Assalammualaikum... Apa khabar semua teman-temanku sekelian.. :) Sihat tak??? Alhamdulillah.. baguslah yaa.. macam tu lah.. :)) Beberapa hari ini i memang sibuk bagai nak haper! beberapa negeri ku jelajah demi melakukan beberapa urusan... memang tak menang tangan, jadual padat! Outstations lagi you.. hadooiii.. penatnya hanya TUHAN sahaja yang tahu... tak pulak mengeluh... *hadoii* tu tandanya teruja sesangat :))
Pulut Panggang Udang Kering, Lain Padang Lain Belalangnya.. Ya! Giteew..
Waahh tajuk hari ni bukan main lagi yaa.. :)
Sebut sahaja pulut panggang semua orang dah tahu.. semua orang dah pernah cuba memasaknya... rupa pun lebih kurang sama sahaja yer tak?? ya giteew... :))
Okay.. pulut panggang berintikan serunding udang kering ini adalah permintaan Pak Habibi i yang tembamBOM tu. Kiranya permintaannya beberapa hari lalulah yaa.. baru hari ni dapat share kat dapur i ni hah!
Apa yang lain padang lain belalangnya tu hah?
ya gini.. Pak Habibi i kalau nak makan pulut panggang..
inti nak serunding udang kering...
pastu nak inti lebih banyak dari pulut.. cam gambar yang kat atas tu.. hah! giteww tersembOL aje intinya tu kan.. kan :)) hah nak macam tu lah...
pastu bila di panggang tu nak kena garing pulut tu.. ala-ala berkerak jer camtu!
ya! gitewww... so dah tahulah ya apa yang lain belalang lain belalangnya tu... :)
Pheeewwwitt.......... wah! macam cikgu Maimunah aje gayanya tu muahaaahahaa :))
apa tewww??? yaa.. tu nanti i share lain N3 yaa.. busy lagi ni...
Serunding Udang Kering
BAHAN-BAHANNYA :
1 biji kelapa muda *parut tanpa hitam*
3 sudu besar air asam jawa
300 udang kering *memang banyak bagi rasa baik punyer*
2 sudu besar gula melaka
2 sudu besar canola oil/minyak masak
gula dan garam
BAHAN KISAR :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci lengkuas
1 batang serai
CARA :
Campur dan gaulkan kesemua bahan-bahan di atas dan masukkan ke dalam kuali.
Kacau dengan api sederhana *sentiasa di kacau*
Setelah agak kering *tidak terlalu kering agak lembap aje gitu*
sesuaikan rasa, bior manis sikit wahh sedap naa lah tu
Angkat dan hidangkan!!
BAHAN-BAHAN LAIN :
pulut yang telah di kukus atau di tanak, sejukkan terlebih dahulu.
Beberapa helai daun pisang, layurkan di atas api.
lidi untuk menyemat daun pisang.
CARA :
Ambil 2 sudu besar pulut dan leperkan di atas daun pisang.
Ambil 1 sudu besar serunding udang kering.
*lihat gambar di atas*
kemudian gulungkan.
*gambar di atas versi Pak Habibi i, inti lebih dan kelihatan..
cukup TersemBOL giteww :))
Gulungkan padat-padat dan sematkan hujungnya dengan lidi.
lakukan sehingga selesai...
panggang di atas kuali. :)
TARRAAA!!!
Pulut Panggang Udang Kering, Lain Padang Lain Belalangnya.. Ya! Giteew..
Lemak, garing di luar enak di kunyah!
wahh! Gitewww... :))
baunya?? alaa you all pun tahukan... daun pisang memainkan peranan yang paling besorr sekali..
rasa inti serunding udang kering tu.. wahh Asyikkk giteeww ;)
Terima kasih kepada yang sudi meninggalkan jejak.. Insyallah bila dah free sikit tu nanti.. semestinya akan i jejaki you all semua.. sabar yaa.. macehh muahhzzzzzzzzzzzz << kiss sampai terlelap naaaa taw! aww :))
props yang i gunakan.. daun pisang :))
jumpa lagi!!
Pstt i ada berita terlalu gembira nak kongsikan dekat you all taw!
tungguuuUUuuu.... :)
TATA!!