ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, May 26, 2012

Karipap Udang Kering Dari Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Assalammualaikum.. selamat sejahtera buat semua teman-teman blogger baru dan lama juga bukan yang bukan blogger :) Terima kasih kerana masih sudi singgah di dapur ku ini. :)

Mood memang dah mula malas nak menghadap PC hadoii.. bila dah  tiba musim cuti sekolah ni harap maklum ajelah kan.. ;) Banyak betul undangan makan-makan.. kalau tak pergi rugi :)) maka pergilah... :))

Makan nasi Briyani, nasi impit ada rendang dan serunding! Fullamak! susah nak dapat macam tu sekarangkan.. :) Nak memasak tu nak kena tunggu cukup korem, kalau setakat nak memasak serunding yang makan cuma 2 orang alahaii lomah den! :))


Kali ni i buat hidangan supper.. supper tau bukan minum petang :)) dengan mengambil resipi dari buku SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH.. siapa lagi i ler.. :))

Dari minggu lepas Pak Habibi i yang tembamBOM tu suruh i buat Karipap Udang Kering Fav dia tu.. tak ku buat, malas pun yaa.. tang nak membuat inti tu yang malas benor :))


itu dia resipi asal yang ku snap dari buku resipi..

 SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH tu yaa... 
tak berapa jelas sebab maklumlah dah malam hari.. lampu kat rumah i semuanya ala-ala romantis giteeww.. dengan hajat malas nak ku taip.. nampaknya terpaksa jugak ku taip! :))
sebab tak jelas... :))

Inti Keledek Udang Kering :


1 biji keledek *potong dadu
1 tangkai daun sadri *hiris *i tak guna :)
minyak untuk menggoreng
gula dan garam

BAHAN KISAR :

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
50 gm udang kering
3 tangkai cili kering

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau.
Masukkan keledek dan renehkan sehingga empuk, sesuaikan rasa, angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

DOH KULIT KARIPAP :


200 gm tepung gandum
50 gm mentega
sedikit garam + 30 ml air

CARA :

Masukkan tepung, mentega dan sedikit garam.
Gaul dan masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
Canaikan doh sehingga leper dan terapkan seperti gambar di atas.


Masukkan sedikit inti di dalam doh yang telah di terap dan kelim tepinya. *seperti gambar di atas*


lakukan sehingga selesai.


Panaskan minyak dan gorengkan karipap sehingga keperangan.
Angkat dan toskan di atas kertas dapur.

TARRAA!!!

KARIPAP UDANG KERING


i buat dalam tempoh 45 minit.. tergesa-gesa You!
sebab apa tau.. sebab nak menonton CELEBRITI MASTERCHEF MALAYSIA :))

lain macam rasanya bila menonton dengan makan KARIPAP UDANG KERING, minum pulak Teh tarik!
Perghh.... apa yang lainnya tu sha???

Yer laa.. dulu i yang sibuk bertarung di dapur MasterChef Malaysia...
Kenangan manis masih segar di ingatan ini...

tiba masa.. sekarang ni.. i pulak yang berpeluang menyaksikan bagaimana kesemua
celebrity terkemuka Malaysia beraksi di dapur yang cukup canggih dan meleTOP!!

:)) melihat komen setiap celebritu tu tadi.. hahhh tu dia.. baru mereka tahu macam mana perasaan bila dah ada di dapur MasterChef Malaysia tu kan.. :))

Well what can i say... ;) semua tu i dah merasa... :) dan sekarang ni.. tiba masa i untuk melihat mereka pulak beraksi.. huiihhh jangan ingat i cool ekk.. hati ni turut sama gementar dan berdebar-debar sangat.. tu tadi.. sekarang ni dah okay.. :))

TARRAA!!!

KARIPAP UDANG KERING
dari buku resipi...

SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH



*GAMBAR DI ATAS ADALAH GAMBAR ASLI SEWAKTU SHOOTING UNTUK BUKU RESIPI I TU.. rupa sama.. cuma kualiti gambar tu aje yang tak sama :)) << apa punya ayatlah ni ekk.. :))

KARIPAP UDANG KERING


Fresh from my kitchen :)



Selamat Bercuti kawan-kawan semua... jaga diri, senyum selalu...
Insyallah akan cuba masukkan N3 sekerap yang boleh.. walaupun mood nak bercuti dah memanglah membara YoUUuu... :))

Assalammualaikum.. :)

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ