ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label BuBur NAsi And The GanGS. Show all posts
Showing posts with label BuBur NAsi And The GanGS. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Bubur Berlauk


Assalammualaikum... Selamat Tengahari Kawan-kawan! << suara ala-ala Upin & Ipin :D

Cuaca di kampung i sangat cerah..
panas berbahang... mata ni kecik aje :D  *silau* ;))

kalau masak nasi alamatnya memang tak luak...
dan menu terbaik musim panas adalah Bubur Nasi..
masakkan bermacam jenis lauk yang simple...
gerenti makan tu nanti tunduk tak angkat muka... :D

Bubur Berlauk



Bubur Berlauk :

Nampak aje bermacam jenis.. tapi nak meneyediakan segala jenis lauk untuk pengiring Bubur nasi i tu simple dan mudah.. semuanya kering-kering..
kebetulan ada baki kuah lemak cili api semalam...
jadikan sup... curah atas bubur nasi..

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
*terus hilang mata hitam dan putih!* << sebab pejam mate :D

Dah Banyak kali kan kan.. i share pelbagai lauk-pauk untuk Bubur Nasi.. jadi hari ini i hanya kongsikan idea sahaja yaa.. sebab sama sahaja seperti yang lepas-lepas...

Yang mana teringin nak mencuba atau terlepas pandang.. bolehlah KLIK sahaja di bahagian kanan dan cari di bawah label : Bubur Nasi And The Gangs :D


 Bubur Berlauk:

  1. Bubur Nasi
  2. Kuah Lemak Cili Api
  3. Kangkung Goreng Belacan
  4. Ayam Goreng
  5. Tempeh Dan Ikan Bilis Goreng Garing
  6. Kacang Soya Goreng Bawang Putih
  7. Ikan Bilis Goreng Bawang
  8. Telur Masin
  9. Keropok Goreng
  10. Kicap Manis Brand Jalen :D    


Tu dia.. kuah lemak cili api baki semalam.. hangatkan... pekat-pekat tu.. simbahkan atas bubur nasi.. peh..ehhh.. ehhhh :D


Ikan Bilis Goreng Bawang, 
kali ini no kicap at all.. kering macam tu.. :)


Kangkung Goreng Belacan...
resipi pernah share sebelum ini cari di bawah label.. sayur goreng yaa.. :D


Ayam Goreng,
dah banyak kali share sebelum ini.. cari di bawah label.. Ayam Goreng :D


Keropok Goreng,
nak resipi ke?? boleh..
pergi ke kedai dan beli, pastu goreng yaa.. :D


 Kacang Soya Goreng,
kacang soya tu rebus sampai empuk, toskan dan goreng bersama bawang putih.. tabur atas bubur nasi.. terangkat!! ;))
 

 Telur Masin,
Beli dan rebus :D


Kicap Manis Brands Jalen :D
Walaupun fav i Cap Kipas Udang.. saje je tolong promote :D 

TARRAA!!!

Bubur Berlauk


 Simple aje tu kan??
Makan bubur nasi ni banyak hal.. lepas makan.. ehh.. jap.. jap lagi makan lagi..
pastu ke tandas! :D


Kang kalau tak ku keluarkan gambar yang satu ni..
Malam kang bila my PA dah free.. mesti dia tanya.. mana gambar mangkuk bubur dia??
dan kengkawan hiasan semangkuk bubur yang penuh dengan keropok tu.. hasil kreativiti my PA :D


Okay, setakat ini dulu perkongsian untuk kali ini..
petang ni i nak membaking..

sejenis kek.. i dah pernah share sebelum ini..

kek apa tu?? semestinya kek kesukaan my Bonda ;)

 
Jumpa nanti.. jaga diri...

Assalammualaikum..

TATA!!

Friday, September 14, 2012

Sarapan Pagi Bubur Nasi


Assalammualaikum... :)

Selamat pagi :D Hari ni i nak share idea aje, resipi bubur nasi dah banyak kali i share.



i masak bubur tak banyak. 1 pot nasi aje.


Lepas tu masakkan hidangan sampingan yang ringkas dan mengenyangkan :D


Gorengkan ikan tenggiri jeruk. Hancur-hancurkan sikit. 
Mudah nanti nak di sudu :D
i tak goreng sayur, i potong timun ala julien.
eshhh... memang sedap!


rebuskan telur masin waduhhh wajib ada kalau makan dengan bubur nasi.


Tumiskan sambal sardin.
Biar berkuah sikit. 
Wahh! sedapnya ;))


Dah siap!
mudah aje tu kan?
makan bubur di pagi hari. Tak sampai sejam dah lapo lagi :))


Sekian sahaja.. Insya-ALLAH panjang umur jumpa lagi!

Assalammualaikum..

TATA!!



Wednesday, May 9, 2012

Bubur Ikan Bilis Superb! Karen Tak Ada Jap Lagi Ni!


Assalammualaikum.... selamat pagi semua... ceria tak pagi ni??? mesti ceria kan kan... ni hah! nak cerita sikit.. masa i menaip ni perghhhhh 100 perkataan 10 saat gituuuuu... nak tahu kenapa??? hah! ni jap lagi dari pukul 10 pagi hingga jam 7 malam bersamaan 9HB Mei 2012 hah jap lagilah ni... letrik tak ada!!!! huaAaaaaa... bekalan letrik terputus dek kerana ada penyelenggaraan di kampung i... hitu nama... bukan main laju lagi i snap gambar buat tatapan you all....


Macam lipas kudung pun ya! Pak Habibi i tanya "Kenapa?? Kenapa??" i jawab... "Syyy.. diam-diam... jap lagi letrik tak ada.. i nak kena jumpa dulu kengkawan blogger i.." Pak Habibi i jawab... "Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.."
Ngko tengok.. betapanya cayang i kat you all.. sarapan pagi ini adalah sarapan ringkas yang i memang dok terhingin nak makan.. bubur ikan bilis ala-ala baby punya bubur tu.. tapi yang ini pedas sikit sebab i buh lada sulah dan cracked black pepper... pulak tu makankan dengan caipo gaul dengan lada hiris, daun bawang dan daun sadri hiris tipis.. renjiskan dengan minyak bijan dan sedikit lada sulah di atas bubur tu.. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... nyempat ko... sambil menyuap bubur sambil i masukkan N3... taip laju kemain lagi nih! <<< kisah bersambung...:))

BUBUR IKAN BILIS SUPERB!!

1/2 cawan beras
air secukupnya

CARA :

Campurkan beras dan air secukupnya dan jerang di atas api sehingga menjadi bubur yang lembut dan berkrim.. cewaahhh...

BAHAN KISAR :

4 sudu besar ikan bilis
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
7 biji lada sulah
7 biji lada hitam

CARA :

Setelah nasi menjadi bubur << waaahh macam peribahasa giteeww...
Masukkan *BAHAN KISAR* dan sentiasa di kacau.
sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

BUBUR IKAN BILIS SUPERB!!


Simple dan enak.. SlurrrPPppp.... wahh tetiba terasa macam baby.. giteeww...


untuk taburan di atasnya.... daun bawang + daun sadri dan Caipo + lada merah hiris = SEDAP NAAA....


jangan lupa renjiskan sedikit minyak bijan di atasnya dan sedikit cracked white pepper... waduhhh


memang best.... berselera yoUUu.. tak payah kunyah.. telan jerk cenggitu... SlurPPPP


A... aaaAAA... yer nganga mulut tu luas sikit.. i nak suap ni ekk.. seorang sesudu.. nanti i nak makan tak cukup muahahhahahahahaha <<< eksesais rahang 


selit sikit kisah Abang Amin ekk....
sambil dia selak-selak buku resipi i tu kan.. i pun dok ler interview dia...
i pun tanyalah satu-satu..

"Ada tak kawan Amin yang rindukan Mak dan Ayah dia sampai nangis dan nak balik?"

Amin pun jawablah.. muka serius aje hengko!

"Ada.. sorang kawan Amin... kesian dia Mom.. kesian naa... dia risau dan sedih aje.."

i tanya...

"Kenapa?"

Amin jawab...

"Dia sedih sebab isteri dia dah ikut lelaki lain.. dan nak mintak cerai.."

masa tu hengko... mulut i dah terlopong dalam hati cakap cam ni... Ohhhh M... Geeeeeeeeeeee

"Kenapa?? Kenapa??? berapa umur kawan Amin tu??"

Pegghh.. nampak sangat macam kepoh kan mak Amin tu... HEpp!! bukan kepoh teruja nak tahu muahahaaa..

"Umur sama dengan Amin.. dia baru nikah hari tu... kawan Amin masuk aje PLKN.. lepas tu isteri dia hantar SMS cakap nak cerai!!!"

HuaaaaAAAAAAAAAAAAAAA......

terus i cakap cam ni pada Abang Amin...

"Amin jangan ada GF tau kat sini... kawan tak apa... Lepas habis PLKN Amin akan terus masuk Kolej.. belajar rajin-rajin... blaa.... blaa.... blaa... blaa.."

panjang yang i ceramah lembut aje suara ekk...

Last sekali i cakap macam ni....

"Amin... Amin.. Momma tak nak jadi nenek lagi yaaa..."

sebenarnya kan dalam hati i nak cakap macam ni...

"Momma risauUUUUuuuu.... janganlah kawan Amin tu dok bagi teori ke.. hal kawen-kawen ni hahahahhahaha.."

terus ko jamtu gak.. Pak Habibi i yang temBAMBOM tu kan.. tersengih sambil angkat kening!

perhghhhhhhhhhhhhhh... sekian terima kasih <<< kisah bersambung!!!


Pstt.. dalam tempoh 30 minit.. termasuklah edit gambar dan masukkan N3 siap pulak terselit cerita Abang Amin dan kawannya.. macam nak rak menaip ni hekk.. mana yang tersilap taip tu silalah paham-pahamkan sendiri yaa.. macehhh....
 kisah bersambung.. jap lagi letrik tak ada.. guna HP aje memang boleh tengok FB aje... jumpa malam nanti!!
dan semestinya ada menu yang menarik sepanjang tak berkaren tu kan kan... khas buat semua... muahh.. jaga diri.. muahzzz

TATA!!


Thursday, March 8, 2012

BUBUR NASI & THE GENGS

BUBUR NASI & THE GENGS 


Assalammualaikum... hari ni makan bubur nasi i youuUu... terlebih rajin atau malas ni??? rajin okeh.. sebab yang mudah tuu cuma masak bubur nasi tu jerk.. lelauk tu yang leceh nak di bikin.. tapi kali ni i bikin apa yang ada aje... cuaca pulak sekarang ni tak menentu.. jap hujan.. jap panas.. so hari ni panas mencetang! tu yang masak bubur.. malam kang ehhh... kena masak lagi ler ni ekk.. tapikan sesekali makan bubur best! langsung tak muak.. mesti perot i suke sebab senang nak mencerna! *pengsan*

Okay Sila betulkan tempat duduk anda kerana hari ni i masukkan semua resipe sekaligus! baikkan i.... *sila tepuk tangan*

BUBUR NASI & THE GENGS 

BUBUR NASI


Memula sekali tuu... sebelum nak memasak apa-apa tu... masak dulu bubur nasi ni ekk... sukatan 1 1/2 pot beras 6 cawan air dan sehelai daun pandan atau jika tak lembut sila tambahkan air lagi sehingga nasi kembang menjadi bubur ler ekk... "Nasi dah jadi Bubur..." hah! cenggitu ler.. masak nasi tu biar sehingga jadi bubur! *pengsan*

* i paling tak suka bubur nasi di bubuh garam.. tak tahu kenapa.. memang tak suka.. muak kot..*
*tak pengsan pon...*

TELUR MASIN


4 biji telur masin cuci bersih dan rebus sehingga telur masak. Setelah sejuk potong 2.. yer puan-puan dan cik kak....

TELUR DADAR KISAR


6 biji telur + 1 biji bawang besar + sedikit serbuk lada hitam + 2 tangkai lada merah dan sedikit garam. Campurkan kesemuab bahan-bahan dan kisarkan dengan blender. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan. *tekstur agak berbuih.. tak per.. gunakan api perlahan. Memang berbeza dengan telur dadar biasa.. lebih lembut dan gebu i tell you Kak Long!

TAUGEH GORENG CHAI PO *LOBAK ASIN*


1 mangkuk taugeh + 1 biji bawang merah + 2 ulas bawang putih + 1 sudu besar udang kering + 1 tangkai lada merah + 6 keping chai po *lobak asin-hiris*, sedikit minyak : Cara : Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering, lada merah, chai po dan gorengkan sehingga bawang layu. Masukkan taugeh angkat dan hidangkan!

IKAN BILIS GORENG KICAP


250 gm ikan bilis + 1 biji bawang besar + 5 ulas bawang putih + 3 tangkai lada hijau + 1/2 cawan kicap manis + 1 sudu besar cuka + gula dan garam. Cara : Panaskan minyak dan goreng ikan bilis separa garing, masukkan bawang besar, bawang putih, lada hijau sehingga naik bau. Masukkan cuka dan kicap manis, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

IKAN MASIN


Aduyaiii... ni nak kena tulis resipe jugak ke??? okay i guna ikan masin YU, goreng dan tumbuk hidangkan bersama limau kasturi... terbaik!!!

TARRAA!!!!

BUBUR NASI & THE GENGS 


TERBAIK!!! TERBAIK!!! TERBAIKKK!!! selamat mencuba kawan-kawan!!!

TATA!!!!!


Thursday, February 24, 2011

BUBUR DAGING LADA HITAM

 
BUBUR DAGING LADA HITAM

wAHHH... cewahhh.. cewahhh... ini bukan sebarangan resipe ni ekk.. menu yang langsung tak mencabar!!! namun begitu ianya bisa membuatkan sesiapa yang menyudu ke molut tu bisa melengas!! ahhaa... aduhaii ini ler nak mengadu sikit ekk. i suka bila ada blogs ni ekk... suka ke tak suka ke.. ini ler tempat i menaip dan curahkan apa yang i rasa.. terima kasih kepada yang setia menjengah blogs kesayangan i ni ekk.. shasha sayaNGggggg awak semua... tidak termasuk kaum adam oke.. kang ada periuk belanga terbang melayang hehee.. okay resipe kali ni resipe termudah dan termalas di dunia.. i masak simple aje tengahari ni ekk.. sebabnya... sibuk nak mengemas untuk persiapan ulang tahun anak sulong kesayangan i tu.. pada hari Sabtu nanti ekk. genap dah usianya 17 tahun... nak tahu kisah lebih lanjut.. gi jengah blogs tempat i mencurah rasa tu ekk.. tu.. tu... 
HUJUNG MINGGU YANG PANJANG!!! TENTANG RESIPE untuk majlis ulang tahun anak i tu nanti... semestinya i akan share di sini ekk.. bukan satu aje majlis.. ahadnya pulak my beloved sista dak shelly tu suruh pulak memasak untuk jamuan anak kesayangannya.. so SABTU DAN AHAD.. you all akan dapat resipe bonus berganda! malah sama hebat dengan DIGI dan CELCOM juga MAXIS juga Telekom! ahakz! udah tu jerk....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BUBUR DAGING LADA HITAM

Bahan-bahannya :
  • 1 pot beras wangi ~ rendam selama 1/2 jam dan toskan
  • 350gm daging segar ~ hiris dan rebus terlebih dahulu sehingga empuk
  • 1 biji bawang kuning ~ dadu
  • 4 ulas bawang putih ~ dadu
  • 2 inci halia ~ hiris batang mancis nipis-nipis
  • 1 sudu besar lada hitam ~ tumbuk halus
  • 1/2 batang carot ~ dadu
  • 1 batang celery ~ dadu
  • daun sadri dan bawang goreng untuk tabur
Cara memasak :
  • campurkan beras dan baki air rebusan daging sehingga mendidih
  • masukkan daging, karot, celery dan bahan-bahan yang di hiris
  • masak sehingga menjadi bubur.. kacau sentiasa
  • sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!
  • taburkan bersama daun sadri dan bawang goreng dan juga sedikit lada sulah
TENGG!!! TARRAA!!!
BUBUR DAGING LADA HITAM
 enak.. YOuu... kalau demam atau tak berselera atau beras dah tinggal sepot hah! ko masakkan bubur cenggini aje bedah aii.. (bedah my neighbour oke)
mau tak melengas... aje memang syiokkk i tell you ekk... ekk..

Menu tengahari 24 FEBRUARI 2011
  • Bubur daging black pepper
  • Ayam goreng kunyit (versi 2)
  • telur masin
  • ikan masin
  • sambal belacan wajib! dan juga ulaman dongs!
TATA!!!




Friday, February 18, 2011

BUBUR NASI AND THE GANGS (VERSI 2)

 
BUBUR NASI AND THE GANGS (VERSI 2)

SYukur Alhamdulillah... bertemu lagi kita di hari Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari. Bersyukur juga kerana dengan limpah dan rahmat DARI YANG MAHA ESA.. dapat lagi i share dengan you all semua, teman-teman yang setia menjengah blogs kesayangan i ini ekk.. Shasha sayang kamu juga, terima kasih bebanyak... hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya... Hari ini anak kesayangan yang no 2 tu demam, so buat ler nasi bubur atau ada yang panggil nasi air. I memang ler suka sesangat makan nasi bubur ni ekk.. tapi tak suka makan di luar, sebab dan musababnya... kalau semangkuk nasi bubur tu memang ler cukup ehhh.. ehh.. lauk-pauknya alahaii... memang menitis air mata kalau demam ekk.. sikit bebenau... masak sendiri lagi berbaloi... nak makan apa, tambah apa, ikut selera tekak yer tak... pastu boleh makan berulang-ulang, kalau dah makan berulang-ulang kali tu maknanya demam dan baik ler tu! hehe....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BUBUR NASI AND THE GANGS (VERSI 2) 

Kita mulakan dengan BUBUR NASI :
 Bahan-bahannya :
  • 2 pot beras ~ rendam selama 1/2 jam dan cuci bersih. Masak bersama 6 mangkuk air menggunakan sukatan beras yang sama. jika kurang tambah airnya lagi.
  • 1 helai daun pandan campurkan ke dalam beras sehingga tanak
  • bubuh garam jika suka i tak suka so i tak bubuh ekkk
  • sentiasa di kacau. setelah tanak hidangkan panas-panas!
 
 TELUR MASIN :
  • 5 biji telur masin ~ cuci bersih
  • didihkan air dan masukkan telur masin
  • rebus selama 8-10 minit
  • angkat dan rendam dengan air sejuk
  • belah dua dan hidangkan!
 IKAN BILIS GORENG BAWANG :
Bahan-bahannya :
  • 300gm ikan bilis ~ cuci bersih dan toskan
  • 5 ulas bawang putih ~ hiris kasar
  • 1 biji bawang merah/kuning ~ hiris kasar
  • 7 biji cili padi ~ buang tangkai
  • 4 batang lada hijau ~ hiris kasar
  • 1 inci halia ~ hiris
Cara memasak :
  • Panaskan minyak. goreng dahulu ikan bilis sehingga garing baru masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan lada hijau
  • masak sehingga bahan-bahan layu
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan
IKAN BILIS GORENG KICAP :
Bahan-bahannya :
  • 300gm ikan bilis ~ cuci bersih dan toskan
  • 5 ulas bawang putih ~ hiris kasar
  • 1 biji bawang merah/kuning ~ hiris kasar
  • 7 biji cili padi ~ buang tangkai
  • 4 batang lada hijau ~ hiris kasar
  • 1 inci halia ~ hiris
  • 6 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar cuka masakan
Cara memasak :
  • Panaskan minyak. goreng dahulu ikan bilis sehingga garing baru masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan lada hijau
  • masak sehingga bahan-bahan layu
  • masukkan kicap dan cuka sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
SAMBAL UDANG KERING :
 
 Bahan-bahannya :
  • 300gm udang kering ~ cuci bersih dan rendam bersama air panas mendidih selama 5 minit. toskan
  • 2 batang lada merah
Cara menyediakannya :
  • Tumbukkan lada merah dan udang kering sehingga lumat
  • campurkan sedikit gula
  • sedia di hidang!
 SAWI GORENG SOS TIRAM :

 Bahan-bahannya :
  • 5 ulas bawang putih ~ dadu
  • 1/2 biji bawang merah ~ dadu
  • 1 peket baby sawi ~ cuci bersih dan toskan
  • 4 sudu besar sos tiram
  • sedikit minyak bijan
  • 3 biji tomato ceri ~ belah dua
Cara Memasak :
  • Panaskan minyak sedikit di dalam kuali. tumiskan bawang putih dan bawang sehingga naik bau
  • masukkan buah tomato dan sayur sawi
  • masukkan sos tiram dan kacau rata
  • sesuaikan rasa dan renjiskan dengan minyak bijan
  • angkat dan hidangkan!
SUP AYAM REBUS :

Bahan-bahannya : KISAR KESEMUANYA

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1/2 sudu teh lada sulah
Bahan-bahan lain :
  • 4 keping tulang ayam potong kecil
  • 3 biji kentang ~ kerat 4
  • 1 batang karot ~ potong kecil
  • daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
Cara memasak :
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan renehkan sehingga tulang ayam empuk, kentang empuk dan sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAAA!!!
BUBUR NASI AND THE GANGS (VERSI 2)

 Nampak leceh... tapi mudah YoUuu....
SELAMAT MENCUBA!!!
TATA!!!

Pstt.... saya baru update blogs yang satu lagi tu... tekan sini >> AKTIVITI PRINCESS NELLYSHA CUTI RAYA CINA!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ