ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, February 25, 2013

Ulam Peria Goreng


Assalammualaikum... Apa khabar semua?

TenggelammmMmmmm... pastu timboL.... pastu tenggelam lagikkkkkkk :)) pastu timbol! cak! ;)

Pastu tenggelam lagi.... adatlah tu yaa.. bila kerja penulisan bertimbun mulalah nak mengupdate blogs ke lautan sepi nun jauh di sana tu hah! ;))

Okay, macam biasalah kan kan.. bila sibuk menu dan resipi semuanya yang ringkas-ringkas.. masak pun cepat dan pantas.. macam tak cukup masa.. duduk menghadap PC.. tetapi sekarang ni sedang sibuk membaca karya-karya i sebelum ini untuk persiapan ASWARA Finas Malaysia...(dua buah karya yang terpilih :)

Syukur Alhamdulillah terpilih... belum habis cerita lagi.. terpilih untuk bentangkan pada ahli panel.. berjaya atau tidak.. Wallahualam.. berserah sahaja... :)

Apa pun i akan cuba yang terbaik.. sedang menghitung hari... dan hujung minggu akan datang ini adalah hari yang sangatTttttttttt panjang buat i.... dup.. dap.. dup.. dap je ni... :D

dan resipi yang i share kali ni pun ringkas dan tak sampai 5 minit dah siap! rasanya semua dah tahu.. tapi i share jugak di sini.. demi teman-teman yang tidak jemu-jelak datang berkunjung walaupun tuan dapur tenggelam timbol sejak dua menjak ni ;)

Ulam Peria Goreng


BAHAN-BAHANNYA :

3 biji peria katak *alah yang kecik dan berkedut tu :)) *hiris nipis
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA :

Gaul rata peria bersama serbuk kunyit dan garam halus. Perapkan sebentar.

Panaskan minyak dan gorengkan peria sehingga agak keperangan atau agak layu.
Angkat dan toskan terlebih dahulu!

Sedia di hidangkan!!

TARRAAA!!!

Ulam Peria Goreng


Makan bersama nasi panas-panas.. ada pulak sambal belacan... kuah asam pedas curah kat atas nasi yang berasap tu.. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Hilang niat nak berdiet!!! tak pe.. tak pe.. esok diet lagi ekkk... ;)

Jumpa nanti... jaga diri.. :)

Assalammualaikum..

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ