ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, February 15, 2011

SAYUR LEMAK NANGKA & TULANG IKAN KURAU (VERSI 1)

 
SAYUR LEMAK NANGKA & TULANG IKAN KURAU

Waduhhh... lauk lemak nangka ni aje memang ler Fav bonda kesayangan.. dia tak tahu i masakkan dia lauk ni ekk.. pepagi kala lepas sarapan dia dah kerumah jiran katanya nak jengah sebab ada jiran yang sakit.... mesti dia balik ni nanti... senyum melebar laa... tu hehe... tak pun bonda cakap cenggini ekk.. ayat power bonda sejak i dah tahu dan faham bahasa hehe... "Eh! ada lemak nangka?? tulang ikan kurau buh tak???" ehem! pat ni i malas nak cerita... tapi i cerita jugaklah ekk.. i cakap cenggini... "Tak letak... terlupa.." masa tu muka selamba aje... ehhee.. i kan nakal budaknya.. (tang budak tu yang tak tahan tu!) pastu bonda mesti cakap macam ni... "EH! yang tulang timbul tu apa... tulang ikan kurau kan??" nanti i jawab pun selamba cam ni ekk... "Tau tak per..." dah tu jerk cerita tengahari ni ekk...

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SAYUR LEMAK NANGKA & TULANG IKAN KURAU
Bahan-bahan di tumbuk hancur :
  • 7 ulas bawang kecil (merah)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 3 batang cili padi
Bahan-bahan lain :
  • 1 batang serai ~ titik
  • 1 peket nangka segar ~ kerat kecil dan didihkan air. rebus sehingga empuk dan ketepikan
  • 2 helai daun salam
  • 1 keping tulang ikan masin kurau ~ potong kecil
  • 1 biji santan ~ jadikan 3-4 gelas air (pekat semestinya)
Cara memasak :
  • masukkan santan didalam periuk. masukkan kesemua bahan-bahan di atas
  • renehkan sehingga 10 minit atau kuah pekat dan bahan-bahan serap
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARAAA!!!
SAYUR LEMAK NANGKA & TULANG IKAN KURAU
 SLURPPPP.....
Mudah aje tu.. cara memasak lemak nangka ada pelbagai jenis dan cara.. ini salah satu daripadanya... nanti saya share lagi ekk....
MENU MAKAN TENGAHARI 15 FEBRUARI 2011
  • LEMAK NANGKA & TULANG IKAN MASIN KURAU
  • SUP DAGING DAN KENTANG
  • SAYUR KOBIS GORENG & KAROT
  • SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
 SELAMAT MENCUBA!!
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ