ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin


Assalammualaikum... :)

Syukur Alhamdulillah... sebulan berpuasa akhirnya kita sebagai umat islam sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri... :)

Di kesempatan ini juga Shahriah ingin memohon ampun dan maaf kerana kelewatan mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua peminat-peminat dan rakan-rakan blogger semua...

Sememangnya i terlalu sibuk menguruskan segala persiapan sebelum menjelang hari raya.. al-maklumlah semua keluarga akan berkumpul di rumah Shahriah... jadi segala persiapan semuanya Shahriah akan lakukan dari A-Z.

Penat usah ler cerita.. langsung tak terasa segala kepenatan tu yerk.. hah! bila dah selesai... baru ler terasa segala urat sendi semuanya sengal :)) sehinggakan terpaksa berurut :))


Secara ekslusif cecewahhh jarang i paparkan gambar i berdua dengan Pak Habibi di blogs... :D
Kali ini i kongsikan buat semua... dengan motto..

Baju raya yang kamai kenakan memang tidak sepapan ku tempah :))

Sebenarnya banyak nak cerita ni.. dan beribu gambar dah ku simpankan dalam folder.. nantilah yaa.. bila ada kelapangan semestinya akan kukongsikan pada semua.. bagaimana harunya i menyiapkan persiapan sepanjang hari raya.. seronok sangat you.. :D

 Tu dia.. Abang Amin, Nellysha dan Abang Aemir..
memasing tahun ni memilih pakaian ikut pilihan masing-masing..
dengan motto..
tahun ni memang tak ada tema.. :D

kisah tu nanti i story mory nanti ehh...
sekarang ni i nak bagi ucapan hari raya dulu buat semua teman-teman FB dan Blogger yang sentiasa memberi sokongan buatku untuk terus berkarya dan menghasilkan pelbagai jenis masakan..
tidaklah sehebat mana pun.. yang penting..
i iklas ingin berkongsi kepada semua.. ya giteeww :D

Bismillah...

Kepada semua peminat dan sahabatku...
Yang aku hormati dan kasihi sekelian..
Di kesempatan ini..
Shahriah ingin mengucapkan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin..

Ikhlas dariku... dan keluarga...

Jika selama ini ada terkasar bahasa..
Tersilap cara..
resipi yang di beri banyak kekurangannya..
Shahriah menyusun 10 jari...
minta ampun dan maaf yaa..
minta halal makan dan minum..

Moga di bulan dan hari yang baik ini..
hubungan yang terjalin akan kekal berpanjangan dan memberikan manfaat buat kita semua..

Yang elok jadikan tauladan..
Yang mana tak elok tu jadikanlah sempadan yaa..
setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan..
Shahriah pun begitu juga..

Minta halal segalanya...



Okaylah.. setakat ini dahulu...
kiranya mukadimah ler ni ekk..
ikutkan i masih sibuk sekarang ni..
Insya~ALLAH dalam waktu terdekat segalanya akan kembali normal.. ~wallahualam~

Sekian dahulu setakat ini menghantar laporan..
tunggu... banyak cerita nak story mory kat you all ni hah!

Sekian sahaja.. jaga diri.. senyyum selalu... :)

Assalammualaikum...

TAKE CARE!

TATA!!




CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ