ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, September 24, 2012

Kerabu Baby Taugeh



Assalammualaikum.. :)

Apa khabar semua? :D

Hari ni badan rasa tak sihat. Lemah aje.. agaknya cuaca panas kot? mungkin juga panas dan berbahang.

Ingatkan petang nak jugak mengerjakan taman mini tepi rumah tu.. serius kepala pening dan akhirnya....

Cuba juga menyudahkan kerja penulisan i tu.. hampeh! cuma boleh menaip setengah bab aje.. akhirnya...

berlengkar depan tv :))


Mungkin juga pening kepala sebab.. sebab... ;)

ya sebab... kacang hijau i rendam seharian terus tumbuh jadi taugeh! :))

Hah! nak tahu tak.. awal pagi semalam (Semalam punya kisah)

i rendamlah kacang hijau dalam 2 cawan ingat nak buat ler stok inti. Simpan dalam freezer... tetiba petang bila i bukak aje dah tumbuh ekor! magic betul! apasal cepat sangat tumbuh? tak sampai pun 5 jam???

terus called bonda tanya kenapa tumbuh ekor.. :)) bonda cakap cam ni..

"Agaknya biji kacang hijau muda! memang selau macam tu."

Kisahnya.. serius terkejut jugak.

So bonda cakap tak pe rendam lagi semalaman.. esok dah boleh buat kerabu baby taugeh.. perghhh...:))

dan petang tadi i buatlah kerabu baby taugeh! perghh banyak sangat.. so i bahagikan dua... selebihnya i simpan.. so esok kalau ada lagi resipi baby taugeh.. tahulah you all kenapa kan kan.. ;)

Kerabu Baby Taugeh


gini rupa kacang hijau yang dah di rendam semalaman...
banyak ngko aii.. :))


jadi satu kerja pulak nak membuang kulit kacang hijau tu.

Tetiba bonda called.. 

"Buat apa tu?"

"Buang kulit kacang hijau tu ler.. " i jawab dengan nada aduhaiii jemu jelak dah yang aii :))

"Tak payah buang."

Laa kisahnya.. lepas tu terus ler ku cuci bersih-bersih dan buatkan kerabu baby taugeh ya.. gitew :D


Bahan-bahannya :

2 cawan baby taugeh@cambah
2 cawan kelapa parut *tanpa hitam
1/2 cawan kacang goreng
sedikit perahan jus limau nipis
sedikit gula dan garam

BAHAN TUMBUK :

1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi merah *siam yang pedas giler tu :D
1/2 cawan udang kering

CARA :

campurkan *bahan tumbuk* dan kelapa parut, gaul rata.
Sesuaikan rasa, garam dan gula.
masukkan *bahan di atas* ke dalam kuali dan sangai sebentar.
Masukkan taugeh dan kacang goreng.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Kerabu Baby Taugeh


Sambil memasak tu tangan sebelah dok berbual dengan bonda :))

Bonda cakap nak datang, tapi tak jadi.

Terus ler hantarkan ke rumah jiran semangkuk. i cuma tepikan semangkuk kecik tu je.. macam dalam gambar tu.. hah! tu i punya.. makan sesorang ratah macam tu je.. pedas ngko aii! :))


sedap You!!

sebelum makan jangan lupa perahkan jus limau nipis di atas kerabu tu yaa... peh!

ranggup bila tergigit baby taugeh tu.. bila tergigit kacang lemak bebenau!

Masam, manis, pedas, lemak :D


baki baby taugeh yang ada dalam peti sejuk tu.. ada lagi..
i dah dapat idea nak ku apakan nanti... ;)


Sekian jumpa lagi..

Jaga diri.. senyum selalu.. :)

Assalammualaikum..

TATA!!


Heavy Breakfast's


Assalammualaikum... :)

Selamat Pagi kawan-kawan... baik yang baru atau pun yang lama :D

Sarapan apa pagi ni?

Okay ni kisah semalamlah ni yaa... sarapan pagi hujung minggu... baru berkesempatan share pagi ni.. 
isnin.. monday blues kepada yang bekerja makan gaji... untuk i yang kerja ala-ala aje ni... i rasa biasa aje ;)

Cuma rumah ni sepi! hah! tu yang bosan tu.... :D


Sarapan pagi di taman mini i tepi rumah tu hah!

plan memang nak mengerjakan taman mini i tu kan.. cuaca pulak cerah.. i like :)


i dah bagi-bagikan tugas..

sementara i buat sarapan... i kerah ler semua gotong-royong... :D

Pak Habibi i suruh dia tukang paku... adalah projek sikit.. :))
Abang Amin i suruh dia tolong habiskan kerja i mengecat almari buruk i tewww... :D
Gambar di atas tu Abang Aemir... mesin rumput... :D dah bersih taman mini i tu.. kalau tak rumput dah sama tinggi dengan buku lali i... :))

Nellysha i suruh dia tolong i sidaikan kain baju.. guna hanger aje... satu bakul kecik! perghhh sejam baru siap!

kisah taman mini i yang dah siap 50% tu nanti i share kat blogs hobi i yaa.. sedang giat dan bersemangat benor ni nak share cerita :))


lepas memasak nanti i share ekk.. gimanalah rupa taman mini i tu awww :D


i buat french toast... garlic french toast..

telur, roti, susu segar, bawang putih hancurkan, sedikit garam dan mentega.
Celup dan panggang atas kuali dah siap!

permintaan Abang Amin.. fav dia :D


fried patato rosemary with chicken hams and parmesan cheese.. :D


scrambled eggs and chicken sosej... walla! Fav Abang Aemir :D


kentang, bawang besar, bawang putih, cili kering, bawang putih, parmesan cheese dan rosemary.

Goreng dulu kentang, then baru masukkan segala perabah. kentang tu tak perlu kupas kulit. dah siap baru taburkan dengan parmesan cheese dan sedikit hirisan daun rosemary. 

Superb!


Scrambled Eggs : telur, susu segar, mentega dan sedikit cracked blackpepper... dah siap!

Sosej tu rebus sekejap dan toskan. Panaskan mentega dan goreng sebentar, taburkan dengan sedikit chilli powder.. dah siap!

Fav Pak Habibi :D


sarapan kami di taman... selepas Abang Aemir siap mesin rumput :D

Dak kerempeng Nellysha tak suka semua tu! so dia cuma makan cereal...

so abang-abang dia tak perlu berebut.. portion nellysha abang-abang dia bedal! peh! :))


Wajah taman mini i sebelum di ubah suai..

sekarang dah ubah 100%

nak tahu macam mana rupe??

sabor.. nanti i share kat blogs hobi i teew k...:)


Selamat bersarapan semua kawan-kawan :D

Selamat menyambung kerja di pejabat tu yaa.. 

jap lagi i nak memasak.. tunggu resipi seterusnya ;)


share sikit ajelah.. rupa taman mini i... sebelum di ubah suai sepenuhnya.. nampak tak tiang kayu yang terpacak tu? hah! tu ler projek yang i suruh Pak Habibi i tolong pakukan.. 

Jumpa lagi!

Assalammualaikum! << jawab dalam hati tak pe.. tak pe... :D

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ