaa..:)

Cara memintal Donut..


you all tengok ler sendiri yaa..

tak reti nak ku terangkan.. biar gambar berbicara.. ya giteeww.. pandainya! :D


Tarra!! jadilah donut tocang!

Jom! Buat...

Cinnamon Sugar Doughtnut


BAHAN-BAHANNYA :

500 gm tepung roti
130 gm mentega
1 peket yis kering
3 sudu besar gula
2 biji telur
sedikit garam
sedikit air untuk menguli

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan dan uli sehingga lembut.
Keadaan doh memang agak lembik sedikit dan bukan kental.
Uli dan banting dalam 15 minit.
Perapkan  di dalam mangkuk dan tutupkan di atasnya dengan kain lembap selama lebih kurang 3-4 jam atau doh naik 2 kali ganda.

*i uli awal pagi, petang i baru goreng :D*
*DOH ini memang mengambil masa untuk naik*

setelah doh naik. Uli sekali lagi dan biarkan sekejap anggaran doh naik sekali ganda.
Mulalah memintal doh seperti gambar di atas tadi tu ya.

Lakukan sehingga selesai dan selepas itu goreng sehingga garing.
Angkat dan toskan di atas kertas dapur.
Ambil sekeping donut dan sapukan dengan mentega cair kemudian golek-golekkan di atas cinnamon sugar.
Sedia di hidang dan NGAP!

TARRAAA!!!

Cinnamon Sugar Doughtnut


YUMMEEHHHHH!!! :D


lembut, lemak, enak!!!!
cicahkan dengan sos butterscotch! terbaikkk!!!!


di pendekkan ceritalah kan kan.. hilang mata hitam bila mengunyah tu kak non dan dik non aii! :))


Okaylah... i nak minum kopi sambil makan Cinnamon Sugar Doughtnut
Jumpa nanti!

Assalammualaikum...

TATA!!




Sup Baby Taugeh Slurrpp!


Assalammmualaikum.... :)

Selamat pagi semua :D

Sarapan apa pagi ini? nasi lemak? roti canai? wah! sedapnya... ;)

Okay pagi ni i hidangkan you all semua dengan Sup Baby Taugeh Slurrrp! kelmarin punya Slurrpp ler kisahnya baru ku sharekan hari  ini ya... giteeww... ;))

saki baki baby taugeh hari tu... KLIK SINI


Nampak tak baby taugeh yang kepalanya besor ekornya bukan main terburai lagi tu! :))

ni kalau bonda i ada gerenti tak ada dia jamahnya tak :))

Tak pe.. tak pe.. bonda i tak de.. yang slurpp pun cuma i sorang je.. ;)
Jom! buat Sup Baby Taugeh SlurrPpp!


BAHAN-BAHANNYA :

2 cawan baby taugeh @taugeh cambah :D
5 biji tomato ceri *belah 2
500 ml air

BAHAN HIRIS :

2 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 biji kiub ikan bilis knoor
4 tangkai cili padi merah *siam yang pedas berapi tu ;)
sedikit serbuk lada sulah

minyak untuk menumis
garam

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN HIRIS* tumis sehingga naik bau.
Masukkan air dan renehkan sebentar sehingga mendidih.
Masukkan tomato ceri dan sedikit serbuk lada sulah.
akhir sekali masukkan baby taugeh!
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Sup Baby Taugeh SlurrPpp!


SlurpPpppppp.... hadoi sedap benor! ;))

kuah tu hirup pelan-pelan pedas tu yangg... jangan sampai tersedak dah ler yaa.. ;))



another simple and easy soup for you guys!

Wahhh! tengok tu baru makan sup taugeh dan speaking muahahahaa ;)

apa pun memang sedap!

sekian... jumpa lagi untuk menu minum petang... Insya~ALLAH :D



Assalammualaikum..

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ