Assalammualaikum.... apa khabar semua hari ini? Ceria dan bahagialah hendaknya yaa.. :) Okay hari ni i nak share resipi Puding Mangga Bersama Kuah Kastard Vanilla.. :)
Awal pagi i dah membuat Puding Mangga ni yaa... di sebabkan sebentar sahaja lagi nak bertandang ke rumah saudara, jadi ku bancuhkan puding mangga yang sememangnya tengah hebat musim buah tu di mana sahaja yer tak?
Ramai rakan blogger sana sini mana i singgah semuanya ada menu puding mangga, Panna cota mangga... setiap kali menjengah ke dapur kawan-kawan tu waduhhh kecur tak sudah! nak membikinnya malas pulak tu! :)) hadoi... so hari ni kuatkan sedikit semangat tu walaupun memang sibuk semenjak cuti sekolah dah bermula ni yaa... so buat sesiapa yang tak kemana-mana tu bolehlah cuba yaa..:)
ni dia buah mangga yang siap berkupas dok dalam peti sejuk tu hah! sebelum beku dan lebam, segera ku bancuhkan jadikan puding mangga.... bukannya susah sangat.. resipi asas agar-agar aje...
tapi ku buatkan kuah kastard vanilla.. wahh lebih harumm.. giteww.. slurppp aje ekk... :))
PUDING MANGGA
BERKUAH KASTARD VANILLA
BAHAN-BAHANNYA :
1 peket serbuk agar-agar
1000 ml air
150 gm gula
BAHAN KISAR :
400 gm mangga masak
200 ml susu cair
100 ml air
CARA :
campurkan gula, air dan serbuk agar-agar dan renehkan sehingga gula larut, sentiasa di kacau.
Masukkan *Bahan Kisar* dan kacau sehingga sebati. Renehkan sebentar dan tapiskan.
Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan sehingga set!
TARRAA!!!
PUDING MANGGA
BERKUAH KASTARD VANILLA
Oppss! Jangan makan dulu :))
meh! kita buat dulu kuah kastard vanilla tu yaa...
barulah SlurPpp gitewww :))
KUAH KASTARD VANILLA
300 ml susu cair
100 ml air
2 biji kuning telur
2 sudu besar vanilla
6 sudu besar gula
sedikit garam
1 sudu besar tepung kastard
CARA :
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan kacau dengan menggunakan whisker dengan api sederhana.
Kacau sehingga kuah agak pekat,
angkat dan tapiskan, sejukkan terlebih dahulu baru di tuangkan di atas puding mangga... :)
TARRAA!!!
KUAH KASTARD VANILLA
Lemak.. manis-manis buah aje yOuu..
harum vanilla.. wahhh asyik giteww :))
Hidangkan bersama Puding mangga bersama kuah kastard Vanilla..
memang terbaik!
SluPrpPpppppp.... :)
Nganga please ;) nak suap kat you all ni... :)
Selamat bercuti kawan-kawan.. :)
Jaga diri.. dan jangan noty! noty!
Assalammualaikum! << tak jawab dose :))
TATA!!