ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, April 24, 2012

Pineapple & Choc Chips Cup Cakes... Keranamu Amelia's


Assalammualaikum... dan selamat sejahtera buat semua blogger baru dan lama.. terima kasih kerana masih sudi singgah dan meninggalkan jejak... walaupun ada yang belum sempat berbalas.. Insyallah bila ada masa lapang nanti akan ku balas kesemua jejak.. Insyallah...


Okay di petang hari yang cukup nyaman.. redup dan kadang kala mendung tidak bererti hujan tu.. i nak share ler sikit ekk.. kisah seorang kawan baru i dalam blogs ni.. setiap kali dia singgah ke dapur i yang tak seberapa ni... mesti dia akan datang bersama bib terikat di dada hokeh! dan setiap kali dia singgah blogs i.. gerenti dia cakap key-board dia hampir short circuit! muahahaa.. sebab apa tau.. sebab dia ngencess! peh! i kalau baca komen dia mesti gelak tergolek-golek punyalah! insan istimewa yang menjadi pilihan i petang ini... nak tahu siapa??? hah! kalau ada sesiapa nak rasa mini burger magic! singgah sini >>> MAGIC BURGER! Siapa jengah mesti kena renjatan letrik jam tu jugak! hah! jangan lupa singgah dan add dia sebagai rakan blogger kita okeh... 

Dan ucapan ini khas ku tujukan buat Si comel Amelia.. cantik dan anggun orangnya.. sudah berpunya atau belum.. terlupa pulak nak ku tanya.. hehehe.. okay jangan lupa singgah tau! Amelia you said you want to see me rite??? hokey! one sweetday.. gerenti kita jumpa.. tolong pilih kopitiam yang tak ada orang *kedai hampir tutop* hahaa...


Petang tadi selepas berehat dan selesai buat pelbagai urusan tu.. turun ler i kedapur... ada baki nenas masak gulai tengahari tadi tu.. ku potong kecik-kecik naa... memang dah berangan betul nak makan kek nenas segar... tak pernah pulak mencuba.. so petang tadi ku coba.. biasalah i kalau buat apa pun main pakai campak tebor.. tetapi ku sukat... ehh.. teringat pulak.. nenaskan masam manis rasanya.. maka ku cempakkan choc Chips Hershey's dalam 6-7 bijik kat dalam cake secomey tidak tu... waaahhhhhh.... <<< masak dulu baru i bagi komen! muahahhaa...


Pineapple & Choc Chips Cup Cakes... Keranamu Amelia's

BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan minyak jagung
2 cawan tepung kek *blue key + 1 sudu teh baking powder
100 gm gula kastor
50 gm gula perang@brown sugar
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar susu pekat manis

BAHAN LAIN :

250 gm nenas cincang 
100 gm choc chips Hershey's

CARA :

Campurkan kesemua *BAHAN-BAHAN DI ATAS dan putarkan selama 5 minit di dalam mangkuk.
Masukkan nenas dan putar sehingga sebati.
masukkan adunan ke dalam cup cakes hanya setengah dari acuan *guna scoop ice-cream.
Taburkan beberapa biji choc chips dan tuangkan baki adunan *Lihat gambar di atas.
Bakar di dalam oven suhu 170'C selama 30 minit.
Setelah keperangan di atasnya, keluar dan hidangkan!!

TARRAA!!

Pineapple & Choc Chips Cup Cakes... Keranamu Amelia's


harumMmmm... naaa.......


tekstur halus dan gebu nOoooooo.....


nampak tak nenas kat celah kek tu?? choc chips??


Amelia's this cakes say hellOOoooOOoooooOOo to yOu okeh..:))


yang kat dalam box atas tuu.. i dah tapaukan untuk you all.. sebelum you all tinggalkan komen nak sikit... banyak tu ku beri.... hehhehhh.. dan Amelia tu bukan untuk you okeh..


Sebelum Amelia punya key-board short-circuit.. ini i dah tapau untuk yoUu Amelia's... so no bibs required okeh!
:
:
:
:
:
:
:

Akhir sekali... jangan lupa jengah blogs penulisan i tu ekk.. tadi malam sempat jugak ku masukkan N3... SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH PART 1
 terima kasih teman... sekian wassalammu :))

TATA!!




Gulai Selar Tomato Dan Nenas M16 Tebaborr!!!


Assalammualaikum... salam sejahtera buat blogger baru dan lama... apa khabar semua?? ceria tak hari ni?? hari ni mood i dah kembali ceria naaa.. nak tahu kenapa???


Waaahh.... ramai jugak yang tak nak tahu.. heheheh.. Gini! beberapa minggu dan termasuklah semalam tu.. mood ni agak kelam-kelibut sedikit apa taknya... Hero no 1 tu kan minggu depan dah nak ke PLKN... so mood Emaknya ni agak terganggu... risau manjang.. tapi kini tidak lagi! tidak ler buat masa sekarang ni hehheehhh.. sebab....


Sebab.. tiap masa my hero no 1 tu doklah bercerita... dah tak sabau-sabau nak ke PLKN... teruja bebenau! sampaikan dok ler di usungnya kelender yang dah siap berpangkah! cett! yang emak dia ni dok ler makan hati.. pastu i tanyalah kenapa dia super excited sangat nak ke PLKN tu??? dia cakap haper tauu.... "I can't wait! imagine that now.. ya rite now... the M16 is on my shoulder! rite here mom! TreTtt!! teTTtt!! Tetttt!! tebaborrr!!!" << sambil tunjuk aksi ala-ala askar wataniah gitewww..... yang bunyi tebaborr!! tu i cakaplah.. mana bunyi M16 macam tu.. dia cakap tu... bunyi bom tangan! peh!!! jam tu jugak ku rasa nak kutangankan! muahahaahaaa....dan sejak semalam tu telah ku motivasikan diri ku ini yak ni i shahriah Abdullah aka Samsiah Abdullah... tidak akan makan hati lagi selepas ini... gasaklah dia dok berangan dengan M16 dan segala apa yang bunyinya Tebaborrr!!! gasak! nak.. gasak!! asalkan selamat dan pulang masih seperti bentuk asal.. sudah.. Syukur Alhamdulillah.. tak giteeww kengkawan kan kan...:)))


Hari ni i masak simple naa.. segalanya ikan selar....
Ku gorengkan garing-garing lumur dengan garam dan kunyit aje dahh..


Sambal asam blender ulamkan dengan timun... dahh...
pastu ku masakkan Gulai baki ikan selar tu ekk.. langsung tidak menggunakan asam jawa atau pun asam keping taw.. tapi telah ku gantikan dengan buah tomato masak ranum naaa... pulak tambahkan nenas masak.. perghhhh... terangkat dan macam biasa terjongket-jongket i mesti tulis punyalah!

Gulai Selar Tomato dan Nenas


BAHAN-BAHANNYA :

4 ekor ikan selar
2 biji tomato *potong baji*
1/2 biji nenas *potong*
400 ml air
minyak, gula & garam

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit
20 tangkai cili kering
1 cm belacan

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR sehingga naik bau dan renehkan lama sedikit.
Masukkan air, buat tomato, nenas dan renehkan dengan api sederhana.
masukkan ikan selar, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!

TARRAAA!!!!

Gulai Selar Tomato dan Nenas


Sedap nOOoooo...


Simple...


Hidangan yang cukup mudah di sediakan.. di kala cuaca ala-ala mendung tidak bererti hujan...:))


Tunggu petang nanti.. i buat kek yang mudah giler.. tetapi bila di kunyah... gerenti tak giler! i janji...:))

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ